Kotak Misteri Hadiah Giveaway Shida Radzuan

Alhamdulillah, kalau kawan-kawan masih ingat, haritu aku ada ceritakan yang aku terpilih menjadi pemenang segment Giveaway By Shida Radzuan. Memang seronok dan teruja habislah kan sebab dijanjikan hadiah! Dahlah baru pertama kali join GA anjuran kawan-kawan blogger. Ada pula rezeki tertulis kan. Syukur!

Dan beberapa hari yang lepas, datanglah penghantar barangan J&T ke rumah dan dropkan satu bungkusan berwarna putih kemerahan atas tembok rumah. Bila aku pergi ambil dan tengok details, terpandang nama Shida Radzuan sebagai sender. Memang senyum sampai ke telingalah! Ibarat beruk mendapat bunga ahahaha!

Vavavoom sangat kotak dia kan! Nice! Strong and sturdy! Dekat luar kotak tu ada ucapan yang sangat indah dari Shida. Terima kasih shida, sama-sama juga. Shida juga merupakan seorang blogger yang peramah di komuniti blogger Malaysia ni. Rasanya hampir semua blogger yang baca post ini, mesti kenal dan tau alamat laman blog shida kan? 😁


Okey jom kita zoom in apa yang ada dalam kotak misteri dari segmen giveaway shida ni. Yukk kita buka kotaknya! Hati-hati sungguh aku bukak kotak ni, punya seronok, risau kotak ni tercarik atau kemek. Hahaha!

Ok, nampak macam ada macam-macam je ni!


Hah marilah kita keluarkan satu persatu.
Let's go Malaysian!


Ada penanda buku bermagnet bercorak unicorn. So cute!
Bila ada unicorn dan cute macam ni, korang boleh agak tak siapa yang dalam rumah ni, yang nak berebut dengan omak? Rasa-rasa siapa? 😂

Seterusnya ada beberapa BIOAQUA CAHNSAI Rejuvenating Face Mask with Vitamin C. AGitcheww.. Moga makin bersinar-sinarlah wajah si Syazni Rahim lepas pakai face mask ni semua nanti.


Ada juga dua bungkus serbuk kari Cap 0. Ya rabbi yang ini memang di luar jangkaan aku. Sangat best ok shida! Sangat unik dan istimewa! Setakat ni belum buka lagi, sebab serbuk kari haritu masih belum habis. Insyaallah nanti akan guna untuk masak. Moga pahala dari masakan itu nanti mengalir juga pada Shida. Hik hik!


Selain tu, ada juga sekeping pelitup muka Jovian berwarna merah jambu. Sweet sangat. Hampir juga direbut, tapi tak jadi direbut sebab dia sedar yang pelitup muka ni besar dan bukan saiz muka dia ahaha!


Ada satu spatula kayu juga dalam kotak misteri tu. Mungkin boleh guna untuk kegunaan di dapur juga? Ke spatula kayu ni sesuai digunaan dekat mana ya?


Ha ini mesti zaimi suka. Ada sebungkus sambal garing! Sambal Garing Wanez namanya. Dah terbayang kesedapannya makan dengan nasi putih panas-panas sekali dengan ikan goreng atau telur goreng. Menjilat jari nanti ni. Kena cari bekas dulu untuk pindahkan.


Dan last but not least, terdapat juga sebuah bingkai gambar yang tertulis 'Mum". Awww sweet sangat. 


Terima kasih shida!
Semoga murah rezeki shida sekeluarga!
Nanti buat GA lagi tau! Kalau syarat senang dan simple insyaallah kite join lagi hihihihihi!

Post a Comment

14 Comments

  1. masya Allah meriah sungguh hadiahnya..memang seronok kalo dapat macam ni..hihi

    ReplyDelete
  2. wahhh memacam ada dalam kotak tu, tahniah seronok kan dapat hadiah macamni lagi bersemangat kita

    ReplyDelete
  3. wah..meriah hadiah, mcm2 ada.. congrats!

    ReplyDelete
  4. Macam macam ada dalam tu. Kita pulak yang teruja tengok.
    Boleh agak unicorn tu akan jadi rebutan Ayu comel.
    Alhamdulillah..tahniah dapat hadiah dari Shida :)

    ReplyDelete
  5. tahniah syaz! wow! mcm2 ada...selamat memasak ye...

    ReplyDelete
  6. Wah banyak dapat hadiah. Ada hadiah makanan, keperluan.
    Tahniah.

    ReplyDelete
  7. menarik hadiah macam ni. peserta tak tahu apa dia bakal dapat. tahniah Syaz!

    ReplyDelete
  8. Wowww, memacam ek! Tahniah yer!
    Moga dilimpahkan rezeki buat kak Sihda selamanya....Amin!

    ReplyDelete
  9. Allah Allah .. menarik isi kotak misteri dia. penuh ... hehe

    ReplyDelete
  10. Lumayan hadiahnya tu..tahniah ya

    ReplyDelete
  11. Terus SA dapat idea nak buat kotak misteri jugak la nanti....menarik dan lumayan hadiah tu ha...

    ReplyDelete
  12. Wah banyak juga hadiah yg ada dalam kotak misteri tu . Semuanya berguna . Tahniah syaz

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.