Thursday, May 6, 2021

Benagolf Paroi | 1 Jun 2014 | Throwback Thursday

Cerita tujuh tahun lepas.
Masa ni anak baru sorang, si tingkiting omak ni kecik lagi ha masa ni hahaha

Adam baru setahun masa ni.
Saja bawak dia pergi ke nursery yang besar dekat Paroi tu, Benagolf nama tempatnya.

Saja nak beli pokok-pokok hiasan untuk laman rumah yang sekangkang kera tu.

Nursery ni besar, ada macam-macam jenis pokok.
Pasu, baja, rumput karpet, macam-macamlah!



Masa 2014 ni bahagia je jalan-jalan tak payah pakai mask kan.
Aku ingat last few weeks pergi semula ke Benagolf ni, rasa nak pitam pakai mask dalam tu.
DUk fikir, macam mana lah pekerja dia semua buat kerja dan angkat barang berat-berat sambil pakai mask. Memang kagum.



Amboi pipi adam hahaha!
Masa ni kan, adam tak boleh jalan lagi walaupun dia dah setahun sebulan lebih..
Dia boleh jalan genap umur dia setahun dua bulan ๐Ÿ˜‰

Baju tu abah aku yang beli, set dengan seluar tu.
Mana entahlah baju tu.
Seluar tu masih ada, masih elok lagi, ayu yang pakai sekarang selepas adam dan amir.
Kalau ikutkan, masa adam pakai ni, seluar tu sampai ke keting!
Punyalah kecik adam masa ni haha!

Sekarang kalau ayu pakai, seluar tu atas lutut ayu.
Buat jadi seluar dalam kalau ayu pakai gown/dress kat rumah.


Halah-halah..
Perut maju ke depan tu nak pergi mana syazni oi!
Dengan tudung gitu..haih..

Murung tengok diri sendiri masa ni hahaha!


Tak apalah, yang penting adam sayang mak kan hehe
Mak comot macam mana pun, nasib baik anak2 sayang hihi



Kenangan betul hehe..

7 comments:

  1. mak murung dh kenapa? cerr tgk perot abah adam tuuh dia x murung pown., hehehe ;p

    ReplyDelete
  2. sekarang dah makin meletup emaknya tu... hehehhe

    ReplyDelete
  3. Throwback jauh ni. Saya kalau beli bunga suka beli kat sini. Besar dan banyak pilihan. Musim pakai mask sekarang pun tiap kali pergi ramai orang juga. Bila tengok ramai orang, tak jadi singgah. huhu

    Comel adam. dulu rambut tak pacak macam sekarang. hihi

    ReplyDelete
  4. tu lah, selalu terfikir gak macam mana orang yang kerja berat2 nak sentiasa pakai mask..huhuhuhu

    ReplyDelete
  5. Best kalau nurserynya besar.. puas mata memandang.. hehehe

    ReplyDelete
  6. Jangan murung syaz! jadikan satu cabaran utk syaz! :)

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot