Thursday, November 25, 2021

Dating dengan Siti Aisah dan Abdul Rahim | Throwback Thursday


Throwback kisah masa balik Kuantan hujung Oktober lepas. Lama sangat tak jumpa masa ni, jadi dalam masa empat hari dekat Kuantan, aku ambil peluang untuk keluar berdua saja dengan mak, dan juga dengan abah, pada waktu yang berbeza.
Zaimi pun okey, dia kata pergilah. Anak-anak dia jaga dekat rumah. Kalau aku keluar dengan emak, dia jaga anak-anak dengan abah. Kalau aku keluar dengan abah, dia jaga anak-anak dengan mak. Ala, selalu kalau di rumah kami, kalau aku ke klinik atau ke kedai, dia juga jaga anak-anak sorang-sorang.

Dengan mak tu, hari pertama, aku bawa dia pergi ke Kuantan Parade. Belikan dia sesuatu, dan dia pun sakan shopping belikan hadiah untuk cucu-cucu haha. 


Esoknya, aku keluar dengan abah pula ke TMG Tanjung Lumpur, bawa abah buat cermin mata kedua. Saja bagi dia ada cermin mata spare. Hari tu pernah sekali cermin mata dia kena pijak masa solat dekat masjid, menggagau dia. Jadi, kali ni kita ready je siap-siap cermin mata kedua, manalah tahu terjadi lagi kes cermin mata kena pijak tu haha. Oh by the way, gambar atas bukan cermin mata yang dia tempah pun, tu saja-saja test pakai 😝

 

Seronok juga jalan-jalan borak-borak dengan abah, abah drive aku duduk sebelah. Terimbau zaman kecik-kecik dulu. 


 Malam tu, sekali lagi aku bawak emak pergi TMG. Tapi TMG Batu Hitam yang dekat dengan rumah lah. Beli barang-barang untuk perjalanan balik ke Kota Bharu pulak esoknya. Sambil belikan mak barang rumah yang dia nak. 


Mak ni, kalau kita bawak dia pergi kedai dan suruh ambil barang, nak belikan, dia mesti kata, ada lagi, tak payah, tak nak.. Senang cerita, kalau nak belikan dia barang rumah ke apa ke, beli je terus. Tak payah tanya-tanya haha!

 

Rindu pulak bila tengok gambar-gambar ni. Bilalah nak balik lagi ni. Harapnya dapatlah balik sana bulan 12 ni. Insyaallah..

Moga sihat selalu ye mak dan abah syazni!

8 comments:

  1. Alhamdulillah rezeki Syaz masih ada orang tua, berbaktilah sebaik mungkin.

    ReplyDelete
  2. saat paling bahagia... keluar berdua boleh rasa dating berdua lebih akrab boleh manja2 hehehhe

    ReplyDelete
  3. Bestnya dating...hehehe...seronok kan...bila dapat bahagiakan kedua- duanya...

    ReplyDelete
  4. Balik kampung memang bawak parents keluar jalan atau beli barang dapur. Selalunya itulah alasannya kalau nak beli brg. Hidup berdua biasalah barang dapur lambat susut. Betul, kena beli terus senang tak payah tanya. Hihi...
    Semoga dapat balik kampung lagi nanti :)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. semoga dapat balik lagi dan lagi bertemu mak dan abah..
    Sha doakan semoga mak dan abah Syazni diberikan kesihatan yang baik.. Aamiin..

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot