Friday, October 15, 2021

Syif Tengah Malam - Cerita-Cerita Seram Di Hopsital | Review Buku


Lama tak cerita pasal buku yang dibaca kan. Sebabnya kebelakangan ni, aku kurang sikit membaca. Aduh tak bagus betul lah rasa diri ini bila kurang membaca. Tapi itulah, kekangan masa, kekangan kerja dan kekangan malas. Kih kih..

Ok, buku ni sebenarnya dah lama aku selesai baca. Tapi haritu saja belek-belek baca balik buku ni. Sebab dia tak tebal sangat, 120 muka surat aje.
Buku ni diselenggara oleh Lan Benhusaini, dan dia himpunan cerita-cerita pendek yang berlatarbelakangkan waktu malam di hospital.

Penulis Syif Tengah Malam ni ramai!
Mereka adalah Doktor Ahmad Akmal Azman, Clinical Instructor Rozellia Nurjanah Zainal Abidin, Staff Nurse Nafra MK, STaff Nurse Che Maria Afida, Staff Nurse Norayu Mustari, Staff Nurse Syikin Zauzi, Staff Nurse Noraini Yusof, Staff Nurse Ida Nardiel, Bidan Tayang Hamzah, Misi Dewan Bedah Bel Nahwen, Ikmal Fayadh Roszaind, Medical Assistant Beh Syukor dan Bomoh Halau Hantu Sinaganaga.

Entahlah nama betul ke tidak, aku rasa kebanyakan mereka ni menggunakan nama pena.

Cerita-cerita dalam ni memang ada yang boleh buat kita rasa seram, ada juga yang berakhir dengan lucu dan juga sedih. Pandailah penulis ni semua bermain dengan perasaan kita yang membaca ni. Kalau tanya aku, kisah yang paling aku suka dalam buku ni adalah Wad 2A.

Kisah dia klise, tapi kisah klise yang walau dah banyak kali kita dengar pun, kita mesti nak dengar / baca sampai habis. Ha itulah kisah Wad 2A tu. Hehehehhe *mengilai.

Overall, buku terbitan KataPillar  yang ini memang sesuai dibaca kalau kita tak banyak masa lapang. Boleh habiskan cerpen by cerpen, sebab dia tidak berkait. Dia nipis je, kalau baca masa tengah tunggu LRT ke, tengah tunggu giliran dekat klinik ke, pun boleh jugak. Nipis dan ringan je kalau nak angkut merata. Cuma kena sabar bila orang pandang-pandanglah, sebab muka depan dia tu sangat catchy!

Sudahlah warnanya kuning, illustrasi dia pun memang menggoda orang untuk terus memandang. Dan itu antara daya penarik aku beli buku Syif Tengah Malam ni dulu. 

Jadi pendapat peribadi aku, buku ni aku boleh bagi 4 bintang!

Siapa yang suka baca genre seram / hospital, boleh cuba baca juga 😊

11 comments:

  1. abe suka tgok citer seram di netflix. baca buku seram pun suka cuma jarang jumpa genre ni di kedai buku skrg...

    ReplyDelete
  2. Last akak baca cerita2 seram dlm buku Fobia..

    ReplyDelete
  3. Wak dah lama tak baca buku cerita
    Cari bahan bacaan kat google aje

    ReplyDelete
  4. kenapa hantu suka dok kat hospital kan?

    ReplyDelete
  5. Hehehe citer2 seram ni kalau baca time malam boleh buat penyakit takleh tido hahaha. Pasti teringat2..

    ReplyDelete
  6. Bomoh Halau Hantu Sinaganaga..panjang betu nama pena dia..

    ReplyDelete
  7. saya masih baca buku namun tidak buat ulasan buku sekarag ini..

    saya macam sibuk sahaja

    ReplyDelete
  8. mesti banyak cerita-cerita seram yang dikongsikan

    ReplyDelete
  9. Setuju tu, walaupun cerita klise tapi masih nak tahu jugak kan. Yep, cantik cover buku ni :)

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot