Satu hari haritu, amir balik bawak 1 kertas.
Borang pembelian blowpens.
Berkerut jugaklah kening aku dengan zaimi duk fikir, apakah bendanya blowpen?
Blow what..?
Harga RM18 juga.
Maka zaimi pun bukaklah youtube, tengok macam mana kaedahnya blowpen tu berfungsi.
Bila dah agak-agak macam faham, maka zaimi pun setuju nak belikan amir set blowpen tu.
Tadaa!
Inilah rupanya blow pen itu!
Memang kena guna kuasa tiupan dan air liur.
Memang melonjak-lonjaklah si amir masa bawak balik blow pen dia tu.
Baju tak sempat bukak, dah sibuk nak meniup!
Hijaulah mak sekejap kan!
Dalam set blow pen tu, dia bagi beberapa kat yang bercorak.
Lubang-lubang di kad tu, kena tebuk sendiri.
Tolak je lah dengan jari, senang sangat dia tercabut.
Lepas tu, lekatkanlah kad tu pada medium yang kita nak guna untuk meniup tu.
Macam budak-budak ni, dia nak meniup atas kertas A4.
Jadi lekatkanlah dulu dengan masking tape.
Tak payah banyak masking tape tu, agak-agak dia tak bergerak je.
Lepas tu bolehlah proceed with the blowing job, kids!
Ha blow jangan tak blow!
Sebut blow banyak-banyak ni, teringat pulak dah lama tak pergi blow rambut kat salon 😂
Hasil blow blow si amir.
Dia tak puas hati sebab dalam banyak-banyak warna tu, warna kuning tak ada.
Dapat warna putih instead of kuning.
Entahlah amir, mak pun tak tau nak cakap apa huhu.
Mungkin silap masa packaging di kilang kot.
AYu seperti biasalah, mana boleh tak turut serta kan!
Dia pun sama meniup.
Adam lagilah, memang suka benda-benda macam ni.
Dia pun bukan main meniup.
Penyibuk nombor satu dalam rumah ni 😂
Oklah, lawalah jugak hasil blow pen ni.
Nampak lebih artistik gituu.
Haha!
Tapi dia non refillable.
Bila habis, habislah.
Kenalah beli baru.
19 Comments
oooo meriah... mmg la bdk2 suka mende ni kan..
ReplyDeletebole jd kreatif jgk ni...'
Oohh mcm permainan yg tabur2 pasir tu kekdahnya ka
ReplyDeleteagak mahal eh hahaha tapi takpelah sbb nampak best
ReplyDeleteAla.. sayangnya.. Kalau boleh refill mesti lagi seronok..
ReplyDeleteCantik hasil blowingnya.. :)
ReplyDeletehahahaha.. ailio membantu
ReplyDeleteOhh non refillable, ingatkan boleh refiil je bila dah habis.
ReplyDeleteNampak menarik jugakk blowpens ni hahaha
Lawa jugak hasil lukisan blow pen Adam. Boleh framekan ini :)
ReplyDeleteCantik hasilnya. Sekarang ni macam-macam.
ReplyDeleteWaa..bagusnya anak-anak buat aktiviti gini.
ReplyDeleteTaklah tekun depan skrin je kan.
cantik hasilnya
ReplyDeleteAnak² suka, ibu bahagia. 😃👍🏼
ReplyDeleteDah lama x jumpa mende alah ni. niceee.. nak cari kt Shopeee ah. hoho
ReplyDeleteseronok anak2 blow lukisan hasilnya cantik n kreatif
ReplyDeletemenarik2, apa lagi pasni beli sendiri kt shopee je syaz, puas la main 3 beradik tu heheheh
ReplyDeleteBoleh tahan mahal juga. Kalau saya semput ni nak meniup. Tak ada kuasa tiupan. haha
ReplyDeleteboleh lah beli untuk aktiviti anak2.. takde la ngadap gajet jer kan
ReplyDeletesyaz boleh masuk frame hasil2 kerja ank2 nih..menarik sgt aktiviti depa..
ReplyDeletebagus semua suke seni..boleh geng dgn acik shida heheheee ^_^
aduh kenapa tetiba atie pun rasa nak p cari ni, mcm best jer
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.