Oren, Pear dan Epal Hijau

Baru perasan yang harini tak update blog lagi.
Kisahnya harini penat sikit sebab semalam pulun siapkan majalah jabatan.

Duduk lepak dengan anak-anak je.
Sambil-sambil tengok Netflix.
Sambil-sambil makan buah.

Buah-buahan ni semua aku beli dekat kedai runcit barang basah yang dalam taman ni je.

Memamg best gilaa sebab selalunya kedai runcit atau pasar mini, jarang jual buah yang fresh macam ni.

Kebanyakan kedai akan fokus pada barang basah je 

Tapi kedai ni lain, dia ada juga jual buah-buah yang selalu dijual dekat pasaraya atau kedai buah-buahan je tu.

Dahlah saiz besar, masih segar, elok molek rupanya, plus buah-buahan yang aku beli dari kedai ni semuanya manis elok je.

Paling anak-anak aku suka adalah buah oren seedless tu, ada dua saiz, kadang beli yang L, kadang yang XL.

Epal hijau pun budak-budak ni bedal makan, tak hirau masam ke apa. Asalkan masing-masing dapat makan buah.

Aku? Kegemaran aku semestinya buah pear merah.
Ya Allah punyalah sedap pear merah weh!

Sejak PKP memang lama sangat aku tak dapat makan buah-buah ni, terutamanya buah pear.
Sekali kedai dia ada jual, excited aku!

Ekceli dulu sebelum pkp kedai ni tak top.
Aku pun lebih kerap ke pasaraya dari ke kedai runcit dalam taman.
Tapi pkp telah merubah segalanya haha!

Oh dan yang terpaling best adalah, kedai ni ada delivery. Rasa teringin nak makan buah, atau nak order barang basah lain, tapi malas nak keluar rumah, order je!

Kih kih kih ..

Ok nak sambung makan buah 😄

Post a Comment

16 Comments

  1. buah yang saya selalu beli dan selalu ade stok kat rumah adalah epal merah dan buah lai. kadang2 beli jugak buah limau mandarin yang kecik2 tu..

    ReplyDelete
  2. Bagusnya anak-anak Syaz suka makan macam-macam buah.

    PKP memang banyak merubah kebiasaan kita.

    ReplyDelete
  3. buah buahan sitrus kaya vit c akak pun suka oren tu,
    epal. hijau kalau beli yg ok sedapp tak masam,laju je akak mkn he hez katanya elok utk darah tinggi, kolesterol

    ReplyDelete
  4. Musim covid-19 di rumah Naim sentiasa topup buah oren utk vitamin c hehe :D

    ReplyDelete
  5. Samalah, dah PKP baru berkenalan dengan kedai runcit dan minimart area rumah

    ReplyDelete
  6. bila dalam peti ada buah-buahan .. automatik rasa sehat jaa. Haha

    ReplyDelete
  7. Buah pear merah tu sedap..ranggup,kan..

    ReplyDelete
  8. shida pun kat pasar org jual buah sebelah jer hehee..kdg2 mcm hari2 dpt buah free..pear merah xpernah mkn lg syaz!

    ReplyDelete
  9. Bestnya dapat beli buah fresh dan buah fav. Senang kedai dekat boleh restock selalu. Agaknya sejak PKP ni ramai datang situ. Tokei kedai pun pelbagaikan jualan. Jarang nampak pear merah. Lama gak tak makan buah pear ni.

    ReplyDelete
  10. bestnya ada kedai jual buah-buahan ni. selalu di rumah ada buah pear, oren & betik.

    ReplyDelete
  11. Dah lamanya tak beli buah2 impot ni
    Buah2an tempatan pun tak habis2 lagi.

    ReplyDelete
  12. Sedapnyaaa buah pear!
    Suka la kedai runcit yang ada jual buah gini, memudahkan kita.. niceeee siap ada delivery yer....

    ReplyDelete
  13. ha'ah pear merah tu memang sedap, dia tak berair banyak sangat macam pear kuning tu

    ReplyDelete
  14. Bagus makan buah-buahan ni. Kalau epal hijau selalunya buat jus campur dengan asam boi...minum sejuk2 perghhh sodap. Lai atau pear selalunya layan dengan rojak mam bee. Limau makan gitu kalau manis sedapnya

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.