Salam Ahad semua. Hujan tak kat tempat korang? Sini dari malam tadi hujan. Sejuk! Brrrrr!
Ke mana hari Ahad ni? Aku mungkin akan ke rumah adik je kot sekejap lagi. Lama tak jumpa dia, dah lebih dari setahun. Harap semua berjalan lancar sekejap lagi.
Hari ni aku nak kongsikan snippet dari cerpen aku yang berjudul Raes dalam Buku Antologi Secawan Kopi Secangkir Teh Limau yang aku sertai tu.
Idea tentang plot cerita dalam cerpen Raes ni aku dah ada sejak awal tahun. Lepas terbitnya Life Baggage lagi. Aku berhajat nak buat cerita yang lebih panjang. Nak buat novel atau mini novel tentang idea aku berkenaan watak Raes, Raimi, Rabia dan Bryan. Tapi aku sibuk sangat dengan tanggungjawab kerja hakiki. Tak daya aku nak kembangkan jalan cerita.
Akhirnya, dari terbiar, aku masukkan dalam siri Antologi bersama Novelis Hasreeyati Ramli ni saja. Malah, cerpen yang selalu buat sepanjang 7 muka surat, aku kena pendekkan jadi 4 muka surat saja untuk sertai antologi ni.
Memang mencabar weh nak kerat bahagian mana masa tu 😂
Okeylah, jaga diri ya semua ❤️
14 Comments
tahniah syaz cerpen yg menarik
ReplyDeleteTerima kasih kak PI :)
Deletetahniahhh. kita pun masih menunggu antologi puisi ni yang masih tak cetak lagi
ReplyDeleteTerima kasih. Semoga dipermudahkan urusan cetakan antologi puisi awak :D
DeleteTahniah
ReplyDeletetentu menarik jalan cerita seterusnya.
Insyaallah, wak. Mudah-mudahan ada idea hehe
DeleteLD redup saja Syaz.
ReplyDeleteSeronok menulis, tapi bab nak potong tu sedihlah sikit.... kadang ayat-ayat atau perkataan yang kita suka terpaksa dicantas untuk penuhi kehendak jumlah muka surat yang ditentukan penerbit.
wahh bagusnyaaa awakk :) tahniah okay ?
ReplyDelete7 jadi 4? Banyak juga nak kena cincang tu....
ReplyDeletesejak 2 bulan lebih dah wak dok doha ni tak penah hujan lagi.. huhuhu
ReplyDeleteseronoknya boleh menulis, teringin gak dulu. dulu la..
ReplyDeletecongrats syaz!
Buat mana terdaya. Jenuh gak nak fikir nak kerat mana bagi 4 muka surat je. Adeh!
ReplyDeleteApapun tahniah dan tercetak hasilnya.
Tahniah
ReplyDeleteWah!! Tahniah Syaz..
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.