Gitu pemilihan perkataan kau Syaz!
Tapi memandangkan cerita ni sebenarnya jadi masa bulan 10 haritu, mungkin bolehlah klasifikasikan sebagai Tragedi Oktober haha!
Ok, kisahnya aku tergoda dengan iklan Kek Baldi yang asyik lalu lalang di salah satu whatsapp group kejiranan.
Maka, tergoda punya pasal, terus order.
Dalam gambar iklan, nampak macam besar.
Dah pulak namanya baldi weh.
Dalam otak, terbayang besarnya kek itu, harga pulak RM25.
Tak sabar tunggu baker tu deliver ke rumah hahaha
Setelah saat yang dinanti itu tiba, berlarianlah anak-anak aku ke pagar untuk ambil kek baldi tu.
"Mak, mak beli satu je ke", soal Adam sebaik sahaja dia masuk dalam rumah sambil tunjuk baldi tu.
Nahaiiii...
Kecik je rupanya baldi tu!
Rasa macam terti-..
Ah takpelah, cakap banyak nanti orang kata kita tak support lokal lah, tak reti harga bahan-bahan kek lah, demo dok kena bare lah..
Tapi itulah baldinya.
Rasa dia sama je macam kek kek cheese leleh yang lain.
Cuma dah dalam baldi kan, cheese dia kena panggil cheese tadah atau cheese takung lah kot.
Eheheh
48 Comments
Kak baru tau ada kek baldi.
ReplyDeleteKek terkini agaknya tahun ni kak TK 🙈😂
DeleteMahalnya kalau besar bekas isi nata de coco. Tidak lama bertahan berniaga begini.
ReplyDeleteSuka kalau beli boleh nampak depan mata.
Ya betul, besar bekas nata de coco. Tu la.. kekurangan order online kan..huhu
Deletehahahha cheese tadah tu yg tak tahan.. dh jd pelik skrg ni nk serve makanan pun. alahai
ReplyDeleteHihi hipsturr gitu sizturrr
DeleteKalau ikut perkataan baldi tu memang terbayang besar je.. rupa-rupanya...
ReplyDeleteKannn.. huhu
DeleteTipah tertipu la ni? Adoyai!
ReplyDeleteLebih kurang hahaha
DeleteBila beli sesuatu sebutan dan hakikat tidak setara anak-anak tak bohong sebab anak-anak cerdik. Hehehehehe.Tu yang tanya mak beli satu baldi je ke..
ReplyDeleteItulah, sebab diorang pun rasa yang 1 tu sikit bila nak makan berkongsi 5 orang agaknya huhu
DeleteAlahai... Macam terti sangat lah..
ReplyDeleteItulah pasal.. tapi.. emm..
Deletehahaha...kenitnya baldi...macam baldi nata de coco tu kan?
ReplyDeleteBetul, memang saiz nata de coco je, patutnya kena namakan Kek Balang Kuih je kan haha
DeleteMahal weyh, tak berbaloi😁
ReplyDeleteBetul kak, bila dah sampai baldinya, terbit juga fikiran camtu haha
Deletehaha bole la kan asal ada.. ni mesti x mau repeat lagi kann
ReplyDeleteSemestinya tak repeat kalau harga masih sama 😂
Deletemungkin boleh tukar nama kek baldi ni. kek baldi orang terbayangkan baldi besar tu kan. masa order dia tak bagi saiz ke kak? pertama kali dengar kek baldi. mungkin lepas ni viral kot.
ReplyDeleteTak, dia tak bagi size, silap tak tanya kan..huhu
DeleteIa sebab hendak viral tu jadi mahal kak. hehe
ReplyDeleteItulah tu hahaha sabar je lah
Deleteterbayang macam mana lah bentuk kek baldi tadi, or rupanya masuk dalam tu....
ReplyDeleteHihi ya tunlah rupa kek baldi
DeleteLepas ni bolehlah cari kek tempayan pulak
ReplyDeleteMungkin besar sikit kejadiannya.
Hahahahahah tergelak saya wak!
Deletekemain hispter ek kek sekarang..kecik jugak tu saiz dia, and agak mahal RM25 kalo kecik camtu huhuhuhu
ReplyDeleteHuhu.. tu lah, kecik kan 😣
Deletesedap ke? kalau sedap tu oklah, tp tak berbaloi dengan saiz
ReplyDeleteAlhamdulillah rasa dia sedaplah jugak
DeleteCutenya kek baldi. Dalam bekas nata de coco. Hehe... patut tukor nama tu.
ReplyDeleteHehe..kek balang lebih sesuai saya rasa
Deletetrick peniaga skg ^_^ lepas ni tanya berat dia tau baru blh agak berapa besar keknya ^_^ mesti dapat sorg se coet jer ^_^
ReplyDeleteBetul2, lepas ni kena tanya beratnya dulu kan
Deleteada la kelainan sikit kan , tapi kek baldi ke tu?
ReplyDeleteKatanya namanya kek baldi hehe
DeleteKalau Cik Tk sendiri pun, kalau dengar baldi ingatkan besar. Tapi, sebenarnya ni pertama kali dengar kek baldi.
ReplyDeleteKek viral baru agaknya
Deletehahaha.. lucu pulak baca... setakat ni xde lg viral kek baldi ni kat sini
ReplyDeleteYang ini pun first time saya dengar haha
Deleteha ha ha ha...
ReplyDeletekalau aida pun, rasa tertipu jugak :)
Hahaha
DeleteHaha kek baldi gitu ke rupanya sis. Ish ish saya oun tertipu. Baldi kecik benor gamaknya hehe
ReplyDeleteBaldi dia mini sangat haha
Deletehahahaha adoiiii baldi lah sangat! Masa pkp haritu dah banyak kali terkena dengan peniaga makanan macam ni so dah stop beli dah
ReplyDeletehihihih :P
DeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.