Zaimi punya usaha la ni, sambil-sambil buat aktiviti dengan anak-anak.
Dah dua cycle dah dia berjaya tuai sayur sawi hidroponik dia.
Set untuk tanam hidroponik tu dia beli dekat shopee.
Ada cawan-cawan dia, tray dan dua jenis air baja.
Yang span tu pulak, dia sekali pakai je.
Untuk cycle kedua ni, zaimi dah beli lagi sekali.
Ada jual span saja rupanya.
Makanya, bolehlah makan sawi hasil tanam sendiri hahaha
Tapi untuk cycle kedua haritu, terlambat sikit tuai.
Bila tuai, tengok daun ada rongak-rongak sikit.
Rupanya ada makhluk join sekaki makan haa.
Sempat pulak tu dia berak atas tisu tu masa aku nak ambil gambar hahaha!
Kuasam punya mahluk hijau!
Lama tak masa yang diambil untuk tuai sawi hidroponik?
Ok, jujur cakap, sebulan 😂
Mungkin kami yang tak berapa nak ada skill, daun dia lambat betul melebar.
Rasa sawi hidroponik ni lain atau sama dengan sawi biasa?
Lebih manis dari sawi biasa.
Tak tau kenapa, jangan tanya.
Kikiki..
Lepas ni ingat nak suruh zaimi cuba tanam sayur lain pulaklah.
Sayur apa sesuai ya?
21 Comments
Bestnya!
ReplyDeleteBila dapat tuai hasil tu, happy bukan kepalang kan?
Keep it up!
Katanya salad, cili, terung sesuai juga utk hidroponik ni
rajin....
ReplyDeletekat rumah kak ret... MAMA uyum je rajin bercucuk tanam ni...
klu kak ret yg tanam, alamat nya jadi lain nanti ahahah
Sayur yang cepat membiak is Kangkung...cuba tanam kangkung...
ReplyDeletewah merasa hasil..dulu igt mak rajin tanam mse kecik2 guna hidroponik la..heheh..la ni bosan2 kat rumah boleh la menanam kan..jimat space
ReplyDeleteWah.. bestnya tanam secara hidroponik.. Sha pernah tanam atas tanah..
ReplyDeletebest nyaa... uihhh sempat lg makhluk ijo tu singgah beraya yaaa
ReplyDeleteUntunglah, yg jadik isteri Zaimi tu
ReplyDeleteDulu di rumah mak ada tanam jugak. Sampai tak habis nak makan. Dah beri sedara mara sebelah rumah pun tak habis makan sayur..😅😅
ReplyDeleteSeronoknya makan hasil tanaman sendiri. Saya pun suka makan sayur fresh dipetik terus masak. Tapi standard kot kalau tanam sendiri daun dia tak lebar :)
ReplyDeleteada tengok bideo ulat kat ig syaz! huhuhu
ReplyDeletebestnya, boleh makan fresh
ReplyDeletewahh...campur dalam megi kari tambah telur...yummyyy
ReplyDeletePaling senang dan cepat tanam kangkung.
ReplyDeleteBila tuai tak payah cabut, potong aje.
nanti boleh tuai berkali2.
gemok ulat tu, sedap betul dia makan sayur tu..
ReplyDeletewah..best nya..menariks sgt!
ReplyDeletebestnya, akak kalau kat rumah selalu minta Edy yang tuaikan sayur bayam takut jumpa yang warna hijau berkaki banyak tu... geli
ReplyDeleteseronok dapat menuai hasil
ReplyDeletekami rasa sebulan tu dah ok la tu. kami tanam dlm pasu alahai xmembesar. lama dah tu, berbulan2.. try tanam kangkung, bayam kak..
ReplyDeletebestnya kan bila ada hasil tanaman sendiri
ReplyDeletemusim PKP ni amat digalakkan syaz! bestnyaa :)
ReplyDeletebestnye. tp lama jgk ye nk menunggu tu. haha
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.