Pdpr Bermula Lagi

Dah habis cuti sekolah seminggu sempena raya haji.
Sekejap lagi mesti menderu masuk whatsapp dari guru-guru anak-anak aku yang berdedikasi dalam mendidik anak muridnya.

Cikgu tadika amir memang siapkan kit-kit untuk anak-anak buat dekat rumah.
Diorang bagi 1 plastik besar.
Penuh dengan bahan-bahan untuk anak-anak siapkan kerja di rumah.

Dan yang paling aku suka, cikgu tadika amir ni diorang siap buat video step by step untuk anak-anak (dan ibu bapa) rujuk.

Video fun fun pulak tu.

Yang kat atas ni masa amir kena buat ulat gonggok.
Diorang sediakan bekas telur tu dengan antena tu.

Warna pulak kena guna sendiri punya.
Seronok juga buat kerja craft ni dengan anak-anak.

Boleh release tension jugak sebenarnya.

Ada hari yang cikgu dia buat google meet.
Tetap guna kit yang cikgu dia bagi tu, cuma buat bersama-sama dengan cikgu dan kawan-kawan lain yang join meet tu.


Tapi kalau buat ramai-ramai dengan cikgu ni, dia jadi kalut lah sikit sebab nak kejar pace kawan dan cikgu tu kan.

Nak kejar pace kawan yang terlebih laju siap tu lagi hahaha


Ni masa dah siap tugasan yang buat sama-sama dengan cikgu dalam kelas online tu.
Awal-awal guna headphone, tapi disebabkan headphone lah 3, 4 kali tablet tu tergolek jatuh ke bawah.

Manakan tidak, tiap kali dia nak pergi ambil apa-apa yang cikgu dia suruh ambil, dia terus je bangun, headphone tak tanggalkan.

Omak tak larat dah nak marah, suruh je la cabut terus headphone tu.
Sonang!



Antara kerja-kerja amir masa pdpr.
Banyak lagi sebenarnya, selalu aku akan share videonya dekat Instagram.
Sebagai kenangan kan.

Jadi pdpr minggu-minggu mendatang ni, harapnya dipermudahkan urusan cikgu-cikgu, ibubapa dan anak-anak tu sendiri.

Mudah-mudahan segala ilmu yang diberi dapat diserap dengan baik oleh anak-anak semua..
๐Ÿ˜€

Post a Comment

19 Comments

  1. Comel je ubat gonggok tu..

    ReplyDelete
  2. Bagus cikgu ada inisiatif sediakan kit sekali. Senangkan murid dan parents juga. best jugak layan kraft anak anak ni. Sesama jadi kreatif :)

    ReplyDelete
  3. mula lah bizi bila pdpr dah mula kan...

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah.. tetap bersmngat pdpr!

    ReplyDelete
  5. sekejap je cuti he hee
    cute hasil pdpr

    ReplyDelete
  6. tak tau pulak cuti sekolah, sbb hari2 sama je. haha.

    ReplyDelete
  7. dah start mula dh jd cikgu interim hari ni.. hehehe

    ReplyDelete
  8. Yeay dah mula pdpr dah. Srlaat maju jaya amir..

    ReplyDelete
  9. Cuteee ulat gonggok amir tuuu hahaha

    ReplyDelete
  10. hepi ja anak2 pdpr riuh rumah mak ayah pun join

    ReplyDelete
  11. Aanak buah akak si taufik tu PDPR memang dia suka tapi cepat boring...geram je...nanti nak suruh ibu dia buat ulat gonggok macam tu la...

    ReplyDelete
  12. imut laa ulat gonggok tu����

    ReplyDelete
  13. smlm dah mula pdpr.. kembali kla kita jd tarzan.. hheh

    ReplyDelete
  14. Comel ulat gonggok tu!

    Haha part headphone tu sama la! Cik TK pun kadang nak terus gerak je, lupa tanggalkan.

    ReplyDelete
  15. moga anak2 syaz..boleh terus belajar dgn baik walau PDPR..

    ReplyDelete
  16. pdpr ni satu je.. mama takut terlepas anak tak buat homework susah gak nak check

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.