Dunia Di Sebalik Tembok - MKHARA | Review Buku

Aku mula tertarik untuk memiliki buku ni masa ternampak iklan untuk pre-order buku ni di Facebook.

Rasa tertarik nak beli sebab:

1. Tajuk yang memang sangat menggamit hati untuk beli.
2. Cover buku yang bertepatan dengan tajuk, sekali pandang dah bagi imaginasi aku meliar untuk lebih tahu isi buku ni.

Buku terbitan Smartwork Solution Publishing & Training ni, dia tebal tau!

496 muka surat!

Tapi dia tak adalah berat.

Mungkin material kertas dia jenis ringan tu.



Paling menarik, aku beli buku ni siap dapat tandatangan penulis. Siapa suka buku, mesti suka buku tu ada signature penulis dia kan?

😘


"Syazni, hargailah sebuah kebebasan"

Begitulah titipan penulis buat aku.
Sememangnya bermakna sangat kata-kata penulis Mkhara ni.


Aku ambil masa lama sangat nak habiskan.
Sebab kerja, bulan ramadhan lagi..

Jadi akhirnya setelah sebulan, siap jugak aku baca.
Fuh!
Apa lagi, terus update dalam bloglah alang-alang mata tak mau lelap lagi ni!😂

Honest review dari aku, buku ni banyak sangat pengajaran.

Baca buku ni, ibarat sedang berbual dengan penulis.
Dia ulas setiap bab dia dengan sangat detail.

Aku siap imagine lagi bagaimana harsh hidup dalam penjara sepertimana penulis gambarkan.

Bosan, kotor, penyesalan, menung..

Terkesan bila penulis cerita tentang dinding dalam sel boleh bercapuk-capuk dek asyik disandar oleh banduan.

Aku juga baru tahu yang hukuman sebatan tu tak sama dengan apa yang kita dengar selama ini.

Dari buku ni, aku juga dapat gambaran yang sesungguhnya hidup tertekan dek kebosanan, mampu mengeluarkan sisi kreatif banduan.

Pelbagai jenis makanan (walaupun pelik) mereka boleh wujudkan!
Paling aku ingat makanan bernama CapTi 😂

Masa baca bab bilik akhir dan bilik gantung, seram!

Overall bagi aku, buku ni aku boleh bagi 4 bintang.

Tahniah penulis! 👏

Menyiapkan karya ni dengan segala mak nenek kekangan dalam penjara, pun dah baik macam ni.
Kalau penulis tulis dalam keadaan happy di luar (penulis dah bebas sekarang), mesti lagi ohsem!

Komen membina, mungkin penulis boleh cut point berulang. Point berulang tu mungkin boleh kacau pace pembaca yang jenis baca laju 1 buku.

Tapi, point berulang tu ok bagi pembaca yang baca lambat macam aku. Jadi aku sentiasa dapat recall perkaitan antara topik.

Gittew ❤️

Sesiapa yang berminat, boleh dapatkan buku ni dari ejen dengan WhatsApp nombor ini 👉016-563 0119

"Ingat! Sebelum berbuat sesuatu yang dikategorikan sebagai jenayah. Ini karma. Ia akan membawa anda ke penjara. Janganlah menjadi penghuni penjara. ANDA AKAN MENYESAL SELAMANYA!" - Mkhara, Dunia Di Sebalik Tembok, 469.

Ok, masa untuk buku seterusnya!

 

Post a Comment

13 Comments

  1. terbaik ulasannya buku yg baiklahir dari pengalaman n pemerhatian teliti

    ReplyDelete
  2. Wahhh dpt tandatangan penulisnya lagi...

    ReplyDelete
  3. Tirai besi dah biasa, tembok kadang-kadang diguna. Hebat penulis mencari tajuk untuk disesuaikan dengan kandungan buku.

    ReplyDelete
  4. Aduh, macam mana nak pronounce M-K-H-A-R-A tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...Dari MKhara...MK Hara..😁😁

      Delete
  5. Lupa nak cakap... Jom tengok Tupperware uncle kat blog uncle!

    ReplyDelete
  6. Betullah tu, baca tajuk buat pembaca nak tahu apakah isi dalam cerita tu. Kisah dipenjara, kisah yang ramai orang nak tahu.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas review membina ini. Gembira baca!
    Jemput follow blog saya, ada buku-buku lain terbitan Smartwork Solution Publishing.
    Nak belajar tulis dan terbit buku pun boleh :)

    http://www.farrawatisabli.com/2021/05/buku-ke-18-dunia-di-sebalik-tembok.html

    ReplyDelete
  8. nanti review lah..mcm menarik tajuk buku tu syaz :)

    ReplyDelete
  9. Kalau membaca, memang suka imagine.. baru ada feel lebih.. skrg ni kurang dh membaca novel

    ReplyDelete
  10. Sebuah buku yang sangat bagus.. nice review Syaz..

    ReplyDelete
  11. Merkur 37C Safety Razor Review – Merkur 37C
    The Merkur 37c 카지노 is an excellent 메리트 카지노 short handled DE safety razor. It is more suitable for 더킹카지노 both heavy and non-slip hands 닉스 카지노 and is therefore a 메리트 카지노 great option for experienced

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.