Sepetang di Razani Dairy Farm, Pasir Putih, Kelantan

Haritu SR ada letak snippet je dulu di blog ni, masa kami sekeluarga pergi ke Razani Dairy Farm yang bersebelahan dengan Jeram Mengaji di Pasir Putih Kelantan tu. Lepas tu, SR terus tak ingat nak update full story hahaha!

 
Snippet tu boleh baca dahulu dekat SINI. Ha klik jangan tak klik! Kisahnya masa ni, kami baru sapat peluang merentas
negeri dan balik ke kampung masing-masing. Lama sangat terpenjara (ewah poyo!) dalam daerah sendiri aje kan. Jadi, bila dah sampai giliran balik ke kampung zaimi di Kelantan, kami pun rancang untuk bawa anak-anak berjalan tengok alam sekeliling. Lama sangat terkurung kan. 

|Entry ini banyak gambar|

SR memang tak tahu sangat tempat-tempat menarik di Kelantan, sebabnya SR bukan orang Kelantan. Lagi pun, selalunya kalau balik ke Kelantan ni, zaimi akan gunakan peluang tu untuk stay saja di rumah bersama keluarga dia. Tapi kali ni, disebabkan  alasan anak-anak dah lama terperuk sehingga menjeruk rasa (ewah lagi!), zaimi pun bawa kami ke Razani Dairy Farm dan Jeram Mengaji ni. Rupanya inilah antara tempat menarik di Kelantan, SR baru tahu.

Masa kami pergi ni, orang tak adalah ramai sangat. Bolehlah, tapi tak adalah sampai tinggal famili kami je. Ada juga famili-famili orang lain. Parking pun tak susah, banyak ruang untuk parking. Untuk sampai ke Razani Dairy Farm ni, kami guna Waze. Search saja Jeram Mengaji, dia akan bawa kita ke sini. Sebab kawasan ni boleh dikira luar bandar, tak berapa nak ada landmark untuk kita cam kalau nak ke sini. Guna sajalah teknologi GPS yang dah ada tu okey kawan-kawan!

Selepas zaimi siap park kereta, SR pun bawa anak-anak turun. Perasaan takut nak berjumpa dengan orang lain tu masih menebal, walaupun patuh SOP, masih tak seberani mana. Jadi kami akan jauhkan diri dari orang selagi mampu. Tempat pertama yang kami tuju adalah replika botol susu besar yang bercorak kulit lembu tu. 

Kalau ditengok dari rupa dia, SR rasa botol tu, management rancang nak buat kiosk. Sebab ada plug api dan tingkap kecil tu kan. Tapi mungkin tak siap sepenuhnya. Kami tumpang bergambar sajalah.

Kawasan yang mereka benarkan pengunjung masuk untuk tengok lembu dan kuda ni memang sangat cantik dan saujana mata memandang. Lokasi ladang ni yang terletak di celah bukit-bukau, memang lawalah! Angin pulak bertiup nyaman je. Kebetulan, cuaca pun redup dan tak panas. Jadi, sementara berjalan tu, kami pun bergambar. Banyak juga gambar diambil, sebabnya rasa tempat ni cantik sangat. Mungkin dalam gambar, tak cantik macam yang kami saksikan dengan mata sendiri secara live!













Lepas puas menikmati pemandangan bukit-bukau, dah siap tangkap gambar, kami pun berjalan ke depan lagi. Di sebelah kiri ada deretan kiosk yang jual susu segar yang warna-warni tu, ada juga jagung cup, ada ayam gunting, dan makanan-makanan lain. Tapi makanan yang ringkas-ringkas aje lah. Makanan berat tak ada dekat dalam ladang ni, tapi ada berdekatan dengan jalan masuk awal-awal tadi. 

Kami belok ke kanan, sebab nak tunjuk dekat anak-anak beberapa blok hay. Memang selalu anak-anak tengok rumput kering ni dalam tv atau internet aje lah, ada sekali tu diorang tengok Blippi, adalah scene si Blippi tu panjat naik atas hay. Kiranya ini pertama kali adam, amir dan ayu tengok dan pegang hay yang sebenar. 






Bolehlah, walau tak adalah petak segi empat tepat macam dalam TV, asalkan hay kan anak-anak. Haha! Sebelah hay ni ada dua ekor kuda yang duduk dalam kepungan papan. Nak kata kandang, luas benar! Dia macam tempat kuda tu bebas berlarilah. Asalkan dia tak berlari keluar dari kepungan tu dan sampai kepada orang awam.




Adam, amir dan ayu tu bukan berani sangat, takut-takut juga kalau kuda tu datang dekat. Eh, SR pun risau juga. Takut kuda tu tendang. Kih kih.. Tapi tak ada jadi apa-apa pun, SR aje yang paranoid terlebih. Sebelah tu ada bangku, bolehlah duduk-duduk. Kami pun duduk sekejap melepaskan lelah. Jauh juga kami berjalan dari kereta nak sampai ke sini.




Masa SR nak bergambarlah, cermin mata tu nak berkabus pulak! Geram dibuatnya bila tengok balik gambar ni. Disebabkan nak kurangkan contact dengan manusia lain, dan disebabkan nak jugak ada gambar kami berlima dalam satu frame, maka terpaksalah berwefie aje haa.


