Saturday, April 3, 2021

Bila Kurang Ilmu Bab Emas

Rantai tangan ni hadiah dari mak mertua dan zaimi masa hari nikah kami dulu.

Sebelum tu aku pakai rantai tangan yang emak punya je.

Senang cakap, aku memang tak bijak emas.

Jadi pakai punya pakai, satu hari tiba-tiba love kipas tu hilang, entah mana tercicirnya.

Aku pun tak tau, dan aku tak kisah tau masa tu.


Lama juga aku macam lek lek je rantai tangan ni tak berkipas tu.

Sebab aku ingat kipas tu bukan emas 😭

Aku ingat kipas tu hanya besi biasa bersadur emas untuk melengkapkan je rantai tangan tu 😭

Betapa ceteknya ilmu emas aku weh.

Sampailah minggu lepas, aku rasa nak singgah kedai Lee Wah sebelah Mydin Senawang ni.

Tu pun sebab nak repair cangkuk  rantai putus.

Alang-alang tu aku pun tanya, ada tak jual love kipas tu.

Sales person cakap ada, terus dia ambik, lepas tu tekan-tekan kalkulator dia.

Lahhh baru aku tau kipas secotet aku yang hilang, yang aku buat tak heran dia hilang tu, boleh beli snack plate KFC 10 kali.

I.

Is.

Sad.

Sebab.

I.

Is.

Bodoh Naif.

Maka terketarlah jari jemari tekan pin kad debit nak bayar harga love kipas tu.

Ingat harga dia RM10 je 😂😂

Itulah kisah daku si noob emas.

12 comments:

  1. ada nilai yg besar jgk kipas kecik tu ya.

    ReplyDelete
  2. adoii la....kelakar jugak akak baca....

    ReplyDelete
  3. hahaha adoi. kita dulu suka gigit kipas tu 🤣🤣

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kerana berkongsi...

    ReplyDelete
  5. sabar eh kak..hehe

    Hi...jom join GA ni!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html

    ReplyDelete
  6. emas seurat janggut udang pun xternilai harganya mahai o

    ReplyDelete
  7. skrg ni harga emas rm250 satu gram., huhuhu., kalo dapt satu kilo leh buat banglo ditefian fantaii., hahaha

    ReplyDelete
  8. aduhai huhuuu..shida disebabkan lasak sgt kan..now dah buka gelang simpan..raya kang baru pakai balik..ade niat nk tukaq cincin tp syg pulak cincin nikah ni ^_^

    ReplyDelete
  9. Anak pompuan Mama Yan gigit liceng rantai kaki dia sampai kemek... nak beli loceng baru, tak jadi.... dekat 400 hengget masa tu

    ReplyDelete
  10. Secebis emas pun mahal. Saya gantikan pencangkuk pun dah berapa berat dia terus jadi mahal. huhu

    ReplyDelete
  11. untung la saper yg jumpe love kipas tu...

    ReplyDelete
  12. alamakkkk... rezeki tak ada huhuhu .... emas mahal :(

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot