Jackie Chan Never Grow Up | Review Buku

Ini adalah buku biography pertama yang aku baca sepanjang hayat aku setakat ni.
Sebelum ni kalau tentang kisah hidup seseorang, aku akan tengok filem, atau baca di internet je.

Cuma kali ni rasa tertarik nak beli buku Jackie Chan ni sebab masa tu ada diskaun 80% dekat website Big Bad Wolf hahaha!

Buku setebal 333 muka surat ni ada kulit buku yang tebal.
Macam kamus dewan punya kulit.

Disebabkan buku yang belum baca memang sangat banyak, jadi masa yang diambil untuk aku pick buku ni dan baca adalah agak lama juga.

Jadi aku mula baca buku ni last week, hari rabu kalau tak silap dan malam tadi baru habis baca.
Biasalah bukan boleh nak mengulit buku ni 24jam non stop kan, jadi ambik masalah sikit hehe.

Antara fakta tentang Jackie Chan yang aku dapat dari buku ni adalah:

- Nama betul dia Chan Kong Sang
- Sebelum dapat stage name dia Jackie Chan, banyak betul nama stage dia yang lain yang tak menjadi.
- Banyak filem dia gagal dan tak disiarkan langsung sebelum Drunken Master hits dan mengubah hidup dia.
- Dia duduk asrama dari umur 7 tahun sampai 17 tahun. Asrama yang ganas dan pendidikan tak formal. sebab tu dia hebat martial art dan hati kering terlampau-lampau.
-Mak ayah dia duduk Australia.
- Jackie Chan memang tak pandai membaca tulisan rumi masa awal career dia, tiap kali tandatangan dekat peminat, signature dia tak pernah sama.
- Dia ada seorang je anak sah iaitu Jaycee Chan. Nama Jaycee dia dapat ilham sempena initial nama stage dia, J.C.
- Dia ada anak extramarital, ibu yang lain dari ibu Jaycee.
- Dia punya duit terlaluuuuu banyak.
- Dia ada banyak koleksi buku, tapi sebagai decoration.
- Hampir kesemua tulang dia pernah patah, dia pernah jalani brain surgery.
- Dia ada donate rumah tradisional China pada Universiti Singapore.

Dan macam-macam lagilah, kalau cerita semua marah pulak Jackie Chan nanti haha!

Dan dalam buku ni, tak ada pun dia sebut pasal dia dapat anugerah Datuk dari Malaysia tu. Buku ni release 2015, dia dapat Datuk pun 2015. Mungkin dia dapat Datuk tu lepas buku ni release agaknya.

Perkara tentang Malaysia yang dia sebut dalam buku ni adalah Michelle Yeoh je.

Recommended untuk yang suka membaca kisah hidup orang.

Personally aku rasa buku ni best, 4.5/5 bintang!

Post a Comment

21 Comments

  1. Selali tengok filem2 jackie chan lakonkan . Memang sangat best thank you syaz kongsikan serba sedikit tentang jackie chan

    ReplyDelete
  2. Akak suka tgk filem2 dia-police story 1,2 dan banyak lagi..

    ReplyDelete
  3. tak sangka JC pernah duduk asrama. patutlah dia macam kering ja

    ReplyDelete
  4. Wah menarik bukunya... akak dibesarkan dgn filem2 dia juga

    ReplyDelete
  5. Pernah tengok kisah hidup dia kat TV. Tak ingat bila, channel apa dan tajuk show tu. JC dia memang ada duit banyak tapi duit tu pun tak diwarisi anak dia sepenuhnya. Dia nak anak dia berusaha cari duit sendiri. Awal career dia akan malap sampailah dia dapat jadi pelakon tambahan dan bukan stuntman. Tapi berlakon pun dia buat stuntman sendiri. itu yang banyak patah patah tu.

    ReplyDelete
  6. Zaman sekolah dulu memang minat sangat tengok filem Jackie Chan.
    Best juga kalau dapat baca buku ni ya.
    Ada sekali dia jadi jemputan Running Man sampai ada sorang jemputan RM pelakon Korea tak ingat siapa ntah pernah kerjasama dengan Jackie Chan cakap kat Jae Suk si Jackie ni sangat kaya dia pergi mana-mana pun naik kapal terbang dia sendiri sambil bawa seluruh ahli keluarga dia. Ternganga Jae Suk dengar hahahaa...

    ReplyDelete
  7. nak cari lah. saya suka baca biografi. ambil pengajaran yang mana sesuai. jangan cerita semua Syaz, tak laku nanti buku ni. Hahaha. Btw, Jackie Chan ni memang hebat. Sayangnya anak dia spoil, mungkin sebab terlalu dimanjakan dengan duit.

    ReplyDelete
  8. wah dah ada buku Jc
    pelakonn femes dulu dan. kini sebut jc semua kenal

    ReplyDelete
  9. Ooo... baru tau nama betul dia tu...

    ReplyDelete
  10. Dulu sampai sekarang suka JC ni.

    ReplyDelete
  11. SA antara peminat filem Jackie Chan...citer dia x pernah x best..kan?macam menarik la buku ni...

    ReplyDelete
  12. Jaman dulu2 suka tenguk filem lakonan pakcik ni

    ReplyDelete
  13. hebat Jackie Chan, minat juga banyak filem2 beliau..

    ReplyDelete
  14. Dari kecil memang suka tengok filem-filem Jackie Chan ��

    ReplyDelete
  15. Menarik. Insan hebat dan perjalanan hidupnya pun penuh liku liku..

    ReplyDelete
  16. suka tgk jackie chan blakon..
    ptot la byk tulang patah.. aksi dia power.. haha

    ReplyDelete
  17. Cerita Jackie Chan kemudian a kemudian banyak yang lawak.

    ReplyDelete
  18. Ngeri baca part hampir kesemua tulang dia pernah patahhhhh huhuhuhu, tapi berbaloi dengan apa yang dia dapat sekarang kannnn

    ReplyDelete
  19. Menarik kisah jakie chan ni. Dah lama tak tengok cerita beliau. Rindu pulak filem filem yang dilakonkan oleh jakie chan ni

    ReplyDelete
  20. dulu pernah baca dia suruh anak dia berlakon kalau nak jadi pewaris harta dia yang banyak tu. Anak dia tak minat berlakon tapi suka melukis. Muka pun soft je ikut muka wife jackie chan ni

    ReplyDelete
  21. Cerita apa je yg xbest kalau ade jackie chan..mesti meletop punya..xjemu tgk.

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.