Video Kurang Viral Fendi Balas Raja Lawak

 Sehari dua ni memang naik betul nama Shuk Sahar dalam media kan?


Asalnya cerita pasal rumah dia baru siap deco. Siap ada meja pool, bilik gaming..

Lepas tu masuk kisah ada bunyi hantu menangis masa Shuk Sahar buat video live dengan peminat.

Paling dasyat dari hantu, kisah isteri dia terjah rumah seorang wanita, jumpa kasut Shuk luar rumah *facepalm multiple times

Shuk Sahar ni seperti yang ramai dah sedia maklum, dia adalah bekas peserta rancangan Raja Lawak, kumpulan dia nama Balas.

Terkenal lah masa tu sebab suka buat lawak 'double meaning' yada yada..


Selain Shuk Sahar, ada seorang lagi ahli kumpulan dia nama Fendi.

Ya, Fendi!

Serius Fendi Balas ni macam dah dilupakan oleh orang ramai.

Padahal, bagi aku, baiklah kita semua ni follow apa yang Fendi ni buat dari apa yang Shuk buat.

Serius!


Kenapa aku cakap macam tu?

Dulu, masa lepas-lepas Maharaja Lawak macam tu, Fendi ni dah mula beralih arah ke bidang masakan.

Dia ada rancangan masakan dia sendiri tau, nama rancangan tu Dapur Bujang.

Ala kalau sekarang hype Khairul Aming ajar cara masak yang cepat dan senang kan?

Actually Fendi ni dah buat 6-7 tahun lepas.

Resepi dia yang aku paling suka adalah Udang Masak Sos (Boleh Klik)


Sekarang, Fendi Balas ni ada 1 rancangan menjejak masakan di Destinasi TV pulak gais.

Seronok tau tengok dia pergi cari tukang-tukang masak kampung semua, belajar sejarah masakan, cara buat masakan tu.

Bagi aku, personally rancangan tu murni sangat!

Boleh tengok KAT SINI (salah 1 episod)


Selain tu, ada juga rancangan dia masak-masak jugak.
Seperti biasa resepi yang mudah-mudah kita nak follow.

Boleh tengok sini, video baru dia dalam 6 hari lepas.


Kenapa aku cakap kurang viral?
Sebab memang pun..view dalam 100K je, ada yang sikit dari tu.

Tapi cuba kalau video tentang benda merapu-rapu berkaitan Shuk Sahar tu?
Bukan main banyak viewnya!


Jadi, di kala semua tengah up pasal benda bukan-bukan Shuk Sahar terlibat tu, kalau dah cemuih, bolehlah beralih pada Fendi Balas pulak.

Mungkin boleh sokong apa dia buat?
Yang nyata lebih murni ini?

Eheh..

Oh ini bukan paid review.
Ini adalah ulasan ringkas dan ikhlas aku tentang seorang lelaki yang bernama Fendi Balas.
😘

+++

Post a Comment

24 Comments

  1. Saya suka tengok rancangan dapur bujang fendi tu dengan cari makan bajet ke apa entah. Memang best dan inspirasi betul nak buat masakan cara fendi tu. mudah je. Dia tak dilupakan dari sisi lain yang kurang glamour..mungkin sbb hypptv orang tak tengok sangat kot kan.
    yang show baru, baru tengok dia pergi kampung masak masak dengan makcik masak hidangan tradisional.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul jugak kan, agaknya sebab asal tu dekat hypptv.. best kan show dia hehe.. yang interview orang2 kampung tu best :D

      Delete
  2. Kisah2 merapu2 artis memang cepat jadi viral

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju wak..semua page dekat FB tu nak post cerita yang sama

      Delete
  3. Dulu selalu tgk video masak dia sebab saya budak baru belajar masak masa tu. Nampak senang je dia masak hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi kan, nampak senang je dia buat kan hihi

      Delete
  4. Rasa mcm pernah tgk video dia kat youtube, cuma akk tak kenal dia ni sape, sbb akk tak amik tau sangat pasal artis ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..dia asalnya raja lawak tu, tapi dia taknak teruskan berlawak, agaknya tak kena dengan jiwa dia

      Delete
  5. anak muda suka ke dapur masak2 patut diviralkan

    ReplyDelete
  6. Biasala, cerita2 bab membawang ni memang laju, benda masak2 ni tengok minat jugak . tak semua orang layan. Gittew

    ReplyDelete
  7. Akak xingat lak si fendi dulu pernah 1 grup dgn syuk, akak nyampah dgb syuk sejak dia berlakon ilem adnan sempit, geli lah asik double meaning je... sampai skrg nyampah... fendi tu akak mmg layan dia punya you tube masak2, suka nengok pi msk kt kampung dgn makcik2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi kan, sweet je video2 si fendi tu ha 🤗
      Saya pun tak berapa gemar dengan shuk tu, sebab macam tak senonoh je apa yang dilawakkan kan 😅

      Delete
  8. Dari kisah si Syuk tu, baik lah up si Fendi Balas ni. Lagi elok. Ada juga tengok rancangan dia yang Syaz ckp ni. Lagi best dari kisah si Syuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Fendi ni waaaaaay better dari Shuk hehe

      Delete
  9. Ingatkan fendi anak tiri hatim tu.. hihi.. tp syuk ni mmg patutlah kena ban hot.fm.. hari tu dh buat hal x serik2 jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha fendi yang itu abadi dalam cerita tu je..hehe..
      Itulah, farah tu pun suami orang juga yang dia nak rebutkan..

      Delete
  10. ah, baru ja semalam belek2 youtube fendi ni... tapi tatau plak dia kumpul balas hahaha ....

    ReplyDelete
  11. alamak..ciksun memang tertinggal perahu tau syaz..tak tau apa cita syuk ni tiba2 kawan2 post status pasal dia secara berkias..ok nanti godek cerita kat google

    ReplyDelete
  12. tak pernah tgk lg rancangan ni.. rupanya dh ada lama. mungkin sbb tak tgk hypptv

    ReplyDelete
  13. Dapur bujang ek? Macam pernah tengok di youtube. Tapi tak pasti pula pasal hos rancangan tu. Sebab fokus tengok dia masak apa je.

    ReplyDelete
  14. yang dari youtbe mmhg shida tahu..fendi ade msk2 dlm tu..simple je mskn dia mudah nk cuba..tp rncgan tv tu xpernah tahu pulak..fendi ade dapur baru ke? kemas lawa dapur yg baru tu..hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. rancangan masakan fendi dah masuk tv3 guys.. tahniah fendi

      Delete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.