Beberapa hari yang lalu, kak azimah ada roger di Whatsapp, katanya Mamasab ada release barang baik!
Rugi tak grab sebab produk ni jarang ada, dan kualiti memang terbaik.
Barang tu adalah Tuala Bamboo Mamasab ❣️
Ikhlas cakap, kenapa aku tak fikir panjang nak beli dari kak Azimah adalah sebab aku dengan zaimi ni kira golongan orang badan besar.
Jadi apa kaitan?
Haaaa..
Yang buat aku rasa tuala bamboo ni menarik tertarik kau memang da bomb adalah saiz dia yang lebarrrrrrr selebarrrrr badan kami 😂
Tu yang terus order weh.
Lepas order, dalam seminggu lebih lepas tu baru dia tiba ke pangkuan.
Dia sampai dalam bubble wrap yang memang tebal ni ha.
Dalam bubble wrap tu, ada kotak yang memang sturdy dan ada beg kertas yang memang heavy duty.
Senang cerita, packaging dia memang sangat sesuai untuk dijadikan hadiah.
Ayu memang wajiblah terpaling sibuk!
Dalam kotak tu, ada 2 helai tuala yang memang gebu sangat bila dipegang.
Aku ambil pink, aku bagi zaimi putih.
Asalnya dia taknak sebab ada tulisan mamasab.
Malu katanya.
"Ada plan nak pakai tuala kat luar rumah ke?"
Dan soalan aku tu terus buat dia terima tuala tu serta merta 😂
Kasilah budak-budak jadi model tak berbayar sekejap dengan towel tu 😂
Abaikan botol susu ayu yang tergolek tu ahaha
19 Comments
hahahha.. tergelak akak baca soalan Syaz
ReplyDeletekikiki...logik tak? ahaha
Deletecantik nya kotak dia...
ReplyDeletenampak menarik la tuala tu.. pasni boleh cari juga la :)
sangat cantik kotak tu, paper beg dia pun cantik dan strong!
DeleteOo besar ya tuala mamasab ni ya syaz.
ReplyDeleteMenantu akak agen mamasab juga tapi tak pernah tanya besar mana tuala tu.
besar! hihih
DeleteHehe malu sebab ada tulisan Mamasab.
ReplyDeleteOklah itu sedondon pakai tuala sama.
hahaha matchy matcy towel :P
Deleteadik kak ayu pun jual mamasab & dia pun beli tuala ni..cantik boc & paperbag tu. Planning jugak nak beli as hadiah sbb nice sgt!
ReplyDeletebetul, berbaloi jugak tau :)
DeleteHahaha.. soalan tu baguslah..
ReplyDeleteCantik tuala dia.. Packaging pun lawa.. Memang best ni kalau buat hadiah..
setuju, saya rasa memang sesuai untuk hadiah sebenarnya hehe
Deletetgk dlm gambar ni pun dah nmpk how lembut dia punya kain
ReplyDeletevery very the!
Deletemacam best je towel ni. nmpk tebal n bagus serap air
ReplyDeleteya betul, saya dah rasmi, memang best!
Deleteingatkan mamasab ni ade kek jer... tuala pon ade rupenye
ReplyDeleteada macam2, kambing, kudap2 pun ada rasanya
DeleteCantiknya pink putih sepasang. in love terus. Hihi...soalan tu! Terkelu nak menjawabnya ye. Terus setuju :)
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.