McCafe Latte Large

 Serius cakap, minggu lepas memang sangat menyakitkan kepala.

Tak happy langsung minggu lepas.

Scroll gallery jumpa pulak gambar ni.


Ini kalau tak silap gambar 3 minggu lepas, waktu lunch pergi Bahau dengan zaimi, cari wire LAN untuk ofis. Sebab kan dah kena buat kelas dalam ofis je, jadi kena ubah sikit kedudukan meja.

Meja tu asalnya membelakangkan tingkap, jadi bila dalam Google Meet, muka aku seperti disinari Nur Kasih melampau pulak dari belakang.


Nak alih meja, wire LAN yang ada tak cukup panjang pulak.

Maka kena lah pergi beli yang panjang lagi dari yang kat ofis tu.

Tup tup minggu depannya kena WFH sebab sekolah-sekolah senawang seremban kena tutup dek Kluster Sofi.

Eh tup tup sambung pula PKPB lagi dua minggu.

Eh tiba-tba PKPB semua negeri kecuali Perlis, Kelantan dan Pahang.

EH?

Marilah kita berhuhuhuhu.

Nak order la Latte ni lagi.

Nak?

Post a Comment

50 Comments

  1. terkejut tengok announcement tu aduhai berhuhu la kita

    ReplyDelete
  2. berhuhuhu lah kita sampai 6 Disember...jom kita gembirakan hati sendiri...coffee time..

    ReplyDelete
  3. Orang Pahang dan orang Kelantan tak kena PKPB. Dia orang bolehlah enjoy sakan melancung di keduadua negeri, Pahang, Kelantan dah sebaliknya. Ha ha!.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Pak Idrus, luckily my parents & parents in law masih boleh bergerak bebas di sana haha

      Delete
  4. ehhehe betul . boleh jadi PKPKPKP - Perintah Kawalan Pergerakan Kecuali Pahang, Kelantan Perlis hehhehe btw Stay Safe kak

    ReplyDelete
  5. kena pkpb.. kes makin merisaukn ni huhu
    semoga semuanya cepat pulih seperti sebelumnya inshaAllah..
    stay safe ya ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. AMin ya rabbal alamin.. stay safe too there!

      Delete
  6. ingatkan tambah 2 minggu saja.... nah sekali 4 minggu kau.

    ReplyDelete
  7. dah get ready nak balik rumah sewa, tiba-tiba 4 minggu pulak sambung PKPB

    ReplyDelete
  8. Sungguh-sungguh berhuhuhuhuhu.Anak-anak jiran PC boleh pulak mereka sembang dia sama dia cakap seronok PKPB boleh duduk rumah main game.Mak ayah yang pitam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, anak2 memang seronok laa asik main je, nak2 dah hujung tahun ni, yang darjah 1 tu, kira macam dah masuk darjah 2 je dah..hahaha

      Delete
  9. Nasib baik hanya 4 minggu,
    kalau sebulan lagilah nyaya.

    ReplyDelete
  10. Nampak sedap betul McCafe Latte ni terus Tqa pulak yang teringin nak order.
    Aduh PKPB ni betul2 unexpected. Sabar je lah.

    ReplyDelete
  11. Dapat sebekas ni lupa segala masalah. Tapi pkpb tetap berjalan huwaaaa. Bila nak habis ni, dah tepu sangat duduk rumah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tepu beku keras semua ada dah hahaha..bersyukur masih bernyawa :)

      Delete
  12. Yalah minggu lepas macam tak seronok sahaja rasa.
    Takpelah setiap kesusahan ada kemudahan nanti. Tunggu pelangi datang. Cewah.Buat kopi sendiri..

    ReplyDelete
  13. berhuhu la kita kak syaz :( ni atie nak pergi kerja kena hadap dua roadblocks ..huhuh

    ReplyDelete
  14. ni lah antara dilema WFH kan. mama x berapa sgt latte. mama suka mocha frappucino

    ReplyDelete
  15. Serabut pula TK memikirkan tajuk final year projects ada beberapa students kena tukar. Memandangkan lab dan fieldwork tak sempat nak langsaikan FYP2 nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2, kena adjust habis projek mereka. Kesian juga kan.

      Chaiyok TK!

      Delete
  16. Jauh tu membeli kak sampai ke bahau. Ayuhlah kita berhuhu selama 4 minggu ni. huhu

    ReplyDelete
  17. McCafe Latte ..shida pun suka..kerap juga order..guna reedem kat apps tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kan, dia tak manis sangat, tapi tak cukup kadang2 hehe

      Delete
  18. Sedapnya latte... Tapi tak boleh rentas daerah.. huhuhu

    ReplyDelete
  19. Sejak PKPB ni baru try keluar daerah untuk job tapi tak ada Surat, nasib lepas lalu roadblock 😂🤭

    ReplyDelete
  20. feveret aida hazelnut latte panas.
    aduh rindu nyer!
    a day before pkpb ari tu , makan2 di mcD, dpt la merasa satu.
    tapi rinduuuuu juga la, syaz.
    ntah bila dpt ke mcD lagi ni. next month la kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, harap cepatlah semua ni habis kan aida, bosanlah duk rumah huhu

      Delete
  21. Wah, tak pernah try la. Macam nak kena pi beli je ni. Hehe..
    Bertabahlah kita semua ye...

    ReplyDelete
  22. KakYa pahang syaz tak PKPB tapi kami tak der la jalan sana sini. Lbh suka duk umah jer sejak Covid19 melanda ni ..

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.