Cermin Mata Bingkai Besar

Ini semua berpunca dari stress.
Aku ni kalau stress, pakej pula dengan dapat me time untuk keluar ke kedai seorang diri.
Ada sajalah benda yang aku nak beli weh.

Hari tu, aku tak tau lah kena bisikan apa, aku tiba-tiba rasa nak beli cermin mata lagi satu.
Padahal aku dah ada dah cermin mata.
Elok je lagi.

Tapi hati ini menjerit-jerit nak ada second pair of glasses.
Maka aku pun terus pergi ke Focus Point dalam Giant Senawang.

Pilih punya pilih, aku decide ambil yang bingkai dia besar dan lebar.

Hah puas hati den.
Jadi, cermin mata bingkai besar ni, aku jadikan sebagai cermin mata untuk duduk rumah.
Yang satu lagi tu, official untuk dijadikan cermin mata bekerja / keluar dari rumah.

Ha gitchew lah yang berlaku kalau seketul syazni sedang berada dalam keadaan stress.
Kotak pemikiran dia kadang jadi lagi kecik dari kotak cermin mata tu.

Nasib dia bawak diri ke kedai cermin mata, kalau dia bawak diri ke kedai emas?
Ahahah.

Ala bukan mintak duit orang pun kan.


Ok tak?
Actually aku sendiri rasa janggal tengok muka sendiri masa pakai cermin mata ni. Tapi dah hati meluap-luap juga nak sangat, pedulik kan!

Saja aku cari bingkai cermin mata yang warna dia kelabu atau colorless sebenarnya.
Kebetulan yang besar ni memang kena dengan budget aku juga.


Masa ni saja testing pakai keluar ke kedai.
Tapi rasa macam masih selesa dan biasa pakai yang lama tu untuk ke kedai.
Jadi gunalah cermin mata ni kat rumah.

Ha ni tengah menaip ni, tengah pakai cermin mata bingkai besar aku lah ni hihi.
Eh macamlah ada orang kisah kan.

Dan disebabkan cermin mata ni rupa dia macamtu, agaknya anak-anak nampak macam exotic ke apa tak tau lah. Masing-masing sibuk nak cuba pakai.


Budak ayu ni lagi lah aku tak boleh lepa.
Pantang kita tak perasan, masa waktu kita tengah tak pakai cermin mata, mulalah dia curi-curi pergi dekat meja tulis aku dan pakai.

Tiba-tiba je nanti ada bekas cap jari bertompok-tompok kat cermin!


Abang adam pun tak ketinggalan juga nak mencuba.
Sama jugak perangai macam adik dia.
Pantang ada chance, mesti dia curi-curi pakai jugak!
Apa yang best sangat curi-curi pakai cermin mata omak, tak tau lah!


 Itu sajalah kisah cermin mata bingkai besar aku yang baru.
Sebenarnya tengah kesedihan juga ni.
Entahlah, ada masanya hati ni tersayat tanpa sebab yang kukuh.
Ehehek.

Post a Comment

13 Comments

  1. Haha lucu pulak muka Ayu bila curi2 pakai spek mamanya..

    ReplyDelete
  2. saya pun ingat nak tukar cermin mata tapi tulah bajet tak berapa ada.. =)

    ReplyDelete
  3. Kalau tengah stress macam-macam boleh berlaku hihihiii. Saya pun ada cermin mata besar tapi jarang pakai.

    ReplyDelete
  4. Ultraman 😆😁..gurau jer hehe 🤫

    ReplyDelete
  5. Pandai Syaz pilih... Sesuai dengan bentuk muka Syaz...

    ReplyDelete
  6. layan stres sesekali ya syaz tapi comel ja mama ayu n ayu pakai cermin mata besar tu

    ReplyDelete
  7. rabia dulu pakai spek mata besar jugak

    ReplyDelete
  8. Next time gi buat kat along ammi kat focus point terminal 1 tau. Boleh dpt rege kawan2

    ReplyDelete
  9. Korean Style pakai spek besar macam ni. Frame besar luas pemandangan. Cantiklah frame putih macam tu. Eh tak ada poweer ke spek tu? Rilek je masing masing menggayakan omak punya spek.

    Pernah beli skali je frame besar ni. Sekarang pakai comel comel je. Bila stress tu kadang fikiran duduk luar kotak tu yang payah tu.

    ReplyDelete
  10. habis semua nak cuba hahaa..
    cantik skin syaz suka tgk hehee!

    ReplyDelete
  11. Nice...nampak sesuai dengan muka..heheh

    ReplyDelete
  12. dah macam model cermin mata plak satu family... hehehe

    ReplyDelete
  13. design mana-mana pun cantik , janji si pemakai rasa selesa

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.