Friday, April 9, 2021

Cincin Bunga dan Cincin Nenas

Ayu ni, aku baru belikan dia sekotak cincin.
Beli barang kemas dekat shopee je, aci tak? 😜


Ala chill gais, mainan barang kemas budak perempuan je.

Aku sokmolah lupa nak snap gambar cincin tu dalam box dia.
Tapi dia lebih kurang macam ni lah, ini gambar dari shopee.

Tapi lain sikit design cincin dalam gambar ni compare dengan yang ayu punya.


Cincin dia ada 12 sekotak, memang saiz jari ayu je pun.
Anak perempuan suka la benda macam ni haha.

Ayu dah cerdik sikit ni, beranilah nak kasi dia pakai.
Kalau tak, risau jugak kalau tertelan.



Pandai dah sekarang, kalau nak naik kereta je, dia tau macam nak pergi jalan, mesti dia sibuk nak pakai cincin 😂

Sebab dia tengok aku kalau nak keluar, akan sarung cincin. Bila balik je, kelam-kabut dia bukak dan simpan balik jugak haha!


Haa kau, besar tak cincin bunga ayu?
Kalau cincin emas bunga besar macam ni, upah je mau RM200 😂

Campur dengan berat, mau pergi ke RM2500++ sebentuk cincin bunga ni.

Ayu punya RM1.50 je sebentuk ahahaha


Satu lagi design dia suka pakai, design nenas ni
Asyiklah pakai.


Lagipun dia jenis plastik yang lembut tu, bukan plastik keras tu.

Ikutlah ayu, asalkan ayu happy 😁

 

18 comments:

  1. Comel je cincin tu walaupun bukan cincin betul hahaha. Untuk budak perempuan main main, boleh la kan. Nanti dah besar sikit baru boleh pakai yang betul punya :D

    ReplyDelete
  2. Pandai dah melawa... bagus.. disiplin simpan dan keluarkan semula. hahaha

    ReplyDelete
  3. Macam² cincin ada. Hari² boleh tukar pakai.

    ReplyDelete
  4. Macam anak-anak Fiza, Suka mainan macam ni.

    ReplyDelete
  5. janji dia tak masuk dlm mulut cukup kan

    ReplyDelete
  6. bole la ayu melaram pakai cincin masa raya nanti

    ReplyDelete
  7. Comelnya koleksi cincin ayu. Ini kalau betul betul memang mahai. Samalah kita, nak keluar baru pakai cincin. Balik balik tanggal terusss

    ReplyDelete
  8. cute cincin2nya..seronok Ayu, boleh tukar2..nanti raya, pakai dgn baju kurung...sweeeettt..

    ReplyDelete
  9. Halah.. halah.. comelnya dia dengan cincin-cincin tu.. budak perempuankan memang suka perhiasan..

    ReplyDelete
  10. comel jugak ni, kalo ciksun besar ayu, ciksun pun suka..hihihihi

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot