Hai la air mata

Cuba untuk tak nak menangis.
Tapi menangis jugak.

Zaimi cakap, 
"macam mana sangat nak selindung rasa sedih.
Itu kan darah daging"


Tak mungkin tak akan sedih.
Nak lupakan sedih tu makan masa juga.


Malam semalam, sepupu send link telegram.
Yang ada video waktu tok dikafan dan solat jenazah.


Untuk tatapan anak cucu yang tak dapat pulang ke kampung katanya.
Air mata turun laju macam air terjun.

Rasa sesak jugak dalam dada.
Ralat tak dapat tengok dan cium arwah buat kali terakhir tu, Tuhan saja yang tahu.


Itulah manusia, ketika masih ada, kita akan sentiasa ingat yang kita masih ada masa.
Masih ada peluang lagi nanti nanti untuk salam, peluk, cium..


Tapi kita semua lupa, makhluk Allah yang bernama 'masa' tu rakus sifatnya.
Dia tak pernah kasihankan kita.
Dia terus pergi dan pergi.

Sampailah peluang yang kita rasa kita ada itu terlucut dari diri kita.


Dan masa tu, apa yang mampu kita buat adalah memandang semula ke belakang dengan sejuta perasaan yang bercampur aduk.

Tapi sekadar memandang.
Tak ada apa yang boleh kita lakukan lagi.

Sang masa?

Terus berlari lagi.
Kita?

Berpegang sedaya mungkin dengan apa yang masih kita ada.
Yang turut beransur ubah beiring dengan sang masa itu.

Sehinggalah, masa kita itu juga terhenti.
Hening.

Entahla bila, rahsia Allah yang Agong.

ps: 😢

Post a Comment

17 Comments

  1. mesti ralat sedih sgt kan
    faham tu
    ingat masa arwah tok meninggal dulu pun sama tak dpt balik sedihnya hanya Allah yg tahu

    ReplyDelete
  2. Takziah Syaz. Memang perit berhadapan berita kematian di musim lockdown ni. Sedih tu hanya mampu disembunyikan. Ia tak mungkin hilang

    ReplyDelete
  3. Al fatihah...semoga arwah dipermudahkan urusannya..ditempatkan bersama mereka yg dikasihi NYA

    ReplyDelete
  4. Takziah sis. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aamiin.

    ReplyDelete
  5. Rasa sedih pulak bila anatara ahli keluarga kita meninggal , tetapi kita tak dapat balik tatap wajah terakhir . Musim2 mco ni emmm ..

    ReplyDelete
  6. Syaz..bersabar ye..yg hdup pasti akn pergi meninggalkn kita..sedekah kn alfatihah utk tok ya. Tahu syaz merindui tok.

    ReplyDelete
  7. Bukan tak redha tapi air mata itu jatuh tanpa dipaksa dan tidak boleh diberhentikan dengan paksa.

    ReplyDelete
  8. Salam Takziah Syaz..semoga aarwah ditempatkan di kalangan insan2 terpilih dan aman tenang di negeri abadi..Al Fatihah

    ReplyDelete
  9. Be strong kak syaz, faham perasaan ralat tak dapat nak tengok dan cium arwah untuk kali terakhir. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang orang yang beriman.

    ReplyDelete
  10. Salam takziah syaz, siapala tak sedih kalau orang tersayang pergi selamanya... lagila kita tak dapat balik cium dia buat kali terakhir... moga syaz sabar dan tabah, alfatihan buat arwah tok

    ReplyDelete
  11. tok sgt sygkan cucu cicitnya kehilangannya sukar dirasakan

    ReplyDelete
  12. Saya pun pernah kehilangan.. Memang sedih. Moga abah aman di sana..

    ReplyDelete
  13. Al-Fatihah, salam takziah kak syaz..

    ReplyDelete
  14. Salam takziah Syaz.. Saat paling sedih bila terima berita kematian dan kita tak dapat nak menziarahi.. Tambah orang yang sangat dekat dengan kita.. Faham sangat perasaan tu.. Sabar ye..

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.