Perpustakaan Awam Negeri Sembilan di Seremban 2 | Throwback Thursday | 20 September 2020

 Kisah dua hujung minggu yang lepas, tapi lupa nak update.

Eheh..

Lepas breakfast pagi ahad dua minggu lepas, rasa macam nak bawa anak-anak ronda-ronda.

Zaimi teringat dia ada dengar @ baca berkenaan Perpustakaan Negeri Sembilan dah ubah tempat ke Seremban 2. Jadi why not pergi tengok tempat baru kan?

So on Waze, let's!



Lokasi dia bersebelahan dengan Aeon Seremban 2.
1 bangunan dengan pejabat SAINS, iaitu bangunan PKNNS.
Belakang dia ada Dataran Usahawan, ada hotel-hotel.

Kalau dalam Waze, dia masih lagi keluar alamat perpustakaan ni yang di lokasi lama, jadi kalau nak ke sini, boleh search SAINS Seremban 2, atau Dataran Usahawan, atau PKNNS Seremban 2.
Gitew..



Walaupun nak masuk dia kena cek suhu dan semua SOP tu, tapi orang agak ramai.
Terutama dekat bahagian kanak-kanak.

Jadi pada yang bawa anak-anak, memang kena sentiasa pastikan penjarakan sosial anak-anak kita.


Jadi untuk trip ke perpustakaan awam Negeri Sembilan untuk kali ni, kami tak dapat masuk ke ruangan buku-buku yang lain, sebab dia ada letak signage yang kanak-kanak 12 tahun ke bawah tak dibenarkan masuk.

Jadi berlegar dekat kawasan kanak-kanak sajalah.


Untuk ke bahagian kanak-kanak, dari kaunter di pintu masuk, belok ke kanan.
Area tu ada karpet, jadi memang kena tanggalkan kasut.


Area kanak-kanak dia memang sangat mesra kanak-kanak, rak buku rendah-rendah je.
Ada bantal-bantal besar untuk budak-budak golek-golek baca buku, ada khemah-khemah kecik, jadi budak-budak boleh masuk untuk membaca dalam tu.

Aku tak berani nak snap gambar, sebab semua bantal dan khemah tu ada budak-budak, nanti marah pulak parents dia kan hehe..



Dan yang paling menarik perhatian kami adalah reading nook ni, memang sesuai sangat untuk budak-budak masuk ke dalam dan lepak-lepak baca buku.


Agak berebut jugaklah reading nook ni, nasib baik masa kami sampai, ada satu family baru nak gerak balik.
Jadi dapatlah kami lepak dekat situ.
Eheh..


Adik ayu pun ikut semangat nak membaca sebab abang-abang dia membaca.
Asyik lah tanya ayah dia, ni apa..ni apa..


Ada macam-macam bilik kat sini.
Ada bilik interaktif, bilik mainan kanak-kanak.
Tapi tak sempat nak tour semua, plus ramai orang, malas nak bersesak.



Buku genre kanak-kanak memang sangat-sangat banyak.
Aku pulak yang teruja, rasa nak duduk berkampung tiga hari tiga malam..hahaha



Dan macam berjanji pulak, tiba-tiba terjumpa dengan colleagues kitorang, Jamil dan Anum bersama anak diorang tiga orang. Kebetulan lah pulak nak jumpa jugak kat sini hahaha!


Walaupun kawan, kena jaga jarak ok! 
eheheh



Takkan nak lepaskan peluang bergambar kat Reading Nook yang comel ni kan? 
😋


Abang-abang yang rambang mata nak pilih buku untuk baca, sebab banyak sangat buku menarik!
Paling best buku-buku macam encyclopedia yang penuh dengan gambar-gambar berinformatif.



Kawasan dia memang luas dan selesa.



Dan aku paling suka pokok ni.
Buat aku teringat cerita Passenger lakonan Chris Pratt dan Jennifer Lawrence tu.
Yang dia tanam pokok tengah-tengah spaceship. Eheh


Ada jugak ruangan Smart Library, tapi rupanya masa ni dia tak bukak.
Patutlah dia tutup lampu hehe..


Sebab tak nampak pun macam tak bukak, sempatlah amir main game seround kat tablet tu.
Maaf management!


Sebelah Smart Library, ada Mini Cinema.
Dia pasang dokumentari.
Masa ni dia pasang pasal buaya kot.


Halah halah cute bunting nya!

Malas juga nak berlama-lama, anak-anak dapat habiskan 1 buku pun dah ok, buku yang gambar-gambar tu kan.

Dalam pukul 12, gerak balik.
Tengoklah tu amir tak puas hati 😂


Ayu dengan selipar terbaliknya!
Aduh duu duu..


Tak apalah, nanti-nanti kita pergi lagi ye anak-anak..
😀

Post a Comment

33 Comments

  1. 😍
    Lawa dan pandai dia decorate ruangan kanak-kanak2.
    Teringat book cafe dekat Korea

    Indahnya kalau dapat decorate library rumah macam ni

    ReplyDelete
  2. Luas perpustakaan tu macam2 ruang ada banyak buku pilihan mmg ralit masuk ke sini semua buku nk dibelek kan

    ReplyDelete
  3. comfy gila nampak pustakaan awam ni, besar pulak tu.. dulu masa zaman skolah.. pustakaan la tempat paling favorite :)

    ReplyDelete
  4. Wah! dah pergi ya Mrs. A hari-hari datang kerja (SAINS) pun tak berkesempatan nak pergi lagi sedehhh!!!

    ReplyDelete
  5. wah..menariks nya. dah tukar tempat ke library? tak tau pun..

    ReplyDelete
  6. Wah, best2x sangat2x tempat ni, cozy je..pepustakaan awam sekarang ni mmg canggih2x hiasan dia bagi menarik minat pengunjung. Akk nak ajak ensomi pegi sini jugalah, walaupun anak2 akk dah besar, hihi..apa salahnya kan..
    Tq info menarik syaz.

    ReplyDelete
  7. Nampak selesa sangat duduk dalam perpustakaan tu. Banyak disediakan kemudahan, bersih dan menarik pandangan. Kanak-kanak mesti nak datang lagi ke sini. Sejak PKP lalu, memang dah tak berkunjung perpustakaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, selesa dalamnya. tapi sekarang kes dah meningkat, takut juga nak ke sini lagi

      Delete
  8. Cantik dekorasi library awam Negeri Sembilan, mungkin diinspirasi kat library awam Negeri Selangor.. And part yang paling best library kanak-kanak la sebab ada pokok tiruan yang besar.. rasa macam duduk dalam tempat fairy tales plak kan.. Seronok kan bila anak-anak suka membaca..

    ReplyDelete
    Replies
    1. suasana dalam tu memang buat semangat membaca tu datang hehe

      Delete
  9. Selipar terbalik tak gugat pun kecomelan Ayu..seronoknya bau buku..jadi terapi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha aah, lepas tangkap gambar baru perasan selipar dia terbalik

      Delete
  10. Tak sangka perpustakaan ada banyak tempat photo op macam ni... clap-clap-clap...!

    ReplyDelete
  11. cantik warna2 yg dipilih..sesuai utk ruang kanak2..Amir tak puas explore..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik kan? itu yang buat budak2 tak puas duduk sekejap tu hehe..kita risau sebab tempat awam haha

      Delete
  12. lama gila tak jejak dekat mana2 library.Rindu suasana library!
    lepas ni kena tanam cita2 utk bina library utk diri sendiri..hehehe

    ReplyDelete
  13. wah bestnya pegi perpustakaan baru. tapi kena jaga sikit penjarakan sosial tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul3..tu yang tak berani nak berlama-lama hehe

      Delete
  14. menariklah syaz..shida pertama kali tgk library mcm ni..sgt2 moden!

    ReplyDelete
  15. Ramai juga yang masuk library ni ye. Library yang sangat menarik. Tak pernah lagi masuk perpustakaan negeri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik kan? Kitorang pun pertama kali pergi masa ni :)

      Delete
  16. Sangat membantu especially saya yang tengah buat research tentang library ni! <3

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.