Magisnya Air Tangan Emak

Salam Jumaat semua! Terjumpa pula gambar ni. Masakan emak masa kami balik Kuantan hari tu. Rindu pula nak makan masakan emak.

Masakan emak ni, walaupun simple, tapi rasa sedap dia lain macam kan. Datanglah makanan mahal dari kedai ternama sekalipun, kalau masakan emak ni, memang tetang akan jadi juara dalam carta rasa makanan di tekak anak-anaknya. Magic kan? Samalah macam anak-anak aku, kalau aku masak, memang makan banyak. Kalau hari yang aku tak dapat masak dan kena beli di kedai, slow sikit masing-masing menyuap.

Masa ni emak masak udang harimau katanya. Dekat area Beserah, hasil laut memang murah-murah. Jadi kalau nak makan seafood, tak rasa terbeban dengan harga kayangan sangat. Jadi kalau kami balik ke Kuantan, memang selalu sangat dapat makan seafood sedap-sedap. Hasil air tangan emak je.

Eh rasa macam salah hari pulak update ni, patut update semalam masa segment throwback thursday. Haha! Hentamlah labu!

Apa masakan emak kalian, yang paling kalian suka?
Kalau aku memang panjanglah senarainya, tapi top of the list adalah nasi minyak dengan kari ayam. Even kari ayam tu, kalau tak ada nasi minyak pun memang dah padu! Bila dah kahwin, aku cuba buat kari ayam macam emak buat. Mula-mula memang jauh betul standard, tapi lama-lama, adalah miripnya. Maklumlah, dulu masa anak dara memang tak rajin ke dapur kih kih..

Jadi setiap kali rindu nak makan masakan emak, aku akan masak lauk yang aku suka emak masakkan. Semoga emak dan abah aku sihat-sihat sentiasa 💓

Post a Comment

12 Comments

  1. masakan mak lah yg paling terbaik kan :)

    ReplyDelete
  2. ibu kalau goreng ikan pun sedap... semua sedap la. telur sambal yg simple pun leh bertambah dibuatnya....kannn

    ReplyDelete
  3. Alhamduillah, masakan Mak memang tiada tandingan dia. hehe sedap :)

    ReplyDelete
  4. ada banyak masakan mak yang Fiza suka. Antaranya ketam masak kicap. Duh! Terliur pulak bila terbayang akannya.

    Setuju sangat. Walaupun simple yang mak masak, tetap jugak sedap. Kan?

    ReplyDelete
  5. Memang magik betul. Kalau disenaraikan memang banyak :)

    ReplyDelete
  6. masakan mak pasti tkde sape yg bole lawan kan

    ReplyDelete
  7. mak kalau goreng telur pun sedap. saya paling suka mak saya masak asam pedas

    ReplyDelete
  8. Hehe betul masakan mak semuanya sedap belaka.. masak telur mata je pun dh sedap.hehe
    Menu yang paling top mak masak segala masakan sambal dan kari..

    ReplyDelete
  9. Yaaa.. masakan mak paling mahal.... penuh kasih syg gituh

    ReplyDelete
  10. memanglah tersedap sebab air tangan emak yang masuk ke mulut kita sejak kita lahir.
    sambal goreng jawa emak yang terbaik

    ReplyDelete
  11. Air tangan emak tak pernah tak sedap . . Walaupun menu simple mana lun tetap sedap

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.