Sabtu lepas, adam dan amir layak untuk menduduki ujian kenaikan tali pinggang taekwondo diorang.
Grading malam pukul 8pm, jadi lepas maghrib kami terus bertolak ke Pilah.
Dahlah mula-mula salah tengok jadual, ingat 8.30pm mula, rupanya pukul 8 😭
Tak pasal-pasal lambat, dahlah nak ke Pilah tu ambil masa dekat 40 minit juga dari rumah.
Kenapa tak ambil kelas dekat Senawang je?
Adam taknak, dia nak dekat Pilah juga sebab ada kawan-kawan sekolah dia plus dia boleh jumpa kawan masa dia tadika yang tak sama sekolah rendah, Rasin.
Zaimi kata tak kisah, dia boleh je hantarkan setiap sabtu.
Selalunya zaimi je yang hantar, tapi sebab ini pertama kali amir hadiri ujian taekwondo ni, maka lima-lima beranak pergi hahaha!
Dahlah lambat, sampai-sampai je Master dah sampai pun, dan tengah berlangsung ujian untuk yang nak naik ke tali pinggang hitam.
Pergh dasyat! Siap tendang kayu bagi patah lagi!
Memang terkagum den.
Tunggu beberapa minit, sampai giliran adam.
Adam nak naik ke hijau dua, sekarang dia hijau 1.
34 Comments
bagus ni belajar seni mempertahankan diri. boleh selamatkan diri dari penjenayah...
ReplyDeletebegitu lah harapnya, boleh pertahankan diri :)
Deletewahh martial arts bagos ni!!!! which i hope mama ngn ba masukkan atie dulu :(
ReplyDeletesekarang pun boleh lagi atie, cari instuctor perempuan, cuma keras sikitlah badan, tapi boleh punya hehe
DeleteSeronok tengok anak-anak grading taekwondo.
ReplyDeleteAnak saya sampai tali pinggang hijau pastu berhenti konon tahun ni UPSR nak focus pelajaran tapi bila takde UPSR tak dapat sambung taekwondo semula sebab pendaftaran tutup, bertabahlah.
yeke.. takpe, awal tahun depan kena cepat2 register balik hehe, rugi pula tak sambung tu
DeleteAamiin.Seni mempertahankan diri.Moga manfaatnya dikecapi ramai orang terutama yang memerlukan.
ReplyDeletebetul tu pc.. moga dapat lindung diri dan bantu orang lain :)
Delete".. tapi sebab ini pertama kali amir hadiri ujian taekwondo ni, maka lima-lima beranak pergi hahaha! - Ayat yang ini saya pun gelak.
ReplyDeleteSemoga anak-anak terus maju jaya. Aameen :)
hehehe aminn..
Deletecomelnya😍
ReplyDeleteSemoga lulus!
hihi.. amin ya rabbal alamin.. :)
Deletepergh dasyat la adik2! kite pon tk pernah taekwando org..ngeh3
ReplyDeletehahaha!
Deletetahniah anak2....
ReplyDeleteaah la nampak comel bebenar amir duk kat situ... takpe kecil2 cili api mana tau kan
moga-moga begitulah :D
DeleteWah. tahniah :)
ReplyDeleteterima kasih
DeleteWah, malam2 pulak grading nya ye?
ReplyDeleteaah selalu yang kat sini dia buat malam2 uncle :D
Deletewahhh terbaiklah adam dan amir..lepas ni boleh praktis kat rumah dgn si abahnya pula hahahaa ^^
ReplyDeletememang aktiviti wajib tu shida, bergusti dengan ayahnya hahaha
DeleteBagusnya,.ada kemahiran seni bela diri.
ReplyDeleteComel2 nya tengok yang kecik2 tu.
yang kecik2 tu semua kadang ada yang blur je napa kena tumbuk2.. tapi masih ikut step hahaha
DeleteSeronok tengok budak2 belajar tkwando ni,masa akk ngajar tadika dulu pun ada klas tkwando setiap khamis, yg kecik2 join gelihati tengok diorang menendang tu.
ReplyDeleteBagus anak2 syaz join ni, moga dorang boleh ikut sampai ke peringkat yg tertinggi.
hihi comel kan budak2 tadika taekwondo. aminn.. insyaallah kak azimah :)
Deleteanak sisyat pun sama..suka sangat takewando ni.
ReplyDeletesemoga bermanfaat buat mereka kan sis ;)
DeleteSemoga berjaya...bagus ada aktiviti mcm ni..
ReplyDeletetrima kasih ;)
Deletelepas habis belajar kat kindy ammi tak sambung pun martial arts programme anak2 ammi. dalam otak ni agak selfish gak sebab kalau join nanti weekend takleh nak bejalan, tak boleh nak balik kampung. ahahahahh aci tak otak emaknya selfish gini??
ReplyDeletehuhuhu.. mulanya kami pun tak plan nak sambung lepas habis tadika, tapi yang sulung tu minat sangat2.. plus kampung kami jauh, jadi jarang2 la weekend tu balik kampung..hehe
DeleteBagusnya ada minat dan masuk kelas seni mempertahankan diri ni. Semoga berjaya keduanya.
ReplyDeleteamin amin.. terima kasih AMN ;)
DeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.