Thursday, November 25, 2021

Sarang Burung Dalam Rumah


Beberapa hari yang lepas punya kisah. Masing-masing sampai bergaduh berebut sebab nak duduk dalam sarang burung ni.
Kisah buaian sarang burung ni, dah lama aku mengidam. Tapi disebabkan rumah tak berapa nak ada ruang tambahan, pendam je lah dulu keinginan tu.

Sampailah beberapa minggu lepas, sofa kami hazab sangat dah. Bukan setakat koyak kulitnya, isi dia pun dah berketul-ketul. 

Manakan tidak, tiga ketul anak ni dari yang sulung bawak ke bongsu, suka sangat melompat atas sofa tu.  Asalnya koyak kecik je. Dapat dekat budak-budak ni sikit demi sikit diorang carik. Memang tak hilang rupanya.

Jadi, kami nekad untuk panggil lori, buang sajalah sofa tu. Yang 1 seater, aku letak dalam bilik tidur. Jadi bila dah alih-alih dan ganti sofa dekat ruang tamu tu, adalah ruang sikit untuk letak buaian sarang burung ni. 

Asalnya pergi tengok dekat kedai ternama di Seremban ni, taknak lah sebut nama, sebab trauma weh, mahal gilooo. Setelah sedar diri yang kami bukan prospek kedai tu, kami pun google lagi kedai perabot apa yang recommended oleh warga Seremban.

Search punya search, terbaca review Kedai Perabot PakMak di Senawang memang harganya ok, servisnya bagus. Terus kami ke sana.

Memang kebetulan dia tengah jual perabot murah-murah, katanya nak habiskan stok. Kualiti pun ok je. Sarang burung ni, dekat kedai kayangan tu, harganya lebih dari seribu ringgit. Tapi dekat kedai  Pakmak ni, RM200 je 😂

Bolehlah labu. Alang-alang support saudara sesama Islam punya kedai. Layanan dia memang baik, sopan santun je dia layan kami tau.

Terbaik!
 

14 comments:

  1. Memang cantik buaian sarng burung ni . Lagi cantik diletak pada sudut rumah . . Berebut rebut nak naik

    ReplyDelete
  2. Kena letak dalam rumah memang sangat cantik hehe

    ReplyDelete
  3. memang cantik tapi kena ada tempat yang agak luas nak letak boleh nampak cantik

    ReplyDelete
  4. Dulu masa kecik teringin nak ada buaian kat rumah. Last-last pergi taman permainan je petang-petang sebab nak main buaian. 😅

    ReplyDelete
  5. mesti rajin survey dulu kalau hajat nk belisesuatu kan..cantik sarang burung hepi anakburung santai2

    ReplyDelete
  6. dulu masa awal-awal orang jual dalam 300 ke 400 juga tapi kedai kayangan tu sampai seribu ringgit mahai bebeno...
    dapat dengan harga 200 kira ok lah tu, harapnya idok la berebut nak duduk situ 3 beradik tu ye kalau tak kene beli lagi 2 sarang la hhehehhe

    ReplyDelete
  7. Murah sangat tu Syaz.
    3 anak burung di sarang burung 😀

    ReplyDelete
  8. Dulu teringin gak buaian ni tapi fikirkan ruang tu tak jadi jugak membeli. Okay, nak jengah gak kedai tu nanti :)

    ReplyDelete
  9. consider murah klau berharga rm200..
    Klau ribu riban pejam mata je lah kan..

    ReplyDelete
  10. Amvoiii! kedai ternama di Seremban kedai mana tu nak tahu jugak hahaha

    Mujurlah muat bertiga tu ya

    ReplyDelete
  11. Ada juga keinginan memiliki sarang burung ini.. kikiki..

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot