Beberapa hari yang lepas punya kisah. Masing-masing sampai bergaduh berebut sebab nak duduk dalam sarang burung ni.
Kisah buaian sarang burung ni, dah lama aku mengidam. Tapi disebabkan rumah tak berapa nak ada ruang tambahan, pendam je lah dulu keinginan tu.
Sampailah beberapa minggu lepas, sofa kami hazab sangat dah. Bukan setakat koyak kulitnya, isi dia pun dah berketul-ketul.
Manakan tidak, tiga ketul anak ni dari yang sulung bawak ke bongsu, suka sangat melompat atas sofa tu. Asalnya koyak kecik je. Dapat dekat budak-budak ni sikit demi sikit diorang carik. Memang tak hilang rupanya.
Jadi, kami nekad untuk panggil lori, buang sajalah sofa tu. Yang 1 seater, aku letak dalam bilik tidur. Jadi bila dah alih-alih dan ganti sofa dekat ruang tamu tu, adalah ruang sikit untuk letak buaian sarang burung ni.
Asalnya pergi tengok dekat kedai ternama di Seremban ni, taknak lah sebut nama, sebab trauma weh, mahal gilooo. Setelah sedar diri yang kami bukan prospek kedai tu, kami pun google lagi kedai perabot apa yang recommended oleh warga Seremban.
Search punya search, terbaca review Kedai Perabot PakMak di Senawang memang harganya ok, servisnya bagus. Terus kami ke sana.
Memang kebetulan dia tengah jual perabot murah-murah, katanya nak habiskan stok. Kualiti pun ok je. Sarang burung ni, dekat kedai kayangan tu, harganya lebih dari seribu ringgit. Tapi dekat kedai Pakmak ni, RM200 je 😂
Bolehlah labu. Alang-alang support saudara sesama Islam punya kedai. Layanan dia memang baik, sopan santun je dia layan kami tau.
Terbaik!
14 Comments
wahh boleh tahan harganya
ReplyDeleteMemang cantik buaian sarng burung ni . Lagi cantik diletak pada sudut rumah . . Berebut rebut nak naik
ReplyDeleteKena letak dalam rumah memang sangat cantik hehe
ReplyDeletememang cantik tapi kena ada tempat yang agak luas nak letak boleh nampak cantik
ReplyDeleteDulu masa kecik teringin nak ada buaian kat rumah. Last-last pergi taman permainan je petang-petang sebab nak main buaian. 😅
ReplyDeletemesti rajin survey dulu kalau hajat nk belisesuatu kan..cantik sarang burung hepi anakburung santai2
ReplyDeletedulu masa awal-awal orang jual dalam 300 ke 400 juga tapi kedai kayangan tu sampai seribu ringgit mahai bebeno...
ReplyDeletedapat dengan harga 200 kira ok lah tu, harapnya idok la berebut nak duduk situ 3 beradik tu ye kalau tak kene beli lagi 2 sarang la hhehehhe
200 je? Ini memang murah!
ReplyDeleteMurah sangat tu Syaz.
ReplyDelete3 anak burung di sarang burung 😀
Dulu teringin gak buaian ni tapi fikirkan ruang tu tak jadi jugak membeli. Okay, nak jengah gak kedai tu nanti :)
ReplyDeleteconsider murah klau berharga rm200..
ReplyDeleteKlau ribu riban pejam mata je lah kan..
Amvoiii! kedai ternama di Seremban kedai mana tu nak tahu jugak hahaha
ReplyDeleteMujurlah muat bertiga tu ya
200 harga murah juga tu
ReplyDeleteAda juga keinginan memiliki sarang burung ini.. kikiki..
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.