Charms dan Rantai Tangan Kanak-Kanak

Selain membaca buku dan menulis, aku ni sebenarnya ada satu lagi hobi. Nak tau apa? 
😂

Eh sekarang banyak tau kedai emas yang telah wujudkan channel telegram diorang sebagai medium iklan dan jual barang kemas 916 secara online.

Tapi memang kena selidik betul-betullah sebelum meneruskan transaksi membeli emas secara online ni. Sebab barang fake yang siap ada tulis 916 pun banyak terjual sekarang tau. Rupa sebijik emas ori. 

Ok berbalik pada tajuk yang dah tertinggal jauh ni, setiap kali aku cuci mata tengok barang kemas tu semua, si ayu pun kadang-kadang join sekaki 😂

Sedangkan emaknya pun tidak membeli, apatah lagi nak belikan untuk dia setiap kali dia cakap "Mak, ayu pun nak jugak" tu weh 😂

Jadi, disebabkan dia teringin sangat nak rantai tangan pandora yang ada charms tu, maka shopee je lah pilihan yang ada.

Ha, let's order rantai tangan sekali charms!

Semestinyalah aku belikan yang mainan punya je 😂
Pernah tanya ayah dia, ok ke kalau nak belikan rantai tangan emas yang betul? 

Ayah dia kata takut tercicir.
Dia baru tiga tahun, plus dia kadang hangat-hangat tahi ayam je. Bukan nak pakai lama. Dahlah sejenis cuai jugak. Kadang-kadang barang dia sendiri, last dia letak mana pun jenuh nak recall. So nantilah.

Belikan je lah yang fake ni.
Bukan setakat fake, nampak benorrrrr mainannya hahaha!

Bolehlah labu, asal ada.



Satu aku beli yang charms dia bentuk love.
Ada macam-macam jenis love dengan warna pastel yang menambah kecomelan charms tu.


Satu lagi rantai tangan ni, charms dia tema unicorn.
Ada macam-macam jenis unicorn, warna dia seakan-akan dengan yang charms bentuk love tadi juga.


Konon pandora dia penuh dengan beads dan charms la tu. Bila dia pakai, terjuntai-juntai dekat pergelangan tangan dia. Memang seronok habislah adik ayu tu! ❤️☺️

Harga? Halahh... Memang murah!
Mana nak cari barang kemas murah siap penuh beads dan charms macam ni?

Seutas tu RM5 je 😂

Masa nak bayar kan, fikir jugak dua tiga kali sebab postage sama harga dengan rantai tangan. Tu yang beli dua utas tu,.jadi tak adalah rasa kedekut nak bayar postage tu membarah sangat 😂

Post a Comment

17 Comments

  1. walopun mainan, tapi tetap nampak kecomelannya!

    ReplyDelete
  2. adik ada jg post ttg emas di telegram..tengok gitu2 je..

    masa anak saudara kecik, kakak beli gelang emas zhulian je..haha..comel gelang ada rambu2..

    ReplyDelete
  3. ala-ala tomeinya..dgn tangan tu, cute sangat! betul .. kids ni beli yg murah2 mcm ni, kalu hilang or cicir tak la ralat sgt. bukan berkira but berhati2...

    ReplyDelete
  4. comelllll! kena beli jgk utk ank ni..
    sbb dia nmpk maknya pkai pandora dia pon nk.. haha

    ReplyDelete
  5. anak2 kecik pakai gelang nmpk comel. biasa la tu ank dara dah pandai. nk cantik2 hias diri. dia. he hee
    kalau. emas sb budak2 ni bahaya pakai. emas ni. risauu
    dah sek tu baru ok

    ReplyDelete
  6. betul tu, skrg memacam tempat ada jual emas akak pernah juga beli emas online

    comel je ayu pakai charm gitu, kecik lagi tak sesuai pakai emas betul, takut dia terbuka, terhilang atau tercicir. Tunggu besar sikit baru pakaikan emas

    ReplyDelete
  7. Fiza pun suka jugak cuci mata tengok Emas. Hehe... Fiza memang tak berani nak bagi anak² barang kemas. nanti dah sekolah menengah kot. Takut tercicir ye jugak. Kan?

    ReplyDelete
  8. Cantik... Tapi cikbunga belum pernah beli lagi🌹🌹

    ReplyDelete
  9. Ok la tu sesuai utk kanak2..kang beli yg ori..hilang kang meraung si emaknya

    ReplyDelete
  10. Mahu tak seronok ayu dapat rantai tangan dengan charms banyak tu. Comel comel pulak tu kan. Hihi..rasa bersalah kalau beli barang sama dengan harga pos. Lebih baik tambah barang lain sekali atau beli lebih kan.

    risau jugak tengok budak budak pakai emas ni. risau ada orang ambik kesempatan ambil ke apa.

    ReplyDelete
  11. Comeiiii, sesuai lah dengan adik Ayu yang comel..hehehhe

    ReplyDelete
  12. kalau anak perempuan, itu lah minatnye

    ReplyDelete
  13. hahaha betul jugak ayat ayah dia tu, pesen hangat-hangat tahi ayam je. Comel lah dua-dua jenis charms tu

    ReplyDelete
  14. seronoklaa si ayu tu syaz...haaa amik kiri kanan dia pkai heheee

    ReplyDelete
  15. comel betul desiggn tu , gabungan colour pastel yang menarik

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.