LCD Writing Tablet


Ayu sekarang pun suka melukis sekarang, terikut-ikut amir.
Makanya dah makin ramai insan kecil yang memperhabiskan kertas-kertas A4 kat rumah ni 😂

Jadi, tengok ramai kawan-kawan ada belikan anak diorang LCD Writing Tablet ni. Jadi aku pun belikanlah 1 untuk ayu.

Why not kan?





Excited la dia sebab dapat hadiah.
Dapat parcel yang bila aku bukak, aku bagi kat dia.

Selalu kalau aku bukak parcel, dia tengok je barang-barang aku tu 😂


Ini rupa dia belah belakang, yang menempatkan suis dia kat atas sekali tu.

Pen dia terletak kemas kat bawah.


LCD Writing Tablet ni guna bateri.
Konsep dia sama dengan mainan budak-budak yang guna pen mata besi dan serbuk magnet tu.

Cuma yang ni, bila nak padam, tekan je butang gambar tong sampah tu.


Kat belah atas tu ada lubang.
Aku agak fungsi dia untuk letak tali, untuk ikat pen dia tu.

Sebab aku buat macam tu hahaha!


Sebab kalau tak ikat, kejap-kejap tanya kat aku, "mak nampak tak pen tablet ayu?"

Ah dah aku kena jaga pen tu pulak!
Jadi baiklah aku ikat terus je pen tu.


LCD Writing Tablet ni aku beli kat shopee je.
RM11 masa aku beli tu.
Dia ada banyak saiz.
Aku beli yang paling besar yang ada kat kedai tu hihi


Amir pun join sekaki jugak melukis atas tablet tu.


Bukan setakat amir, aku pun join jugak!
Hahaha

Itulah kisah LCD Writing Tablet untuk anak 😁

Catat Ulasan

33 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Rm11 ajer? Memang mampu milik. Mainan yang bagus ni.

    Gambar Ayu tu, maknya la yang lukis ya? Hehe.
    Menjadik tu, berbakat melukis.

    BalasPadam
  2. Ehhhh, nampak menarik nih! Nice, lebih kreatif dia nanti..Hihi~
    Kak,saya ada tag dalam Giveaway nih tau..
    Jemput join sekaki..Huhu~

    https://www.nonasani.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html

    BalasPadam
  3. Waa.. menarik. Boleh beli untuk anak² nanti

    BalasPadam
  4. murahnya. berbaloi daripada guna kertas yg slalu akan kena buang lps guna

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah, cuma tak kekal lama lukisan tu..delete terus gone forever

      Padam
  5. Menarik gadget mcm ni utk anak2 syaz..dr duk layan channel youtube entah ape2 tu..

    BalasPadam
  6. Balasan
    1. bukan app pun rabia, hanya mainan kanak2 je hehe

      Padam
  7. Canggih2 mainan bebudak zaman sekarang.

    BalasPadam
  8. now everything is digital kan.. tak perlu dah nak kumpul2 paper byk2 dlm laci :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu, tapi tak ada kenangan lukisan tu sebab bila delete hilang terus haha

      Padam
  9. ehhh..murahnya..nanti boleh la skodeng untuk anak-anak..depa ni pun suka betul la menghabiskan kertas a4 mak depa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah, harga dia memang tak mahal sangat awak :)

      Padam
  10. wah menarik jugak benda ni, takde lah budak2 ni maen hp jer...

    BalasPadam
  11. seronoknya dpt beli dgn harga yg murah... postage nya brp pulak syaz? boleh connect ke hp x ni? hihihi... byk sgt soalannya

    BalasPadam
    Balasan
    1. postage free rasanya masa ni sebab guna shopee pay hehe, takleh connect pun kakmim, mainan je ni hehe

      Padam
  12. Ehh omak pun tumpang sekaki. Seronok ayu dapat parcel kali ni. Selalu perati je.

    BalasPadam
  13. Murah sungguh! Abang Farid belikan online harga seratus lebih pulak.

    BalasPadam
  14. "Selalu kalau aku bukak parcel, dia tengok je barang-barang aku tu" 😂

    xleh blah ayat ni syaz...kesian ayuuuuu hahahaaa..tergelak pulak 😂😂😂

    BalasPadam

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.

Disclaimer: Unauthorized Use of Photos

All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.

Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran

Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.

Top Post Ad