Moga Isnin Membawa Kebahagiaan!

 

Isnin. Ya jawapannya Isnin.
Isnin datang lagi.

Hari ini juga merupakan hari pertama cuti pertengahan semester bagi pelajar UiTM. Tapi tenaga pensyarah UiTM tak cuti ya. Kalau nak cuti, kami kena mohon. Sebab ramai yang ingat kami akan cuti percuma masa pelajar cuti. Huhu..

Hari ni juga anak-anak pergi ke tempat masing-masing, abang-abang ke sekolah, kebetulan giliran adam untuk ke sekolah, amir ke tadika, ayu pula ke rumah pengasuh dia. Jika diikutkan, kami perlu WFO (bekerja dari pejabat) semula secara 100% kapasiti mulai minggu depan. Minggu ni kira minggu terakhir untuk kami WFH. 

Hari ni juga aku dan zaimi ada pertemuan secara maya dengan beberapa orang yang kami rasakan penting untuk kami melangkah ke satu lagi fasa dalam hidup kami. Moga dipermudahkan, dan berjaya hendaknya. Moga dipertemukan dengan mereka-mereka yang baik juga hendaknya.

Doakan ya, sempena hari Isnin yang barokah ni ya rakan-rakan blogger ku 😊

+++

Kita disunatkan untuk berpuasa pada hari Isnin dan Khamis sebagaimana dinyatakan di dalam mazhab kita iaitu mazhab al-Syafie Rahimahullah berdasarkan apa yang diceritakan oleh isteri Baginda SAW yang tercinta: 

Daripada Aisyah RA, berkata: 

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَحَرَّى صَوْمَ الِاثْنَيْنِ وَالخَمِيسِ

Maksudnya: “Adapun Nabi SAW sentiasa berpuasa pada hari Isnin dan Khamis.” [Riwayat al-Tirmizi (745)]

Semoga Isnin kalian memberi seribu makna kebahagiaan!

Post a Comment

9 Comments

  1. Salam pagi isnin yang ceria
    semoga dipermudahkan semua urusan yang mendatang dan meraih kejayaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. AMinn ya rabbal alamin, moga Allah perkenankan doa wak dan dipantulkan kembali buat wak :)

      Delete
  2. isnin sinonim dengan monday blues... tapi kalau diikutkan sangat blues tu payah jugak hehehhe...
    moga apa pun yang dilakukan Syaz dan Zaimi di permudahkan

    ReplyDelete
  3. isnin sinonim dengan monday blues... tapi kalau diikutkan sangat blues tu payah jugak hehehhe...
    moga apa pun yang dilakukan Syaz dan Zaimi di permudahkan

    ReplyDelete
  4. Aaminnn... smoga urusan kalian dipermudahkan

    ReplyDelete
  5. Vibes posiitf! Bagusnya....

    Selalu jumpa -ve je bila isnin....

    ReplyDelete
  6. moga semua urusan berjalan dgn lancar & dipermudahkan.. in sya Allah

    ReplyDelete
  7. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan juga diberikan laluan mudah untuk ke fasa seterusnya. Aaminnn..

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.