White Musk® Fragrance Mist Body Shop

Lama aku tunggu parcel ni sampai.
Agaknya sebab cuti Krismas, New Year lagi, jadi yang patutnya sampai tiga hingga lima hari bekerja, jadi lewat pulak.

Tak apalah, asalkan kau sampai babe!

Sebenarnya aku beli White Musk Fragrance Mist ni memang sebagai hadiah birthday aku kepada diri sendiri.


Kikiki..

Rasa dah jemu pulak dengan bau-bau minyak wangi aku dalam almari make up tu.
Plus rindu gila dengan minyak wangi aku yang tertinggal dekat ofis tu haa.

Jadi setelah mengusha website Body Shop sekian lama, tanpa berfikir panjang dan terburu-buru aku pun fikir why not beli si White Musk® Fragrance Mist ni ha.. 

Tengok review pun ramai cakap bau dia awesome.
Tu yang berani nak beli tu.

Lagipun jaranglah bau minyak wangi dari Body Shop ni aku tak suka.
Pertama kali aku try minyak wangi Body Shop ni, yang mak aku punya.
Bau Vanilla.
Sejak itu aku memang cinta padamu!



Love it!

Aku memang pemakai minyak wangi tegar.
Memang sangat-sangat suka, nak tidur pun pakai ahahah

Ye la manalah tau dalam mimpi tu nak jumpa Awie ke, Thor ke..
(Ok gurau)

Bau dia?
Kalau ikut aku, bau dia bau yang sofistikated.

Ha tak pandailah nak terjemah bau dalam bentuk ayat weh.
Ampun!

Oh ada satu lagi minyak wangi Body Shop aku kat ofis, yang Green Tea, itu pun sangatlah pleasant bau dia..aahhh rindunya korang semua! (tuju pada berbotol minyak wangi den kat ofis tu sob sob)

Harap-harap takdalah makhluk lain curi-curi pakai ahahaha

Post a Comment

34 Comments

  1. Pernah guna vanilla Body Shop.
    Hehe seram pula ayat akhir itu, terfikir makhluk halus pakai.

    ReplyDelete
  2. Sedap baunya kn..i love it so much!
    Sy pun pakai set white musk ni, pernah try tukar lain tapi yang ni jgk melekat d hati, sampai hantaran kawin pun beli beli set white musk hehhe šŸ˜šŸ˜

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe best! Wah sampai jadi hantaran kahwin, memang suka betul tu šŸ˜Š

      Delete
  3. nanti kalau dah tua2 macam wak ni, pakai minyak angin aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha! minyak cap kapak dengan minyak yuyi cap limau pun sedap baunya hehe

      Delete
  4. saya tak boleh pakai minyak wangi..hehehe

    ReplyDelete
  5. uncle ada kawan peminat Body Shop... semua tapau!

    ReplyDelete
  6. aku paling tak reti la nak pakai minyak wangi ni. ibu_suri selalu bising supaya aku pakai bedak sebelum pergi kerja. rimaslah pulak rasanya bila dia membebel setiap pagi macam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe dia suka bau wangi2 dekat orang dia sayang la tu ;)

      Delete
  7. white musk Bodyshop...best!! cium haruman wangi masa tidur,org cakap boleh awet muda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? lagilah sakan saya sembur minyak wangi lepas ni ahaha

      Delete
  8. rasa pernah bau white musk ni. wangi.

    ReplyDelete
  9. White musk body mist tak pernah try lagi sebab masih setia dengan bau vanilla. tak move on..hihi
    tapi pernah beli White Musk Smoky Rose Perfume Oil The Body Shop..biasa beli jenis oil. spray spray cepat habis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe vanilla tu best kan! Ooo... Akak pulak tak suka yang calit calit tu, suka spray2 hihihi

      Delete
  10. Cantik botolnya.. Kalau boleh beli online memang mudahlah.. Boleh juga nak cuba nie nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh sis, packaging dia pun ok, memang sampai insyaallah tak pecah

      Delete
  11. KakYa pon suka bau dia . Pernah guna gak dulu ..

    ReplyDelete
  12. atie sejak tahun lepas baru suka minyak wangi.. before this mmg tak suka langsung haah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi peningkatan usia agaknya, akak pun sejak masuk U baru suka, masa sekolah2 kalau bau minyak wangi, jadi pening

      Delete
  13. wohh body shop. memang wangi cuma mama tak berapa gemar bau musk. pada mama bau dia lemak sgt macam nasi lemak gitu haha.. takdelah sebenarnya bergantung pada citarasa kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha tergelak Saya! Ye gak kan, adalah bau lemak2 tu hihihi

      Delete
  14. wak pon sukak minum air green tea panass., hehehe

    ReplyDelete
  15. sy trs tingat member zmn study dulu. seorg penggila white musk...dia kalau spray dah mcm lori myk wangi eksiden������

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah macam saya la tu nampkanya šŸ˜œ

      Delete
  16. Whoaaa.. x pernah beli brg kt body shop.. nak gak hadiah tuk diri sendiriii. keh kehhhh

    ReplyDelete
  17. Betul bau perfium dari body shop sedap..shida pn ada pkai juga syaz :)

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.