Tiub Pencuci Muka Cetaphil Bright Healthy Radiance Ku Yang Ke 4


Salam selasa semua. Harini hari kedualah kiranya aku WFO 100% semula, selepas WFH sejak pertengahan bulan puasa yang lalu. Macam biasalah, kalau pergi pergi kerja ni dulu aku mesti nak pakai make up. Rasa tak gamak nak keluar rumah kalau muka tak pakai make up. Mungkin self-confidence pun lebihlah sikit kalau pakai make up ahaha. Tapi, sejak aku pakai  Cetaphil Bright Healthy Radiance ni kan, aku rasa pakai make up itu merimaskan.
Aku lagi suka pakai cream dia je selepas siap cuci muka. Semalam aku pergi office, pakailah juga make up. Dah terasa-rasa rimasnya. Tapi tahan je lah. Masa cuci make up untuk ambil wudhu, rasa legaa sangat. Lebih dari kebiasaan. 

Hari ni pulak, aku pakai make up lagi. Tapi memang rimas. Aku tengok muka aku dekat cermin, rasa pelik sangat. Ye lah, sejak-sejak PKP, selalu duduk rumah ni, aku kurang dah pakai make up. Fikir punya fikir, tak sampai dua jam duduk office, aku dah remove habis semua make up. Tinggal lipstik nipis-nipis je. Legaaaaaa!
 

Mungkin faktor usia, mungkin juga faktor PKP. Tapi aku asa faktor utama dia adalah sejak aku guna Cetaphil tu la. Dia punya fresh dan segar lepas guna tu, memang nyaman. Blemish muka pun tak ketara sangat, dan feeling natural tu boleh dihadaplah. Haha.

Suka betul aku dengan set  Cetaphil Bright Healthy Radiance ni. Dah kali ke 4 aku beli pencuci muka dia, cream siang dia pun dah masuk bekas kedua. So far so good! Pada akulah, kalau compare dengan muka aku sendiri yang dulu masa termalas jaga muka sekejap tu..hee!

Post a Comment

10 Comments

  1. betullll kita pun guna cetaphil ni jugak. memang jenis pemalas nak touch up2 hahaa. make up apatah lagi. bedak baby je

    ReplyDelete
  2. ammi kalau tak bermekap rasa terus jadi mak lampir

    ReplyDelete
  3. ayu guna safi... so far ok je ngan muka.

    ReplyDelete
  4. Tengok muka SR tak pakai make-up pun lawa jer..
    Wah! dah kali keempat mesti betul-betul best ni

    ReplyDelete
  5. Cetaphil ni bagus salah satunya Aini guna sebab kulit Aini akn jadi sensitif klau pakai makeup lama and jadi kering.
    Pakai cetaphil cepat je dia pulihkan kulit kita.

    ReplyDelete
  6. Saya lagi malas nak pakai apa-apa krim. Cuci muka je. 😁

    ReplyDelete
  7. Sejak covid pakai mask ni rajin tepek moisturiser dgn sunscreen je. rimas tu kadang berlaku jugak. Tapi bestlah guna produk yang bagi kesan kulit cantik. Takpayah susah makeup dah.

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.