Friday, July 9, 2021

Pengalaman Penerimaan Dos Kedua Vaksin

Simpan sini untuk kenangan.
Rabu lepas selesai dah kami menerima dos kedua.




Proses penerimaan dos kedua di PPV Dewan Dato' Bahaman Kuala Pilah ni memang sangat berbeza dari masa dos pertama tiga minggu yang lalu


Memang sangat pantas dan efisyen.
Dari letak MyKad sampai pemantauan dan bergambar di booth, semua berlaku dalam masa tak sampai 15 minit.


Syukur alhamdulillah mudah berurusan dengan mereka yang bertugas di PPV Dewan Dato'Bahaman Kuala Pilah masa tu.

Kesan sampingan yang aku dapat dari vaksin dos kedua Sinovac ni adalah beberapa, antaranya:

Pening dan rasa terawang-awang.
Keletihan lebih dari biasa.
Naik jerawat di kulit kepala.

Tapi setakat dah 3 hari ni, tak demam.

Itulah pengalaman aku menerima vaksin Covid-19 ni.
Harap yang lain cepat dapat giliran juga.

Ingat, jangan lupa bawa pen sendiri terutama masa temujanji dos pertama ya 😘

18 comments:

  1. alhamdulillah
    baru dpt date yg dos pertama ahad ni

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..dah settle 2 dos..cepat je selesainya..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dah setel dah kak syaz dan husband terima vaksin, moga moga giliran saya pula menyusul lepas ni hehehe

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah dah selesai semua :)

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah.. bolehla merentas negeri kesana kesini kesana... πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

    ReplyDelete
  6. ALHAMDULILLAH KAK DOS KE2 BELUM LAGI

    ReplyDelete
  7. Syukur. Dah selesai dua doa dan lega.

    ReplyDelete
  8. Saya baru selesai semalam. Dengar khabar khairi cadangkan dos ke 3, betul ke?

    ReplyDelete
  9. cepat betul tu, kalau 15 minit. maybe pengurusan PPV dah makin cekap, yelah dah berbulan-bulan kan. Alhamdulillah dah complete 2 dos. Sinovac gap dia tak jauh. Kami yang AZ sampai 2 bulan menanti

    ReplyDelete
  10. Uncle insyaAllah Sept ni...

    (Kalau panjang umur)

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah dah dapat dua² dah. Syukur proses second dose ni laju sikit..cepat settlenya. Syukur kesannya tak teruk. Semoga baik baik je. Aaaminnn....

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah dah lengkap 2 dos. bole la pi jalan2 pas ni

    ReplyDelete
  13. Alhamudillaj. Semoga sihat-sihat sahaja. Insyaallah, 22 Julai ni saya terima dos kedua.

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah.. semoga sumenya baik2 je..
    dos kedua sy lps raya.. arap ok je..
    xsabar nk completed kan vaksin =)

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot