Tugasan Tadika: Model Rukun Haji

 
Eh baru perasan yang post ni dah lama duduk dalam draft rupanya. Amir pun dah lama dah habis pdpr sebab murid tadika dah boleh bersekolah secara bersemuka tanpa perlu sebarang penggiliran. Tugasan ni, kalau tak silap, cikgu dia bagi masa bulan raya haji haritu, sebab masa tu kebanyakan tugasan memang berkisarkan tentang rukun haji.
Untuk tugasan ni, amir kena buat satu model tentang rukun haji. Ringkasnya, mula-mula dia perlu warnakan lukisan Kaabah. Kemudian, lukisan tu perlu digunting, seterusnya Kaabah tu perlu dilipat dan digam sehingga dia jadi 3D.

 

Ada juga beberapa keping kertas lain yang mengandungi gambar-gambar berkaitan rukun haji. Ada kapal terbang, unta, jamaah haji dan sebagainya. Sebelum tu, amir memang kena tengok dulu video yang cikgu dah rakamkan agar dia lebih faham tentang rukun ibadah haji. 

 

Lepas dah siap warnakan, gambar-gambar tu kena dipotong pulak. Untuk seterusnya ditampal atas sekeping kad manila.


Bila dah siap tampal gambar-gambar tu, aku bantu dia buat anak panah, yang menunjukkan proses perjalanan rukun haji tu, mula dari mana, dan berakhir di mana. Oh ya, tampalkan juga Kaabah tu di tengah-tengah kad manila tadi.

Tangkap gambar. Send dekat cikgu. Setel!

Happy weekend semua!

Post a Comment

14 Comments

  1. pandainya amir kursus haji tahun ni online ja kan

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Cerita PDPR. Sekarang dah boleh pergi sekolah.

    ReplyDelete
  3. Bagus Amir semangat buat kerja sekolah. Cantik hasil kerja Amir. Sambil tu boleh tambah ilmu tentang Haji :)

    ReplyDelete
  4. Seronoknya... mak pun terlibat sama.... :D

    ReplyDelete
  5. wowwww goooddd , kreatif amirr :) welldoneee

    ReplyDelete
  6. wah..saya dulu darjah 4 baru belajar pasal haji. selamat bersekolah Amir

    ReplyDelete
  7. rajinnya abameer... bagus dia nk buat sendiri.. kalau alan gunting 1 terus penat.. haha

    ReplyDelete
  8. budak2 tadika skrg ni pon dah belajar ttg haji ye... advance betul

    ReplyDelete
  9. best ni. nak try lah jugak. anak saya homeschool je. selalu mencari idea nak buat aktiviti apa. tq share

    ReplyDelete
  10. Best topik belajar anak sis. hee. sambil2 tu dpt refresh balik :)

    ReplyDelete
  11. Rajin adik adik ni..alhamdulillah permata hati ibu dan bapa kan

    ReplyDelete
  12. ammi terpandang sharpener putih kat tepi tu..
    ammi rasa dah 2-3 juga ammi beli benda alah ni utk anak2. mcm mana ntah dorang pakai. sekarang tak kuasa ammi nak layan...sharp je pakai sharpener yg kcik tu. padan muka sakit tangan

    ReplyDelete
  13. Aktiviti yg membina sangat . At least dapat juga serba sedikit ilmu

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.