Friday, March 26, 2021

Dorongan Istiqamah

Beberapa hari lepas, sesampai je aku kat ofis, aku nampak ada 1 beg kertas putih tersangkut dekat tombol pintu.

Bila aku intai-intai, ada sekeping nota kecik kat dalam.

"Kepada Syazni, Semoga Syaz istiqamah menjaga aurat ๐Ÿ˜Š. Slowly but surely ๐Ÿ‘
Daripada hamba Allah yang juga sedang istiqamah ๐Ÿ’—"

Subhanallah..
Perasaan aku masa baca nota tu, macam berada di awangan.

Terus senyum sorang-sorang macam orang tak betul eheheh..

Dalam kepala terus fikir yang mesti pengirim misteri ni bagi hadiah lepas tengok pos aku dekat instagram beberapa hari sebelum tu.



Ala manisnya random act of kindness si pemberi ๐Ÿ˜€

Eh lupa pulak nak bagitau dia bagi apa hahaha!

Dia bagi aku 4 pasang stokin.
Jenama Soka.

Stokin yang ada ruang untuk ibu jari kaki.
Sama konsep macam stokin yang aku pakai dalam post di Ig aku tu, cuma brand je lain.



Stokin muslimah gitu kaedahnya.

Aku baru beli dua pasang, sebab sebulan dua kebelakangan ni, aku macam nekad nak mula pakai stokin.



Terus bukak plastik stokin soka tu yang warna merah.
Excited punya pasal haha!

Apa lagi, terus cabut stokin yang dekat kaki, pakai stokin baru!
Yeayy!


Terima kasih pada hamba Allah tersebut.
Semoga segala kebaikan dan kasih sayang Allah di dunia ini terserak ke atasmu jua.

Semoga kita sama-sama istiqamah!

Teringat pulak cerita macam mana aku boleh mula bertudung tanpa on off free hair, slowly aku mula pakai baju lengan panjang walaupun ketat, lambat laun tudung tak selempang, baju kasi longgar..

Semuanya kenangan yang bermakna.

1 je lagi aku tak berjaya pujuk hati nak lepaskan.

Jeans.

Ya jeans. Huhu..

Moga dipermudahkan urusan aku tinggalkan jeans pula selepas ni.. insyaallah๐Ÿ’“

17 comments:

  1. Haah jeans susah hendak lepaskan.
    Tapi sejak akhir-akhir ini sudah jarang pakai. Haha tidak tahu hendak beri pada siapa.
    Stokin memang sudah lama pakai. Semoga istiqamah. Biar perlahan-lahan dan sedikit asal tetap buat. Eh kalau saya menang apa-apa berilah saya cuba stokin asing ibu kaki tahu.,

    ReplyDelete
  2. semoga kita istiqomah..betul tu..slowly but surely...

    hand sock blm lg...tak tahu bila nak start...huhu..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulilah mendapat sahabat yang pemurah,semoga syaz juga dapat share pahala dengan nya.
    Cantek stokin nya,berwarna warni .

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah
    Semoga terus istiqamah

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. Semoga istiqamah... ๐Ÿคฒ๐Ÿผ๐Ÿคฒ๐Ÿผ

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.
    Jeans...jeanss... jeanssss... belum lagilah rasa nak buang!

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah,rezeki untuk Syaz & rezeki pahala kepada pengirimnya.Cantik warna stoking2 tu...

    ReplyDelete
  8. betullah jeans tu macam tak boleh nak tinggal. dulu saya pernah stop pakai, lama juga rasanya lepas tu pakai balik..hehe. moga istiqamah ye :)

    ReplyDelete
  9. Bestnyeee dapat hadiah syaz ^_^
    Hadiah yg amat bermakna kan syaz :)

    ReplyDelete
  10. Whoaaa, bagusnyaaa..Moga istiqamah ye!
    Saya nak try stockin, tak lepas lagi..sobbss...

    ReplyDelete
  11. bgusnya pemberi hadiah ni. sma2 bg sokongan. sweet.

    ReplyDelete
  12. Semoga istiqomah kak. Semoga Ai ikut jejak langkah kak Syazni.

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah..semoga murah rezeki si pemberi..saya pun baru jugak berjinak-jinak pakai stokin..jeans dah lama tinggal..tak pa..pelan-pelan..yang penting kita ada usaha untuk perbaiki..

    ReplyDelete
  14. hahaha... banyak betul cerita org dpt hadiah bulan ni...

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah, hadiah yang bermakna. Sama sama istiqamah dan sama sama kumpul pahala :)

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot