Pengalaman Ngeri Perjalanan Ke Cherating


Cerita terjadi masa balik Kuantan  beberapa minggu yang lepas. Emak dan abah berhajat nak bawak adam, amir dan ayu jalan ke Cherating. Saja lah bawak cucu-cucu pergi jalan-jalan naik kereta, beli keropok dan bergambar tepi pantai. Aku cakap okey je, asalkan kalau ada orang kena pakai mask dan jauh-jauh sikit dari orang lah kan.
Jadi aku pun siapkanlah anak-anak. Pakaikan baju yang kira comel lah sikit. Ala, pakaikan baju jalanlah kiranya. Ayu aku pakaikan dress labuh, abang-abang aku pakaikan jeans dan tshirt. Nak bergambar kan, bagilah smart sikit. Haha!

Aku dengan zaimi malas nak ikut. Lagipun, nak bagi peluang nenek dan tokwan jalan-jalan bawak cucu-cucu, memang dah dekat setahun masing-masing berhajat nak pergi outing sama-sama. Nenek dan tokwan berhajat, cucu-cucu lagilah berhajat! 

Maka lepas siap, pergilah lima bercucu tu. Mak kata mungkin dalam tiga jam juga diorang akan keluar. Sebab perjalanan dari Beserah ke Cherating pun taklah sekejap. Makan masa jugak. Belum diorang nak singgah beli keropok keping lagi, tengok pantai lagi.

Jadi apa yang ngeri? Haa..

Lepas tu, tengah aku dengan zaimi tergolek tengok TV, tiba-tiba dapat WhatsApp dari mak. Hantar gambar budak bertiga ni dah bertukar bajunya.


Abang-abang kira ok lah lagi, tapi ayu tu kenapa horror sangat? Dahlah pakai tshirt dengan seluar kecik yang asalnya macam seluar dalam dress dia tadi je. Rupanya, perjalanan tak sampai pun ke Cherating, Ayu dah termuntah dalam kereta. Habis dress dia kena muntah sampai tak mampulah setakat nak dilap dengan tisu. Hahaha!

Amir yang duduk sebelah ayu pun terkena tempias sekali. Mujur tak kena dekat mak. Abah dengan adam memang selamatlah sebab diorang berdua duduk depan.

Tak pasal-pasal masing-masing dapat t-shirt baru, t-shirt Cherating, RM10 sehelai mak aku cakap. Adam walaupun baju dia tak kotor, tapi saja mak abah belikan jugak. Tak pasal-pasal tanpa sengaja, insiden muntah menyebabkan budak-budak ti terpow nenek dan tokwan diorang. 

Kesian mak dengan abah aku kena hadap insiden kemuntahan tu tanpa kami 😂

Post a Comment

19 Comments

  1. Baca tajuk dah fikir bukan bukan dah. Rupanya ayu termuntah..Ayu Ayu..ada lah tu tak kena. Kesian atok nenek. Tapi dapat jugak mereka baju baru :)

    ReplyDelete
  2. blh bayangkan setuasi syaz ni
    sb masa ank. akak kecik pun penah jga kena ank sulong muntah masa perjlnan ke Frazer hill
    adoiii makyong la. kena. sb time tu pegang

    ReplyDelete
  3. Hihihi.. kejadian ngeri tu selalu menimpa saya masa kecik kalau jalan2 naik kereta, tataw kenapa mesti mabuk, hahaha.

    ReplyDelete
  4. Alah... hadiah nenek pada cucu.... happy buat both party...

    ReplyDelete
  5. Oh ingat kemalangan.
    Ini rupanya muntah. Aduh mabuk kereta agaknya.

    ReplyDelete
  6. tu namanya tragedi membawa rejeki.. 😅

    ReplyDelete
  7. Baca tajuk sudah rasa berdebar.... hehehee. Syukurlah semuanya baik-baik saja.

    ReplyDelete
  8. Memang ngeri jugak tu..termuntah. Tapi dapatlah baju baru kan..hehe

    ReplyDelete
  9. Ingatkan ngeri apalah tadi
    Ayu termuntah rupanya

    ReplyDelete
  10. Saspen baca tajuk. Ingat apa yang ngeri. Kesian Ayu. Tak tahan perjalanan jauh kan. Nasib baik dalam dress pakai seluar pendek ye

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah, ingatkan ape tadi... setakat muntah tu ok lah...

    ReplyDelete
  12. alahai..siannya. takpe, atok ada. tapi mesti risau gak kan.. benda nak jadi.. dpt baju baru.. he he he...

    ReplyDelete
  13. bab muntah memang ngeri betul, mujurla kat cherating tu banyak kedai jual baju kan... kenangan betul lah ni ya

    ReplyDelete
  14. Comelnyaaa depa posing dgn baju baru hee kenangan kenangan :D

    ReplyDelete
  15. wah wah wah kaki abadam...bukan main lagi ye

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.