Berkuda

Gambar kuda ni aku tangkap masa ada family day di KM Chalet Melaka.
Tak ada cerita apa pun.


Saja je nak abadikan gambar tu kat blog ni.

Happy Friday kawan-kawan!

Aku pagi-pagi ni ada taklimat dengan students FYP.
Harap semua berjalan lancar.
Selit hadith sikit sempena Jumaat😉

 Belajar menunggang kuda:

  • Daripada ‘Urwah bahawa Nabi SAW bersabda: 

الخَيْلُ مَعْقُودٌ فِي نَوَاصِيهَا الخَيْرُ إِلَى يَوْمِ القِيَامَةِ

Maksudnya: “Kuda yang tersimpul pada ubun-ubunnya segala kebaikan sehingga hari Kiamat”. [Riwayat al-Bukhari (2850)]

 

Berdasarkan hadith di atas, ia menunjukkan akan kelebihan yang terdapat pada seekor kuda yang digunakan untuk berjihad di jalan Allah SWT. Selain itu juga, terdapat sebuah hadith di dalam Jami’ al-Tirmizi yang menunjukkan bahawa galakan memanah dan juga berkuda:

 

  • Daripada Uqbah bin Amir RA bahawa Nabi SAW bersabda:

 

ارْمُوا وَارْكَبُوا

Maksudnya: “Lemparkanlah (panah) dan tungganglah (kuda)”. [Riwayat al-Tirmizi] [Imam al-Tirmizi menilai hadith ini sebagai hasan]

 SUMBER

Post a Comment

18 Comments

  1. Aha menunggang muda sambil memanah. Kira satu sukan yang mencabar.

    ReplyDelete
  2. salam Jumaat... nk g mana naik kuda tu :p

    ReplyDelete
  3. Pernah stay juga dlu Kt km chalet tp xde kuda ms tu

    ReplyDelete
  4. Teringat aksi dalam satu video, ada sorang muslimah malaysia sertai sukan memanah sambil berkuda. Kagum tengok. Teringin nak jadi seberani gitu (masa muda dulu lah..haha)

    ReplyDelete
  5. Mula-mula ingatkan tangkap kuda.... rupanya tangkap gambar kuda! hehehehe

    ReplyDelete
  6. paling untung jadi AIyan, dari darjah 1 dia ada terapi berkuda setahun 2 -3 kali kali

    ReplyDelete
  7. Ingatkan entry nak cerita Syaz naik kuda. Hehe

    ReplyDelete
  8. Lama tak memanah.. Dah lari tune..

    ReplyDelete
  9. Happy Friday + gambar kuda..Rasa macam tengok kalender kuda pulak.hihihi

    ReplyDelete
  10. kecik2 teringin juga nak naik kuda, bila besar ni tengok dari jauh je la. takut pula nak naik..hehe

    ReplyDelete
  11. bestnye klau dpt belajar menunggang kuda. dlu time study smpt buat elektif posting 2 mggu belajar psl kuda. smpt la juga tunggang kuda tu

    ReplyDelete
  12. Happy Sunday Kak Syaz. .atie baru ada masa nak BW :)

    ReplyDelete
  13. teringin nak naik..tapi takut kuda tak larat nak usung tuan badan yang naik ni..hihihi..

    ReplyDelete
  14. jangankan menunggang kuda, nak dekat ngan kuda pon takut, takut kene tendang

    ReplyDelete
  15. Seronok kalau pandai tunggang kuda. Teringin tapi tak berani nak dekat kuda pun. haha

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.