Bila dah kena bekerja sepenuhnya di pejabat ni, mulalah teringat dekat anak nan tiga ketul ni. Kalau masa BDR dulu, hingar-bingar dengan bingit suara masing-masing. Kadang tu nak buat kerja pun tak dapat!
Tapi bila dah masuk office ni, teringat selalu. Tadi scroll phone, ternampak gambar masa hari raya hari tu. Tiga-tiga kanak-kanak ni sporting pakai baju melayu dan baju kurung masing-masing walaupun tak ke mana-mana pun. Raya dalam rumah aje masa tu.
Tahun 2021 ni bertemakan warna merah jambu, sebab ayu yang pilih. Tahun depan, ayu kata nak baju pink lagi. Mengamuk abang-abang! Hahaha!
Tak apalah, tahun depan, tahun depanlah kita cerita.
Semoga anak-anak semua sentiasa dilindungi di mana saja mereka berada..aminn..
Dah ada ke yang fikir pasal baju raya tahun 2022 nanti? Korang nak beli baju raya warna apa pula 2022 nanti? Warna pink macam ayu ke?
17 Comments
Uncle.... errr..... HITAM! hahahaha
ReplyDeletesesekali uncle pakai pink mesti comel
Deletengeri nak pilih sekarang...takut time kita raya je tersadai lagi sekali
ReplyDeletebaru sebut hari tu ngan Ian & Iris. Ian ckp awalnya.... kalu boleh memang siap2 kan sebelum puasa, x de la bekejar shopping time bulan puasa tu..kannnn
ReplyDeleteBelum fikir lagi tema apa hehehee...
ReplyDeletehahahhaa siap dah pk baju raya tahun depan ya...
ReplyDeleterasa warna biru silver kot....
tak tau lagi la..beli siap jer baju senang so xde banyak kos nak kena fikir kan..cantiknya tema pink....
ReplyDeleteTak decide lagi nk warna apa..
ReplyDeleteBiasa setiap bulan December akan decide dengan hubby warna apa..
Nak kene tempah awal ni, April dah start puasa..hehe
alolo... comelnya tiga beradik ni!
ReplyDeleteBaju raya? Hurmm... kena fikir betul2 ni. Cover sekali raya dua tahun lepas hihih
Wak tak pernah pilih warna
ReplyDeleteitu kerja pn is3 dan anak2lah
Warna apa2 pun tak kisah asalkan jangan warna pink
ermmm tak pilih lagi warna apa..tempoh hari balik kampung masing-masing ada tanya-tanya juga..tapi mungkin belum terlintas lagi nak warna apa.
ReplyDeleteSedondin . Nampak comel sangat
ReplyDeletePakai baju raya tahun ni. Jimat jimat.
ReplyDeleteAduh.. Comelnya mereka berbaju raya..
ReplyDeleteDah bersekolah semula ye semuanya. Manis berona baju warna pink. Tiap tiap tahun pilihan Ayu ke macamana. Hihi...
ReplyDeletecomel lotey nyeee awak semua ^_^
ReplyDeletetahun ni harap2 boleh lah raya
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)