Tuesday, September 7, 2021

Anyaman Ikan Menggunakan Kertas

Kerja sekolah amir ni.
Kena buat kraf ikan, dekat bahagian badan ikan tu mula-mula kena diwarnakan.

Lepas dah warna ikut selera, kena gunting pulak ikan tu.
Ikutlah garis luar pada lukisan ikan tu.


Dah siap gunting, kena gunting pulak dua kertas warna berbeza yang cikgu dia dah sediakan.
Potong lurus-lurus camtu je.

Lepas tu, amir pun anyamlah sendiri ikan dia tu.

Bagi aku, biarlah hasil kerja anak tu rupa dia tak perfect.
Asalkan itu adalah hasil kerja tangan dia sendiri.

Kalau aku atau ayah dia yang sibuk nak cantikkan, nak tolong segala-galanya, apa yang amir akan belajar kan?

Pendapat aku macam tu lah.
Orang lain, terpulanglah masing-masing.

Boleh je nampak hasil kerja kawan dia yang lain kadang-kadang too good to be true..huhu..


Lepas beberapa minit menganyam, maka siaplah ikan si amir.
Ha nampak tak kertas warna dia tu bukan main lebar dan tebal?

Kah kah kah!
Sebabnya amir kata, kalau kecik nanti banyak pulak amir nak kena selit-selitkan.
๐Ÿ˜‚


Itulah kisah ikan yang dianyam oleh amir.


 

17 comments:

  1. Apabila kita selalu ikuti perkembangan pembelajaran anak-anak, banyak ilmu baharu yang kita dapat. Sukatan pelajaran sudah jauh berbeza dengan zaman sekolah sang ibu.

    ReplyDelete
  2. comelnya aymana kertas ikan tu , teringat zaman budak2 dulu selalu buat

    ReplyDelete
  3. Cantik hasil kerja tangan amir. hahah..jawapan bijak tu. kalau potong kecik lama pulak nak siapkan.

    ReplyDelete
  4. Cantiknya Amir buat ikan tu...haa..baru la ada effort kan Amir, xpe org lain yg suruh mak ayah buat tu cikgu boleh tau kan...cikgu tau kebolehan seseorang..tp cheating macam tu sbb nak markah tinggi nanti x belajar sampai bila-bila...kan?

    ReplyDelete
  5. Sepatutnya memang mereka kena buat sendiri
    Ni kadang2 mak2 yang lebih sudu

    ReplyDelete
  6. kerja sekolah anak biar lah anak yang buat, kita pantau sahaja dan tunjuk ajar apa yg perlu. klu kite yg nak buatkan, baek kite jer pergi sekolah balik kan... heheheh

    ReplyDelete
  7. Cantik ikan anyaman Amir. Skil motor halus Amir pun boleh tahan ��

    ReplyDelete
  8. Haha bijak. Betul la tu kalau potong kecik-2 lambat siap haha

    ReplyDelete
  9. biar je dia buat sndiri lg bgos.. hehe..

    ok dh tu.. xpyh selit byk2 katanya.. haha

    ReplyDelete
  10. Hehe bijak. Tidak payah anyam banyak-banyak.

    ReplyDelete
  11. ammi setuju. kita guide dan anak buat. itu jauh lebih baik dari homework perfectly done tapi bila periksa or dalam class anak2 tak perform.

    ReplyDelete
  12. Betul tuuu, baik anak anak buat sendiri, boleh belajar. Bukan mengharapkan mak ayah buat semuanyaaaa. Cantikkk ikannn amir tuuu hehehe.

    ReplyDelete
  13. Rindunyaaa buat benda ni, dulu time sekolah setiap kali periksa seni, mesti buat benda ni sbb senang haha

    ReplyDelete
  14. ha'ah betul, biar merasa sendiri buat kerja seni daripada parents yang tolong buatkan.

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot