Sireh Junjung dan Hantaran Untuk Dia | Throwback Thursday | Januari 2012

Terjumpa gambar tahun 2012 dulu, hantaran belah pengantin perempuan.

Yang dari aku untuk zaimi. 

Ini gambar sireh junjung yang aku bagi pada zaimi masa kami nikah dulu.

Semua emak buat sendiri.
Dari lapik paha tu, sampailah sireh junjung.
Semua hantaran yang lain pun emak buat sendiri.


Yang ni bunga rampai.
Aku pun tak tau lah kenapa nak kena bagi bunga rampai dengan sireh junjung.
Selain sebab adat, agak-agak apa faedah yang pihak sana dapat dari dua benda tu ek?

Dulu mungkin sireh untuk makan, bunga rampai macam pewangi.
Tapi zaman moden ni, macam tak berapa jelas pulak tujuannya.

Tak apalah, ku turuti permintaan orang-orang tua hehe..


Kasut dan stokin, ini hantaran klise.


Buah. Aku memang cakap kat mak, aku taknak buah-buah kebiasaan macam epal anggur semua tu.
hahaha
Jadi, kami pun beli melon, buah pear cina tu, dengan yang kecik-kecik tu bukan limau tau, aku tak ingatlah buah apa..huhu


Coklat ni sebenarnya mak buat macam peti harta karun yang terbukak, dan harta melimpah. Sebab tu ada jongkong emas tu. Tapi photographer ambil gambar dari atas, tak nampak pulak peti harta karun nya.


Sepasang baju melayu + butang. Klise.


Pen.
Sebab masa ni dah tak tau nak bagi apa. Pen pun pen lah!


Minyak wangi Bvlgari.
Sekali dengan krim dan lotion dia tu.
Wangi gilaaaaa walaupun klise.

Ada satu lagi hantaran Al-Quran, photographer lupa nak tangkap gambar sebab masa dia ambil gambar semua ni, semua hantaran dia susun atas lantai.
Al-Quran tu dia tak letaklah kat lantai masa tu.
Tapi entahlah, lupa agaknya. Hehe..

Nak katanya, berbakatnya mak aku dalam menggubah-gubah ni.
Elok je dia buat.

Kalau aku, memang cakap terang-terang tak ada bakat macam tu.
😆

Post a Comment

26 Comments

  1. Cantik cantik gubahan mak Syaz. Saya pun suka gubah menggubah ni. Hantaran anak2 pun adalah air tangan makcik. Save duit upah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jimat kan, barang pulak boleh ikut selera sendiri, masa ni ikut selera mak lah hihi

      Delete
  2. waaa,throwback ni, pandainya mak kak syaz buat sendiri.. cantikkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..
      mak akak memang suka menggubah2 ni atie, agaknya sebab buat benda dia minat, elok je jadinya ;)

      Delete
  3. Teringat juga hantaran kahwin saya... belah suami datang dari Sabah ke Selangor. Tak sempat gubah. Semua main masuk dalam kotak. Ikat dengan reben, macam kotak hadiah. Tapi sirih junjung tetap ada... tak masuk kotak kah!

    ReplyDelete
  4. Cantik! Memang sangat berbakat mak Syaz ni.
    Cer Syaz try gubah...mana tau ada bakat terendam lama...haha

    Buah yang kecik tu macam asam kundang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe saya dah pernah cuba, macam roti kirai jadinya hahaha

      Delete
  5. cantik semua... buah tu memang rare heheh yang kecik2 tu akak rasa kumquat tu, tapi dia masih sejenis keluarga limau juga

    ReplyDelete
  6. dulu masa nikah, takde buat sirih junjung dengan bunga rampai tu...kalo tak silap, masa tu hanya bagi buku agama, set minyak wangi, buah-buahan, coklat dan kek...haa 5 membalas 3

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang kan, simple je ;)
      yang penting selesai majlisnya hehehe

      Delete
  7. Saya pun kawen masa 2012. Memang ada jugak sireh junjung ni. And masa tu makcik yang tolong gubahkan. Tapi makcik gubah pun kos beli bahan gubahan tu boleh tahan jugak..hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sep seikit kawen sama tahun! hehehe..
      upah tenaga dan buah fikiran makcik la tu hehe ;)

      Delete
  8. Skrg ni mana ada dah org buat bunga rampai dan sirih junjung tu. Bunga rampai tu letak dlm bilik pengantin kemain wangi bilik pengantin tu, zaman skrg org tak guna dah, wangi bunga rampai ni lain syaz..yg sirih junjung tu org kata kalo tak silap akk la, bila pengantin makan naik seri pengantin, lagi satu dari cara pengantin amik sirih tu pun mak andam boleh detect pengantin tu masih dara atau sebaliknya, akk baca dlm majalah taj silap..tapi semua tu dah berlalu..hrmmm.
    Cantikla mak syaz gubah hantaran tu, berbakat betul dia. Skrg ni dia masih menggubah ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi satu dari cara pengantin amik sirih tu pun mak andam boleh detect pengantin tu masih dara atau sebaliknya - pergh yeke kak zimah? baru tau ni, terkagum seketika hehehe

      ssekarang dia taknak buat dah, ekceli dari dulu dia taknak, takut orang kritik katanya hehehe comel tak mak saya ahaks

      Delete
  9. kreatif mak Syaz..cantik2 semuanya..paling suka gubahan buah..nmpk klasik..

    ReplyDelete
  10. zaman skg sireh semua hat palsu je..hahahaa
    time shida bertunang 4 tahun lepas pun buat hat palsu je ^_^

    totally terbaik servis mak syaz ni hehee..lawo!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2, siap ada macam2 color lagi daun sireh palsu tu kan haha

      Delete
  11. kalau ammi dulu hantaran semua along ammi yg buat..nak harapkan ammi tangan memang sejenis kayu jati ke kayu gaharu ntah

    ReplyDelete
  12. Cantik semua gubahan hantaran mak akak. Orang dulu paling pakar bab hantaran sirih junjung tu. Kreatif betul!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, sekejap je dia buat sup sap sup sap siap hahaha

      Delete
  13. Cantik sebab sentuhan dari ibu kan.. mengimbau kenagan ke kak? jhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2, air tangan emak ;)
      mengimbau la jugak sikit2 hehe

      Delete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.