SIRI ANTOLOGI CERPEN SECAWAN KOPI SECANGKIR TEH LIMAU BERSAMA HASREEYATI RAMLI


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, telah terbit buku antologi Secawan Kopi Secangkir Teh Limau ini. Siri antologi ini adalah antologi kedua yang aku sertai selepas antologi Puisi Magisnya 02022020 awal tahun yang lalu. Bezanya, yang itu antologi Puisi, yang ini pula antologi cerpen.
Memang rezeki sungguh sebab dapat berkenalan dengan Hasreeyati Ramli, atau lebih mesra kami sapa sebagai Kak Ti. Kak Ti memang sangat menggalakkan penulis baru untuk terus berkecimpung dalam bidang penulisan ni tau. Yang bagusnya, setiap cerpen yang dihantar oleh aku dan juga 25 penulis yang lain dalam siri antologi cerpen Secawan Kopi Secangkir Teh Limau ini, akan disemak sendiri oleh Kak Ti, dan selepas beliau proof read, Kak Ti akan hubungi semua penulis secara personal untuk diberitahu salah dan silap yang harus diperbaiki. Semuanya demi memastikan kualiti cerpen-cerpen yang akan kami terbitkan bersama ini. 


Walaupun Siri Antologi Secawan Kopi Secangkir Teh Limau ini diterbitkan secara swaterbit juga seperti buku-buku aku yang lalu (alah 2 je pun bukunya haha!), kali ini gembiranya lain macam sebab karya kita ada yang proof read. Jujur cakap, Terkaitnya Kita dan Life Baggage memang tak fully proof read. Sebab itu ada beberapa kesalahan dalam nashkah aku yang dua itu.


Seronok betul bila Kak Ti kongsikan gambar buku kami telah siap dicetak dan akan dihantar kepada kami. Dia dah siap bungkus, sekarang tunggu buku sampai depan rumah saja ni!

 

Alhamdulillah.

Nak keluarkan sebiji segedebuk novel solo lagi, macam tak nampak bayang pula dalam masa terdekat ni. Jadi kita join cerpen-cerpenlah dulu.

Oh ya, pada sesiapa yang ingin mendapatkan nashkah ini, bolehlah menghubungi aku di 019-2984616 ya. Ada dua cerpen aku dalam siri antologi kali ini. Harga hanya RM28 sahaja, tidak termasuk postage. 😉

Jom dapatkan jom, nak buat hadiah pada kawan-kawan, atau cikgu anak-anak pun boleh hihi..

Teaser salah satu cerpen aku yang berjudul Raes:

"Namun, mungkin setelah lama memendam perasaan bosan sering bersendirian, Rabia membuka hatinya untuk memulakan persahabatan baru dengan jiran-jiran di rumah sewa mereka. Antara mereka ada seorang yang lebih fun dan easy going, iaitu Bryan Thomas, jiran sebelah rumah mereka. Hubungan yang bermula dengan persahabatan itu akhirnya membarah menjadi cinta. Rabia nekad untuk mengakhiri perkahwinannya dengan Raimi sebaik sahaja tamat pengajian Raimi ketika itu."

Post a Comment

7 Comments

  1. Wah..semoga makin aktif menulis. Bagus juga ada proof read. Lebih cantik naskhahnya

    ReplyDelete
  2. Perkataan 'swaterbit'.... I like!

    ReplyDelete
  3. Wah..Tahniah Syaz 👏🏽
    Sampai 2 cerpen dalam tu 👍🏽

    ReplyDelete
  4. Wow tahniah Syaz..
    Macam menarik je buku tu..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..dapat jugak keluarkan sesuatu. lepas ni rezeki keluar buku ketiga pulak :)

    ReplyDelete
  6. Tahniah syaz . Bukan mudah nak keluarkan senaskah novel ni

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.