Retro Mini Game Boy


Tadaa!

See what I found on Shopee!

Haritu entah macam mana, tengah scroll Shopee, ternampak benda ni.

Mini Game Boy.
Ada banyak game yang top zaman 90s kid membesar dulu.

Harga memang sangat affordable.
So aku fikir why not try beli 1?


Ringkas je bendanya.
Ini yang ada  dalam kotak dia.
Dia guna bateri telefon bimbit, jadi lepas main caj je macam caj henfon.

Kalau ikutkan boleh sambung ke tv, tapi zaimi tak bagi ahahaha


Untuk pertama kali beli, aku pilih warna kuning.
Ada banyak jugak pilihan warna dia tau.

Tadaa! 
Dia kata ada 400 game.
Tapi ekceli ada 150 je aku kira, sebab lepas tu dia berulang game sama.

But still, 150 + tu dah banyak kot!




Memang menggamit nostalgia la wehh!
Teringat masa kecik dulu, game ni semua kena main kat tv.
Game yang cucuk tape.
Kalau hanged ke apa, kekuarkan tape, tiup!
Ahahaha

Berebut-rebut main dengan adik.
Kalau main Super Mario ni, kalau nak lompat, bukan setakat jari je tekan controller, dengan aku aku sekali condong badan ke kanan!

Anak-anak memang ralit la, tapi asyik tanya jugak macam mana nak main.

Sebab terlalu senang katanya.
Ceh!

Senang konon tapi bila mati tetap diorang tak puas hati, dahla game jenis tak boleh save progress kan ahaha!



Abaikan suara omak eh yang annoying tu kih kih kih..

Ada 3 ketul dah benda ni kat rumah aku.
Lepas anak tidur, aku yang main.
Tu yang tak sempat balas komen dan blogwalking tu 🤭

Post a Comment

15 Comments

  1. santai main game hepi ja kan

    ReplyDelete
  2. wah mmg best ni teringat zaman muda2 dolu

    ReplyDelete
  3. ntah la abe kie x berapa minat main games mcm ni. huhuhu....

    ReplyDelete
  4. akak pun ada belikan aiyan game boy ni tahun lepas... beli di shopee jugak, cuma dia komplen sebab kecil sangat hehehehe...

    ReplyDelete
  5. pernah jgk main game guna ni dlu. kenangan sgt

    ReplyDelete
  6. rindunya nk main.. betul2 nostalgia

    ReplyDelete
  7. wak pon penah tapi xpenah nak ralit.. hahaha

    ReplyDelete
  8. memang nostalgia habis tapi sampai ke sudah tak dapat beli game ni..haha

    ReplyDelete
  9. eh eh tiberr rasa macam nak beli jugak..boleh buat layan kebosanan bebila masa lapang..haha

    ReplyDelete
  10. mmg menggamit nostalgia game ni. dulu terer giler main, sekarang dah karat, stage 1 pon tak lepas

    ReplyDelete
  11. Rindu nak main game Mario. Suka main guna joystick game TV tu :)

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.