Eh baru perasan yang post ni dah lama duduk dalam draft rupanya. Amir pun dah lama dah habis pdpr sebab murid tadika dah boleh bersekolah secara bersemuka tanpa perlu sebarang penggiliran. Tugasan ni, kalau tak silap, cikgu dia bagi masa bulan raya haji haritu, sebab masa tu kebanyakan tugasan memang berkisarkan tentang rukun haji.
Untuk tugasan ni, amir kena buat satu model tentang rukun haji. Ringkasnya, mula-mula dia perlu warnakan lukisan Kaabah. Kemudian, lukisan tu perlu digunting, seterusnya Kaabah tu perlu dilipat dan digam sehingga dia jadi 3D.
Ada juga beberapa keping kertas lain yang mengandungi gambar-gambar berkaitan rukun haji. Ada kapal terbang, unta, jamaah haji dan sebagainya. Sebelum tu, amir memang kena tengok dulu video yang cikgu dah rakamkan agar dia lebih faham tentang rukun ibadah haji.
Lepas dah siap warnakan, gambar-gambar tu kena dipotong pulak. Untuk seterusnya ditampal atas sekeping kad manila.
Bila dah siap tampal gambar-gambar tu, aku bantu dia buat anak panah, yang menunjukkan proses perjalanan rukun haji tu, mula dari mana, dan berakhir di mana. Oh ya, tampalkan juga Kaabah tu di tengah-tengah kad manila tadi.
Tangkap gambar. Send dekat cikgu. Setel!
Happy weekend semua!
Happy weekend semua!
14 Comments
pandainya amir kursus haji tahun ni online ja kan
ReplyDeleteAlhamdulillah. Cerita PDPR. Sekarang dah boleh pergi sekolah.
ReplyDeleteBagus Amir semangat buat kerja sekolah. Cantik hasil kerja Amir. Sambil tu boleh tambah ilmu tentang Haji :)
ReplyDeleteSeronoknya... mak pun terlibat sama.... :D
ReplyDeletewowwww goooddd , kreatif amirr :) welldoneee
ReplyDeletewah..saya dulu darjah 4 baru belajar pasal haji. selamat bersekolah Amir
ReplyDeleterajinnya abameer... bagus dia nk buat sendiri.. kalau alan gunting 1 terus penat.. haha
ReplyDeletebudak2 tadika skrg ni pon dah belajar ttg haji ye... advance betul
ReplyDeletebagusnya.....
ReplyDeletebest ni. nak try lah jugak. anak saya homeschool je. selalu mencari idea nak buat aktiviti apa. tq share
ReplyDeleteBest topik belajar anak sis. hee. sambil2 tu dpt refresh balik :)
ReplyDeleteRajin adik adik ni..alhamdulillah permata hati ibu dan bapa kan
ReplyDeleteammi terpandang sharpener putih kat tepi tu..
ReplyDeleteammi rasa dah 2-3 juga ammi beli benda alah ni utk anak2. mcm mana ntah dorang pakai. sekarang tak kuasa ammi nak layan...sharp je pakai sharpener yg kcik tu. padan muka sakit tangan
Aktiviti yg membina sangat . At least dapat juga serba sedikit ilmu
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)