Mandi Velvet Dunes Body Wash

Sabun mandi jenama MANDI ni buatan Malaysia.
Senang je founder dia bagi nama brand, MANDI je.

Hahaha!

Beli di Watson hari tu.

Tertarik dengan rupa botol dia.

Ada banyak corak tau.

Lain corak lain kod bau.

Fikir punya fikir, akhirnya aku ambil yang kod Velvet Dunes.



Haritu masa lari ke hotel sebab kes PENCEMARAN BAU BAHAN KIMIA tu, aku bawak sekali sabun ni.
Alang-alang tu boleh terus cuba pakai kan.

Bila dah bukak, rupanya MANDI kod Velvet Dunes ni bau dia maskulin.

Aiseymen..

Serius, memang aku rasa sesuai untuk zaimi je lah kot.

Dan satu lagi faktor yang sebabkan aku memang terus bagi zaimi je sabun ni, sebab dia kurang buih.
Kena tekan pam dia banyak-banyak baru lah kau gosok-gosok tu buih dia banyak.

Jadi tak feel sikit la bagi pecinta buih macam aku ni nak mandi.

Itu sajalah ulasan tak profesional aku untuk sabun mandi jenama MANDI ini.
hehe..

Korang dah mandi ke belum tu?

Post a Comment

13 Comments

  1. unik nama dia. tp sbb buih x byk, ok... trus x menarik. haha

    ReplyDelete
  2. Buih pun ada peminat? hehehehe

    ReplyDelete
  3. Hehheeehe dah tiga empat kali mandi dah hari ini tapi belum pernah guna sabun MANDI lagi. Yelah unik botolnya macam mentol pun ya macam setitis air pun ada.

    Samalah kita kalau kurang buih tak feel

    ReplyDelete
  4. Berterus terang betul jenamanya.. MANDI. haha

    ReplyDelete
  5. Maknanya hanya boleh guna untuk mandi aje.

    ReplyDelete
  6. kalau ada kt umh akak ni, harus la anak2 duk ulang ke toilet ja.... hehe

    ReplyDelete
  7. Straight to the point terus. Senang hahaha

    ReplyDelete
  8. unik betul nama.. xyah fikir jauh.. hehehe... kakmim pn x suka shower gel yg x byk buih... sbb tu suka pakai shokubutsu..

    ReplyDelete
  9. botol dia unik sgt. kalu ayu pun tertariks jugak kot... he he he...

    ReplyDelete
  10. Menarik tp kalau shida dgn kulit sensitif agak x ssuai ����

    ReplyDelete
  11. cantik botol dia hahaha

    ReplyDelete
  12. Ooo.. x pernah nampak.. tapi masa sy baca ni, belum mandi lagi . hehe

    ReplyDelete
  13. Ala.. kalau kurang buih memnag tak feellah..

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.