Tuesday, February 16, 2021

Anak Mula Pakai Cermin Mata

Sebenarnya berita tentang mata anak sulung aku dah tak berapa nak terang ni, dah diketahui waktu dia ambil vaksin masa darjah 1 tahun lepas lagi.

Sebab masa cucuk vaksin tu, ada periksa mata sekali.
Masa tu, nurse dah bagitahu yang mata adam tak ok.

Maksudnya, dah kena pakai cermin mata.

Tapi tu lah, PKP, bla bla...
Memang bertangguh.

Awal Februari 2021 haritu baru bawa dia pergi kedai cermin mata dekat Taman Matahari Indah tu.

Bila diperiksa pakai alat tu, memang bacaan dia tak normal.
Tapi tak berapa tinggi.
Silau pun ada.


Jadi, terus proceed buat cermin mata teruslah masa tu.
Untuk kanak-kanak, bingkai dia cuma RM80 je!
Interesting!

Plus, ada macam-macam fashion juga untuk bingkai tu.
Rambang jugalah mata adam walaupun dah rabun tu hihihik


Pilih punya pilih, dia ambil yang warna coklat ni.
Ok juga, sesuai dengan bentuk muka dia.

Masa pergi ni, zaimi tak ikut.
Ye lah mana boleh keluar ramai-ramai kan.
Tapi dia dah pesan, ambil cermin yang ada blue filter.
Yang ada tapisan untuk skrin komputer, telefon bimbit dan gadgets.

Terus masuk bilik gelap yang untuk periksa mata pakai cermin mata pelik tu.


Total RM230.
Aku tak pakai cermin mata, jadi aku tak tau sangat julat harga cermin mata berapa.
Tapi aku rasa harga tu berpatutan.
Ke tak?
😅

Sebab PKP kan, jadi dekat seminggu juga masa untuk cermin mata adam siap.


Jadi inilah muka terkini adam.

Jujurnya dalam hati, aku kesal jugak sebab bagi aku 8 tahun tu too early untuk pakai cermin mata sebab rabun jauh dan silau.

Maafkan mak sebab bagi adam main tablet dalam gelap selalu.

Ramai yang tanya, macam mana detect adam rabun?


Selain periksa mata dekat klinik masa cucuk vaksin tu, adam juga memang selalu cakap dia tak nampak subtitle masa tengok tv.

Dan, kalau suruh dia sapu lantai, dia mesti sapu tak habis.
Mesti ada serdak-serdak tertinggal sikit-sikit.

Rupanya kalau dia berdiri, dia tak berapa nampak habuk dan serdak kat lantai.
Alkisahnya...


Ni gambar masa dia sampai rumah lepas balik dai ambil cermin mata tu.
Dah macam kembarlah dengan ayah dia sekarang, muka dahla fotostat ayah tu hahaha



Memang tak tanggal dah cermin mata dia sekarang.
Pakai je kecuali tidur.
Selain dia seronok sebab mata dah jadi makin terang, dia jugak rasa dia handsome pakai cermin mata.

OMG apahal anak aku ni dah mula rasa diri dia handsome ni??
Mak is seram!
Preteen syndrom dah menyerang adam nampaknya...
LOL

23 comments:

  1. berpatutan la tu harga tu..saya beli kat woosh sebab banyak design yg cntik2..power die tak tinggi tu kak bru 150 tapi klau boleh elakkan la dari tgk monitor lama lama nanti makin naik power

    ReplyDelete
    Replies
    1. baik! tapi tu lah, pdpr ni terpaksa juga menghadap skrin huhu

      Delete
  2. comel je bdk2 bila pakai cermin mata kan....
    harap mata tu x bertambah la 'power' nya ye... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminnn! harapnya begitulah..jauh lagi perjalanan mata dia tu huhu

      Delete
  3. Sedara PC anak dia tadika dah pakai cermin mata.

    ReplyDelete
  4. comel Adam...mmg rambang mata time nak pilih bingkai..hehe..

    ReplyDelete
  5. handsome laaaa.. hahah dia tak perasaan tapi itu kenyataan :)

    ReplyDelete
  6. kesian adam...tp dulu suka tengok orang pakai spek...nampak intelligent gitu... padahal jadi speky ni tak seronok pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak budak baik kan kalau pakai spek? hehe..tapi tuan badan je tau rasanya macam mana

      Delete
  7. Bingkai selalunya kalau yang biasa memang tak adalah mahal.. Kaca tu je yang dah naik harga sekarang.. Sha tukar kaca je pun sebab upgrade power 150..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama macam mak saya kena haritu, cermin yang mahal..huhu

      Delete
  8. cantik bingkai tu..iena punya pun bingkai mcm tu tapi warna purple :D

    ReplyDelete
  9. Comelnya anak pakai spek!
    Tapi betu la. Umur 8 tahun memang agak awal untuk pakai spek. Tapi faktor keturunan pun boleh jadi sebab juga. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. keturunan ayah dia agaknya hehehe
      tapi ayah dia pun masa dah habis degree baru rabun hahaha

      Delete
  10. Ikut bapanyalah pakai cermin mata.
    Rabun kanak2 masih boleh disembuhkan
    kena cari makanan yang sesuai untuk kesihatan mata.

    ReplyDelete
  11. saya start ada cermin mata tahun lepas tp pakai untuk reading je lah. dah tak nampak dah tulisan kecik2 tu. faktor usia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak, saya pun macam dah terasa juga kesukaran tu sebenarnya, lebih2 lagi sejak WFH ni

      Delete
  12. harga standard spek. murah juga tu ada tambah blue filter.Saya pun kena pakai spek tengok Tv dan buat kerja kecuali menghadap handphone dan PC. memang tak nampak subtitle kalau tengok tv.huhu..seronok pakai spek dapat tengok dengan jelas. tapi itulah pakai spek ni agak leceh juga. huhu tapi nak buat macamana kan, kena juga pakai nak tengok dengan jelas.

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot