Serius cakap, minggu lepas memang sangat menyakitkan kepala.
Tak happy langsung minggu lepas.
Scroll gallery jumpa pulak gambar ni.
Ini kalau tak silap gambar 3 minggu lepas, waktu lunch pergi Bahau dengan zaimi, cari wire LAN untuk ofis. Sebab kan dah kena buat kelas dalam ofis je, jadi kena ubah sikit kedudukan meja.
Meja tu asalnya membelakangkan tingkap, jadi bila dalam Google Meet, muka aku seperti disinari Nur Kasih melampau pulak dari belakang.
Nak alih meja, wire LAN yang ada tak cukup panjang pulak.
Maka kena lah pergi beli yang panjang lagi dari yang kat ofis tu.
Tup tup minggu depannya kena WFH sebab sekolah-sekolah senawang seremban kena tutup dek Kluster Sofi.
Eh tup tup sambung pula PKPB lagi dua minggu.
Eh tiba-tba PKPB semua negeri kecuali Perlis, Kelantan dan Pahang.
EH?
Marilah kita berhuhuhuhu.
Nak order la Latte ni lagi.
Nak?
50 Comments
mari sama2 berhuhu
ReplyDeletemarilah! hehehe
Deleteterkejut tengok announcement tu aduhai berhuhu la kita
ReplyDeletekan.. telan air liur je la huhuh
Deleteberhuhuhu lah kita sampai 6 Disember...jom kita gembirakan hati sendiri...coffee time..
ReplyDeleteyup jom kupi kupi (di rumah sendiri) hahaha
DeleteOrang Pahang dan orang Kelantan tak kena PKPB. Dia orang bolehlah enjoy sakan melancung di keduadua negeri, Pahang, Kelantan dah sebaliknya. Ha ha!.
ReplyDeletebetul tu Pak Idrus, luckily my parents & parents in law masih boleh bergerak bebas di sana haha
Deleteehhehe betul . boleh jadi PKPKPKP - Perintah Kawalan Pergerakan Kecuali Pahang, Kelantan Perlis hehhehe btw Stay Safe kak
ReplyDeletehahaha!
DeleteYou too Dila :D
kena pkpb.. kes makin merisaukn ni huhu
ReplyDeletesemoga semuanya cepat pulih seperti sebelumnya inshaAllah..
stay safe ya ^^
AMin ya rabbal alamin.. stay safe too there!
DeletePenagih kopi juga? Gimifai!
ReplyDeletesep!
Deleteingatkan tambah 2 minggu saja.... nah sekali 4 minggu kau.
ReplyDeletehambik lah kita hahaha
Deletedah get ready nak balik rumah sewa, tiba-tiba 4 minggu pulak sambung PKPB
ReplyDeleteunpack lah beg semua dulu nampaknya hahaha
DeleteSungguh-sungguh berhuhuhuhuhu.Anak-anak jiran PC boleh pulak mereka sembang dia sama dia cakap seronok PKPB boleh duduk rumah main game.Mak ayah yang pitam.
ReplyDeletebetul, anak2 memang seronok laa asik main je, nak2 dah hujung tahun ni, yang darjah 1 tu, kira macam dah masuk darjah 2 je dah..hahaha
DeleteNasib baik hanya 4 minggu,
ReplyDeletekalau sebulan lagilah nyaya.
ahahaha ooo wak buat lawak ye :D
DeleteNampak sedap betul McCafe Latte ni terus Tqa pulak yang teringin nak order.
ReplyDeleteAduh PKPB ni betul2 unexpected. Sabar je lah.
order cepat! hehe..
Deletebertabahlah kita :)
Dapat sebekas ni lupa segala masalah. Tapi pkpb tetap berjalan huwaaaa. Bila nak habis ni, dah tepu sangat duduk rumah ni
ReplyDeletetepu beku keras semua ada dah hahaha..bersyukur masih bernyawa :)
DeleteYalah minggu lepas macam tak seronok sahaja rasa.
ReplyDeleteTakpelah setiap kesusahan ada kemudahan nanti. Tunggu pelangi datang. Cewah.Buat kopi sendiri..
jom kita berkupi kupi di rumah :)
Deleteberhuhu la kita kak syaz :( ni atie nak pergi kerja kena hadap dua roadblocks ..huhuh
ReplyDeleteAduh sampai 2 roadblock 😭
Deleteni lah antara dilema WFH kan. mama x berapa sgt latte. mama suka mocha frappucino
ReplyDeleteSedap juga tu mamapp 😘
DeleteSerabut pula TK memikirkan tajuk final year projects ada beberapa students kena tukar. Memandangkan lab dan fieldwork tak sempat nak langsaikan FYP2 nanti.
ReplyDeleteBetul2, kena adjust habis projek mereka. Kesian juga kan.
DeleteChaiyok TK!
Jauh tu membeli kak sampai ke bahau. Ayuhlah kita berhuhu selama 4 minggu ni. huhu
ReplyDeleteYuk! Ahahaha
DeleteMcCafe Latte ..shida pun suka..kerap juga order..guna reedem kat apps tu..
ReplyDeleteSedap kan, dia tak manis sangat, tapi tak cukup kadang2 hehe
Deletesalam pkpb,maaf zahir batin
ReplyDeleteSalam pkpb fendi 😊
DeleteSedapnya latte... Tapi tak boleh rentas daerah.. huhuhu
ReplyDeleteHuhu.. lepas ni lepas ni 😁
DeleteSejak PKPB ni baru try keluar daerah untuk job tapi tak ada Surat, nasib lepas lalu roadblock 😂🤭
ReplyDeletefuh selamat! kalau tak, bazir minyak hehe
Deletefeveret aida hazelnut latte panas.
ReplyDeleteaduh rindu nyer!
a day before pkpb ari tu , makan2 di mcD, dpt la merasa satu.
tapi rinduuuuu juga la, syaz.
ntah bila dpt ke mcD lagi ni. next month la kan...
kan, harap cepatlah semua ni habis kan aida, bosanlah duk rumah huhu
DeleteWah, tak pernah try la. Macam nak kena pi beli je ni. Hehe..
ReplyDeleteBertabahlah kita semua ye...
hehe apa lagi, order cepat! hehe
DeleteKakYa pahang syaz tak PKPB tapi kami tak der la jalan sana sini. Lbh suka duk umah jer sejak Covid19 melanda ni ..
ReplyDeleteseeloknya macam tu kan kakya :)
DeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.