Vaseline Premium Resistance Bands


Resistance Bands ni aku dapat sebagai free gift masa beli barang dekat Watson beberapa minggu lepas. Jangan tanya aku kenapa dekat kertas  pamphlet manual tu dia tulis 'Pesistance'. Aku syak dia salah eja. Resistance bands ni merupakan alternatif yang lebih ringan mudah untuk mengencangkan otot. Setiap band mempunyai tahap kesukaran tertentu (mudah / sederhana / sukar). 
Jalur elastik Pilates ini membantu melakukan senaman seluruh badan. Mereka juga boleh digunakan untuk aktiviti lain seperti yoga dan regangan. Jujurnya aku sendiri memang tak pernah pun cuba menggunakan resistance band ni masa bersenam. Tapi sebab dah dapat percuma kan, marilah kita zoom in sikit apa yang ada dalam beg hitam tu. 



Jika mengikut pamphlet manual tu, resistance band ni boleh digunakan di bahagian peha, betis dan juga lengan. Adalah dia ajar macam mana nak buat gerakan senaman yang menggunakan resistance band tu. Kalau tengok gaya dari manual tu, nampak macam senang nak diikuti. Malas atau rajin je sekarang ni. Setakat entry ni ditaip, aku masih dalam fasa malas nak mencuba. Haha!


Vaseline Premium Resistance Bands yang aku dapat percuma ni ada tiga dalam satu beg tu. Ada Light, Medium dan Heavy. Dengan warna rona merah jambu, memang nampak sangat cute dan girlish lah resistance bands bertiga ni. Insyaallah kalau terbit keinginan nanti aku boleh cuba bersenam guna resistance band ni.

Ada sesiapa yang pernah bersenam guna resistance band ni tak? Ok ke? Ada sebarang tips untuk dikongsikan kepada newbie macam aku?

Post a Comment

12 Comments

  1. Dulu pernah guna benda ni masa kena buat fisio kat hospital....

    ReplyDelete
  2. Kita pulak, sebut senam jer terus penat, huhu.

    Memang dia salah eja tu, Syaz.

    ReplyDelete
  3. Pernah tgk orang guna ni untuk senam tp sendiri cuba belum lagi hee. cantik la warna dia. kena dengan taste saya juga :)

    ReplyDelete
  4. alahai...kena elok2 ni, kang terlastik plak...

    ReplyDelete
  5. Bagus gak dapat free ni, menggalakkan orang rajin nak bersenam.

    ReplyDelete
  6. It is truly a well-researched content and excellent wording. about Buy Quality Resistance Band Singapore. I got so engaged in this material that I couldn’t wait to read. I am impressed with your work and skill. Thanks.

    ReplyDelete
  7. Counselors guide couples in rediscovering the positive aspects of their relationship, such as shared interests, fond memories, and mutual support. Relationship counseling

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.