Lepas tu, kasi anak-anak lepak situ sekejap. Kebetulan tak ada sesiapa datang mendekat. Haa duduklah anak-anak. Sambil-sambil tengok kuda. Sementara tu, omak dan ayah berselfielah sekejap.




Lepas anak-anak dah puas berehat, kami bergerak semula ke depan lagi. Kali ni, menuju ke tempat yang paling ramai manusia tuju. Mungkin selain lembu, kuda, susu segar dan bukit-bukau, tempat inilah yang menarik perhatian para pengunjung untuk bergambar dan merakam kenangan. Tak adalah nama yang spesifik, tapi tempat payung warna-warni banyak-banyak ni lah yang SR maksudkan tadi. Memang pengunjung banyak bergambar di bawah payung-payung ni, termasuklah SR dan famili.








Anak-anak dah macam meluat bila SR dan Zaimi asyik suruh diorang bergambar. Diorang manalah faham kenapa kita nak ambil gambar dia banyak-banyak kan hahaha! SR kata sikiitttt lagi, masam je muka masing-masing. Amirlah terutamanya. Dia memang tak berapa suka bergambar. Kalau bergambar, kadang-kadang buat aksi pelik pulak!




Orang memang ramai bawah payung-payung ni. Jadi kami pun tak berlama-lama. Lepas rasa dah puas, kami terus gerak lagi ke depan, ke kawasan kandang-kandang kuda pulak.


Ada satu kandang ni, ada kuda dengan anak dia. Asyiklah kuda tu berbunyi, macam marah orang dekat anak dia kan. Kebetulan masa kami jenguk-jenguk tu, dia buat bunyi kuat. AMir terperanjat, terus terlompat hahaha!


Tapi sebelum tu, sempat juga dia posing dalam gambar dengan amir ni. Gambar adam dan ayu tak sempat nak tangkap, sebab diorang dah jalan jauh ke depan. Dah penat dan tak sabar nak balik katanya.

Lepas tu, kami singgah balik kiosk tu beli makanan sikit dan air. Masuk kereta, terus masing-masing menyambar makanan dan air. Ye lah, sebab tak berani nak buka mask dan minum air dekat luar kereta. Zaimi belikan juga susu-susu segar yang warna-warni tu untuk famili dia. Dia jual 7 botol kecik tu dengan harga RM10. Kalau tak puas tengok cerita berkenaan Razani Dairy Farm ni dekat entry ni, korang usha lah sendiri FB dia.

Kalau nak berkhelah di Jeram Mengaji pula, dari jalan masuk tu, jangan berhenti dekat tempat parking ladang. Terus lagi ke dalam dan kena turun bawah sikit. Dekat situ, ada pengawal jaga. Kena bayar tiket dulu baru boleh masuk. Kami pun masuklah masa tu, sebab nak tengok macam mana rupanya Jeram Mengaji yang dikatakan popular di Kelantan ni.

Kawasan berkhelah dia yang dekat tepi pengawal tu, tak adalah luas mana. Tapi ramai juga yang bentang tikar dan bermandi-manda. Kami memang pusing tengok dari dalam kereta je, tak berani nak turun. Ramai! Insyaallah, suatu hari nanti kalau ada rezeki bolehlah bermandi-manda pulak.

Kalian pernah sampai sini?







 

Post a Comment

16 Comments

  1. Bawa bebudak best tempat macam ini.. Ada eh.. Boleh mark ini.. Mana lah tahu tersampai kat kelantan, boleh menyinggah..

    ReplyDelete
  2. Quite nice tempat dia..
    Macam duk oversea pun ada.. view cantik..

    ReplyDelete
  3. Luas juga tempat, puas jalan. Singgah satu tempat bergambar, jalan lagi bergambar.

    ReplyDelete
  4. wahh tempat menarik ni mcm kat obesi.. kenapa amek gmbr diluar pagar saja, hehe tryla naik kuda tu pulakk.. 😅😅

    ReplyDelete
  5. cantik sangat pemandangan, dah macam kat oversea gitu

    ReplyDelete
  6. abe kie yg dok di Tanah Merah ni pun blom sampai ke sana.

    ReplyDelete
  7. Ini barulah susu segar (macam iklan susu kat TV). Bukan setakat lembu, kuda pun ada.

    ReplyDelete
  8. hahaha kelakar betul tengok hay dia tu. Comel je kuda-kuda kat situ.

    ReplyDelete
  9. Wah kat kelantan je yerr . sekali tengok dah macam at kundasang sabah

    ReplyDelete
  10. cantik tempatnya bilala nak sampai ni

    ReplyDelete
  11. Wwow...dah macam kat over the sea dah...cantik tempat ni....thanks atas perkongsian nanti boleh la masuk dalam wishlist

    ReplyDelete
  12. jap jap..terpukau dgn gmbar syaz dan zaimi..seriussss laaa dah kuyusss dedua ^_^

    ReplyDelete
  13. cantik pemandangan kat situ syaz..semua gambar teruja..

    ReplyDelete
  14. menarik juga tmpt ni, cantik permandangan

    ReplyDelete
  15. Cantik dan luas betul kawasannya. Bagus juga ada tarikan terbaru di Kelantan. Siap ada decor payung banyak banyak lagi tu. Bila datang tempat cantik, haruslah bergambar kenangan banyak banyak :)

    ReplyDelete
  16. bestnye tmpt ni. mcm desa dairy farm di kundasang

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.