Saturday, September 4, 2021

Oreo Ice Cream

Patutnya tak boleh makan manis-manis ni.
Dah kena pantang makan.

Tapi Oreo Ice Cream ni terlalu menggodalah.
Aiseh..

Kau tengoklah rupa dia haa.
Handsome kan?
Macam memanggil-manggil je suruh kau ngap dia.


Fikir punya fikir, tak apalah, makan je lah bagi lepas gian.
Yang penting ubat kena makan, exercise kena maintain.
Yuk kita gigit!


Rasa dia memang tak mengecewakan.
Macam makan oreo (obviously lah!), tapi dia sejuk dan lebih sedap dari yang dalam bentuk biskut tu.

Lapisan coklat dia rangup.
Dan tekstur dia kasar sama macam biskutnya.

Dan yang best ais krim oreo ni dia lambat cair.
Ala-ala magnum jugak.

Oh ini bukan paid review!

Haa siapa teringin pergilah beli, order pakai food panda je aku ni pun haa.
Terus sampai ke pintu pagar!
๐Ÿ˜Ž

15 comments:

  1. Macam sedap ni. Dah la lama betul rasanya tak makan aiskrim

    ReplyDelete
  2. Haha berbagai alasan nak makan eskrem ya. .tp mmg tak mampu menolaknya kalau dh dok dpn mata

    ReplyDelete
  3. tak minat sangat biskut oreo sebab macam manis sangat, kalau aiskrim ni tak tahulah kena cuba dul kot..haha

    ReplyDelete
  4. dah lama tak makan ais krim, tengok entry ni terus teringin.. esok lah beli

    ReplyDelete
  5. Memang menggoda tu.
    Akak pun tadi siang makan eskrim jugak. Nikmat sungguh! ๐Ÿ˜„

    ReplyDelete
  6. Oreo ni memang terkenalkanlah biskutnya.. Banyak company guna orea sebagai salah satu bahan yang perlu ada dalam menunya.. Untunglah oreo..

    ReplyDelete
  7. Ala kenapa goda kita jugak ni. Sok sok kita cari kalau dah katanya sedap :)

    ReplyDelete
  8. Dah cuba memang sedap . Rangup je rasa lapisan coklat oreo kat luar tu

    ReplyDelete
  9. Sekali sekala takpe kak syaz hehehe, kira cheat dayyyy gituu :D

    ReplyDelete
  10. Haritu dah makan jugak aiskrim oreo ni. Sedappppp

    ReplyDelete
  11. sebelum ni shida mkn ice cream kikat syaz..aduhh manis betul lah..terus ngilu hahaaa

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot