Cekodok Pisang

Kalau ada sesiapa ingat, dulu aku pernah buat entry yang cerita tentang aku tak pandai buat pisang goreng.

Beberapa hari lepas, jadi lagi benda yang sama.
Memang tak reti, melekat-lekat!

Tapi aku teringat ada 1 komen di post tu yang cakap, kenapa tak buat cekodok je?

Ahah!

Bila dah goreng sebiji tak jadi, maka terus give up (very bad, jangan tiru perangai ini), dan terus meramas pepisang di dalam mangkuk bertepung itu.



Adjust lagi tepung, tambah itu ini selepas telefon tanya emak.

Ya nak buat cekodok pun tanya emak hahaha!

Makanya teruskan dengan cekodok instead of pisang goreng.

Hasilnya seperti di atas, dan aku sangat bangga sebab sedap dan teksturnya ngam!

Mungkin ada yang cakap, dah 30s baru nak belajar buat cekodok pisang ke?

Why not kan?
Better late than never. 😁

Selama ni pernah buat tapi tak jadi.
Melekat-lekat jugak, entahlah, mak kata sebab kurang tepung.

Lepas follow betul-betul apa mak ajar, hah elok pun jadi.

Paling best bila adam dah makan sebiji, dia cakap

 "mak, cekodok mak jadi la. Tahniah mak, terima kasih mak buatkan cekodok ni. Sedap. Tapi tak bulat macam kat kedai, nanti mak cuba lagi ye"

Tergelak aku dengan zaimi dengar ayat dia tu.

Gaya cakap sebijik macam aku cakap dekat dia selalu 😂

Mulakan dengan pujian, baru masuk kritikan 😂😂

Betul la orang cakap anak ni perhati apa mak ayah dia buat dan cakap.

Itulah saja cerita cekodok pisang.
Moralnya, sentiasa ada plan B.
Sometimes plan B itu sebenarnya lebih baik dari plan asal, kan? 😊

 

Post a Comment

14 Comments

  1. fevret saya ni cekodok pisang... skrg ni tak pernah dah jumpe cekodok posang yang besar penumbuk tu

    ReplyDelete
  2. sedapnya cokodok pisang google je cara nk buat cekodok bulat2 syaz ada tekniknya n bahannya

    ReplyDelete
  3. Mak memang tempat rujukan terbaik kan?

    ReplyDelete
  4. practice lama2 jadi elok
    yg penting rasa sedapp he hee

    ReplyDelete
  5. Pandai dia puji mak dia ye.. Sopan je hahah

    ReplyDelete
  6. Kita serupa Syaz..hehe. Takpelah, yang penting ada usaha nak belajar tu. Nanti buat lagi lama-lama pandai la

    ReplyDelete
  7. Waa . Kegemaran saya ni . Minum kopi petang-petang sambil makan cekodok. Sedap.

    ReplyDelete
  8. Weh..part adam mmg kelakar..mcm mana dia boleh pikir nk kate gitu hahahaa ^_^
    Syaz!!! dun worry..ade je geng xreti buat cekodok atau segala jns kuih kecuali cucur hahaha..its me yeah!

    ReplyDelete
  9. tak kisah umur berapa, selagi boleh belajar kita belajar.. =)

    ReplyDelete
  10. Mungkin Adam pun pelik, macam nama cekodok pisang yang emak dia buat
    boleh menjadi dan sedap pulak tu.

    ReplyDelete
  11. Sha pun tak pernah buat cekodok pisang.. Tak confident.. hahaha..
    Pisang goreng tu pernahlah buat.. lama dahulu.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama sha..shida pun x konfiden..nk buat research dulu hahaaa

      Delete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.