Definisi ''Wordless Wednesday" Yang Sebenar | Wordy Wednesday

 Para blogger sekalian semestinya tahu, bahawa pada setiap hari RABU, akan ada satu segmen yang bernama "Wordless Wednesday".  Ada juga yang hanya menggunakan akronim WW untuk post mereka pada setiap rabu itu.

Tapi apakah sebenarnya motif sebenar segmen Wordless Wednesday ini?

Mengikut tujuan asalnya segmen Wordless Wednesday ini, setahu akulah, mengikut pengalaman aku berblog dari 2009 dulu, WW ni memang akan melibatkan post / entry yang tak ada walau sepatah perkataan pun. Hanya ada gambar sahaja. Bertepatan dengan perkataan 'Wordless' itu sendiri.

Mengikut answers.com, yang telah pun dijawab 13 tahun yang lalu, Wordless Wednesday adalah:


Atau terjemahannya; Setiap hari Rabu di atas talian, para blogger akan memuatnaik gambar sebagai post mereka tanpa sebarang perkataan untuk menerangkan tentang gambar itu. Sepertimana perkataan 'wordless' itu membawa maksud 'tiada perkataan'. Ideanya supaya gambar itu berbicara sendiri tentang mereka, tanpa perlu sebarang penerangan.




Wordless Wednesday ini boleh digunakan sebagai salah satu tools untuk menarik traffik ke laman blog kita juga, terutama pada yang membuat blog perniagaan.

Setiap Rabu, tuan blog muatnaik gambar yang menarik, yang berkaitan dengan perniagaan, produk, pekerja dan juga pelanggan syarikat mereka. Atau yang berkaitan dengan niche blog masing-masing. Macam aku ni, blog personal sahaja. Jadi segmen WW aku selalunya bertema bebas. Hihi.

Dan, jika kita tweet pula link blog kita yang dibawah segment Wordless Wednesday tadi, letaklah hashtag #wordlesswednesday, untuk menarik traffic dari pengunjung lain. Selalunya, yang buat hashtag itu, akan mengujungi post yang ada hashtag #wordlesswednesday tu juga, untuk meninggalkan jejak.

Jom serlahkan kreativiti dalam Wordless Wednesday!
Biar pengunjung saja yang berbicara di ruangan komen!


Ha gitteww..
😉

Post a Comment

18 Comments

  1. walopun tajuk WW, ada gak blogger yg tulis byk2..

    ReplyDelete
  2. WW ammi harini mengikut spesifikasi asal

    ReplyDelete
  3. Haha akak main sebat ja..time takde idea tak tulis apa

    ReplyDelete
  4. oooo..cam tu. ok, next week leh update 1 pic utk wordless wednesyday..
    tq for info!

    ReplyDelete
  5. ramai yang buat macam ni.
    letak je satu gambar.
    biar "a picture speaks a thousand words"..haha

    ReplyDelete
  6. Wak pun suka buat WW ni terutama kalau takde idea.
    Cari gambar satu dua, biar pembaca beri komen.

    ReplyDelete
  7. Behtulll..dulu salu letsk gambo je... cuma kdg rasa x lengkap xde sikit ayat.. Hahahaha.. so tulis sikit

    ReplyDelete
  8. sepatutnya macam ni kan Syaz, tapi macam tak best selalu kak ana tulis gak pendek2 huhu derhaka namanya :)

    ReplyDelete
  9. Dulu macam tu, memang tak ada sebarang perkataan, hanya gambar. Sekarang macam tak menepati WW sangat sebab masih ada text dalam entri. Menarik penjelasan ni. Terima kasih. Boleh lah sambung buat segmen WW lepas ni. Hehe...

    ReplyDelete
  10. Jarang buat WW ni sebab kadang rasa macam takde idea tapi bila letak gambar je eh banyak pulak idea nak merepek jadi dah tak menepati maksud WW tu lah ya. Padahal takdo idea pun nak up entry...hehehehe

    ReplyDelete
  11. Selalu buat entri WW ni bila buntu tak ada idea nak menulis. Biar gambar tu bersuara bagi pihak kita buat sementara hehehe

    ReplyDelete
  12. Kalau tak ada idea nak update entri boleh buat WW ni kan

    ReplyDelete
  13. segmen WW saya ade sikit jer words... kire ok lah kan

    ReplyDelete
  14. Dah lama tak update Wordless Wednesday..

    ReplyDelete
  15. Kalau adsense..terima tak entri mcm tu? shida dah lama tinggai update entri WW ni..

    ReplyDelete
  16. Sha memang buat WW ini dengan berkongsi imej yang berinformasi..

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.