Showing posts with label kerja sekolah. Show all posts
Showing posts with label kerja sekolah. Show all posts

Monday, 12 September 2022

Ganti Water Color Dengan Lipstick

Assalamualaikum semua!

Apa khabar, sihat ke?

Harap semua sihat sejahtera hendaknya.

Hari tu kan, ayu ada homework tau. Task dalam homework tu, kena ikut garisan putus-putus tu menggunakan warna air, menggunakan putik kapas.

Monday, 16 May 2022

Hasil Kerja Ayu Dihurung Semut

Bulan puasa lepas, ayu ada bawa balik hasil kerja dia buat dekat tadika. Artwork yang kena tampal kacang atas tulisan 'Allah' dalam jawi. Macam biasalah, baru-baru sampai rumah, sibuk masing-masing. SR nak uruskan on mesin kainlah, itulah inilah... Jadi SR suruh ayu letak dulu atas meja komputer sebelum SR tampalkan di dinding.

Sunday, 16 January 2022

Kolaj Bunga Raya Budak 4 Tahun

Hasil kerja tangan Ayu masa minggu pertama dia di tadika dua minggu lepas. SR touching. Sebab ayu dah jadi budak tadika. Huhu..

Friday, 10 December 2021

Teknik lukisan cat air basah atas kering dan basah atas basah

SR pernah buat entry tentang teknik catan basah atas kering sebelum ni. Namun entry tu hanyalah tentang pengalaman SR menolong Adam buat kerja sekolah Pdpr dia aje. Namun, banyak pula impression dan click ke blog SR berkenaan teknik basah atas kering tu. Rasa bersalah pula SR, jika orang datang ke blog SR ni, tapi tak dapat apa yang dia cari 😅

Sunday, 14 November 2021

Tugasan Tadika: Model Rukun Haji

 
Eh baru perasan yang post ni dah lama duduk dalam draft rupanya. Amir pun dah lama dah habis pdpr sebab murid tadika dah boleh bersekolah secara bersemuka tanpa perlu sebarang penggiliran. Tugasan ni, kalau tak silap, cikgu dia bagi masa bulan raya haji haritu, sebab masa tu kebanyakan tugasan memang berkisarkan tentang rukun haji.

Thursday, 14 October 2021

Nama Buah Dalam Bahasa Arab | Throwback Thursday

Gambar-gambar ni aku snap sebab nak buat video ringkas dan hantar pada cikgu amir sebagai record dia buat tugasan yang cikgu dia bagi sepanjang pdpr beberapa bulan lepas. Saja nak abadikan dekat sini sebagai kenangan aku naik pangkat jadi cikgu tadika masa ni ahaha!

Homework ni untuk subjek Bahasa Arab, belajar berkenaan nama buah-buahan dalam bahasa arab. Sebelum proceed dengan aktiviti kolaj, ada satu video yang amir kena tonton dulu. Dalam video tu, cikgu dia ajar nama-nama buah-buahan yang common dalam bahasa arab, dengan cara yang sangat menarik dan catchy.

Tuesday, 7 September 2021

Anyaman Ikan Menggunakan Kertas

Kerja sekolah amir ni.
Kena buat kraf ikan, dekat bahagian badan ikan tu mula-mula kena diwarnakan.

Tuesday, 27 July 2021

Teknik Basah Atas Kering

Minggu bila punya kerja entah, aku pun dah lupa.
Tapi masa ni adam ada kerja seni yang dia kena melukis.
Teknik basah atas kering namanya.

Adam memang tak berapa minat mewarna ni.
Lebih-lebih lagi kena guna cat air pulak.
Lagilah dia berat je nak buat.

Maka terpaksalah aku teman dia duduk dan buat sekali sama-sama dengan dia.
Barulah dia nak buat.

Thursday, 17 December 2020

Kerja Sekolah Amir | Throwback Thursday

 Kerja sekolah amir memang banyak.

Tak padan dengan tadika hahaha!

Selalunya cikgu dia akan bagi worksheet dekat WhatsApp group.

Ataupun cikgu dia bagi video suruh buat art & craft.

Selalu pakai jari je dia tulis-tulis direct atas sheet tu secara pdf atau image dekat fon zaimi.

Tapi haritu, sejak zaimi beli stylus (yeke stylus nama dia?), maka amir pun bertambah seronoklah buat kerja sekolah, walaupun jenuh jugak nak paksa hahaha


Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot

Awana SkyWay Gondola: Genting Highlands Cable Car

Awana SkyWay Gondola: Genting Highlands Cable Car
BOOK YOUR RIDE HERE