Thursday, October 14, 2021

Nama Buah Dalam Bahasa Arab | Throwback Thursday

Gambar-gambar ni aku snap sebab nak buat video ringkas dan hantar pada cikgu amir sebagai record dia buat tugasan yang cikgu dia bagi sepanjang pdpr beberapa bulan lepas. Saja nak abadikan dekat sini sebagai kenangan aku naik pangkat jadi cikgu tadika masa ni ahaha!

Homework ni untuk subjek Bahasa Arab, belajar berkenaan nama buah-buahan dalam bahasa arab. Sebelum proceed dengan aktiviti kolaj, ada satu video yang amir kena tonton dulu. Dalam video tu, cikgu dia ajar nama-nama buah-buahan yang common dalam bahasa arab, dengan cara yang sangat menarik dan catchy.

Lepas dah siap belajar dari video tu, setiap murid kena ambil 'pack' subjek bahasa arab yang cikgu dia dah bagi beberapa hari sebelum tu. Memang kena pick up set tugasan tu dekat tadika dulu. Untuk subjek-subjek lain pun ada.

Untuk tugasan kali ini, setiap murid diberikan lukisan buah yang berbeza-beza. Ada yang dapat pisang (Mawza), epal (Tuffahun), betik (babaya), strawberry (farawila), anggur (einabun), kiwi (kiwi) dan oren (burtuqal). Selain tu, turut dibekalkan dalam pack tu adalah beberapa keping kertas warna yang match dengan buah yang murid dapat tu.

Macam amir, dia dapat buah epal. Jadi dia dapat kertas warna merah, coklat dan hijau. Rupanya, bahan-bahan yang cikgu dia bekalkan tu untuk dia buat kolaj dari lukisan Tuffahun dia dapat tu. Mula-mula, kena la gunting / koyakkan dulu kertas warna tu jadi cebisan kecil. Aku suruh dia siat kertas tu dalam mangkuk. Jadi tak adalah kertas tu terbang-terbang merata.



Bila dah siap potong kertas tu kecik-kecik, maka bermulalah proses menampak cebisan kertas tu atas lukisan epal dia tadi satu persatu. Aku memang tak tolong, aku tengokkan aje dia buat sambil-sambil lipat kain yang menimbun. Haha.

Biarlah lambat sikit dan comot sikit, asalkan tangan dia bergerak sendiri. Untuk psikomotor dia jugak. Biarlah nampak kejam, Harap suatu hari nanti dia faham kenapa aku tak tolong tampal sama-sama dan cuma bagi arahan dari depan dia aje.



Kalau teman anak tadika buat homework ni, memang kena banyak bersabar. Sebabnya aku jadi cepat nak hijau (marah) kalau anak buat kerja lambat. Tapi memang kena latih diri supaya bertenang dan bagi dia masa sampai dia berjaya siapkan. Nak hijau hijau pun buat penat otak sendiri je. Baik bagi dia buat relax tapi consistent tangan tu bergerak buat kerja.

Sesungguhnya pdpr juga turut melatih aku menjadi lebih penyabar.


Tadaa! 
Akhirnya siap pun epal / tuffahun amir walaupun punyalah banyak dia bersembang sementara nak bagi lengkap kolaj dia tu. Ada je idea dia nak bercakap!

Ayu pun teringin jugak nak buat, seronok agaknya dia tengok abang dia duk menampal-nampal kertas kecik-kecik tu. Memandangkan kertas-kertas warna amir tadi memang ada lebih, kita kasi chance la ayu pun tampal jugak dekat kertas kosong. 

Ha iniolah hasilnya dari ayu!
Abstrak gitu ahaha!


Kadang-kadang fikir balik, mungkin hikmah pdpr ni, kita pun turut belajar sesuatu dari tugasan anak. Selain dapat bonding time dengan anak tu kan. Macam aku, hari tengokkan amir buah kolaj ni lah baru aku tau nama-nama buah dalam bahasa arab, sebelum ni aku tak tau pun..kikiki..

Maklumlah, aku memang tak ada basic arab..huu..

Korang nampak kolaj ayu tu macam apa? 
Aku nampak macam buah epal yang pecah berderai sebab dilenyek oleh tayar kereta 😂

8 comments:

  1. yeah...fav homework masa tadika dulu ni..

    ReplyDelete
  2. seronok..menguji kesabaran dan fokus.
    cantik. kemas

    ReplyDelete
  3. Betul Syaz. Sesungguhnya PDPR sangat mencabar kesabaran kita.
    Tapi daripada PDPR anak-anak itu, dapat pula kita belajar sesuatu yang lain dari silibus kita zaman sekolah dulu.

    ReplyDelete
  4. Wah. Sekarang pun masih lagi ada aktiviti tampal-tampal macam ni. Rindu pulak nak buat. 😂

    ReplyDelete
  5. Baru tau orang arab panggil betik, babaya. Bunyi macam papaya. Orang arab pelat sebut huruf 'p'.

    ReplyDelete
  6. masa Kyra kecik..ammi hafal lagu Alif Asadun Singa Lion tu.. kira semua perkataan kat dalam tu ammi dah masterlah bahasa arabnya. Tp...takat itu jelah. jgn tanya yg lain

    ReplyDelete
  7. Ramai naik pangkat jadi guru musim2 PKP ni..hihihi

    ReplyDelete
  8. wak pon baru tahu sebutan buah epal 🍎🍎🍎 tu tuffahun.. 😅😅

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot